Anda di halaman 1dari 5

PEMIKIRAN DALAM SENI ANDAMAN

(KESENIAN MELAYU)

Disediakan oleh,
Anizah Saidin
ADAT BERANDAM DALAM MASYARAKAT
MELAYU

• Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat


untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang
tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut
akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil
upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan
semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam pengantin.

• Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan


perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur
andam anak rambut di sepanjang dahinya.
• Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis
batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat
disama ratakan. Selepas diratakan, anak dara tersebut
akan dibagi buah pinang untuk digigit. Semua ini
dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan
tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan
seri kepada anak dara tersebut.

• Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman


silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari
atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin
perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat
(seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini).
• Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap
supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini
dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga
merupakan “emak pengantin” (bukan ibu sebenar).

• Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya


adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di
kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak
lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar
Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin
perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua
bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-
kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang
mematuhi peribahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”.
KESIMPULAN
• Tuntasnya, adat istiadat dalam masyarakat Melayu
mencerminkan jati diri sesebuah bangsa tersebut.
Seharusnya anak-anak muda pada zaman sekarang
menghargai nilai-nilai yang ada dalam sesebuah adat
tersebut termasuklah dalam adat perkahwinan. Hal
ini kerana ia bukan sahaja memberikan kebaikan
malah dapat memartabatkan kebudayaan Melayu
pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai