67% menganggap dokumen ini bermanfaat (3 suara)
9K tayangan3 halaman

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang unit benda, orang, haiwan, tempat dan sebagainya. Terdapat pelbagai penjodoh bilangan seperti bakul, batang, biji, bilah, buah, buku, cawan, das, deret, ekor, gelung, gemal, genggam, gugus, gulung, helai, ikat, jambak, kaki, kawan, keping, kotak, kumpulan, kuntum, lembar, longgok, mangkuk, orang,

Diunggah oleh

elysia
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
67% menganggap dokumen ini bermanfaat (3 suara)
9K tayangan3 halaman

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang unit benda, orang, haiwan, tempat dan sebagainya. Terdapat pelbagai penjodoh bilangan seperti bakul, batang, biji, bilah, buah, buku, cawan, das, deret, ekor, gelung, gemal, genggam, gugus, gulung, helai, ikat, jambak, kaki, kawan, keping, kotak, kumpulan, kuntum, lembar, longgok, mangkuk, orang,

Diunggah oleh

elysia
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang unit benda,
orang, haiwan, tempat dan sebagainya. Penjodoh bilangan digunakan bersama-
sama dengan kata bilangan.

Penjodoh Penggunaan Contoh


Bilangan
angkatan   kumpulan orang, benda tentera, kapal perang
bakul benda di dalam bakul durian, rambutan, sayur
baris benda yang berbaris rumah, kedai, pokok
batang benda yang lurus dan panjang kayu, pembaris, pokok
bentuk benda yang kecil atau berlekuk mata kail, cincin
berkas benda yang diikat buluh, kayu, rotan
bidang benda yang luas dan lebar sawah, tanah, kain
biji benda yang bulat telur, epal, bola
bilah benda yang tajam dan runcing pisau, parang, kapak
botol benda yang diisi di dalam botol susu, air minuman
buah benda yang bentuknya atau jenisnya buku, rumah, kerusi, kereta
yang tidak tentu
buku benda yang berbongkah atau roti, sabun, benang
berketul
bungkus benda yang dibungkus atau dibalut biskut, garam, nasi lemak
butir benda yang kecil manik, batu permata, padi
cawan benda yang telah dimasukkan ke kopi, teh
dalam cawan
carik benda tipis yang berkeping-keping kain, kertas
atau dikoyakkan
cebis benda yang dipotong kecil-kecil kain, kertas
cekak benda yang boleh dicekak dengan padi, lidi
tangan
cubit benda yang diambil sedikit dengan garam, daging, gula, nasi
mencubit
cucuk benda yang dicucuk dengan lidi sate, bebola ikan
das bunyi tembakan senjata api tembakan pistol, tembakan
meriam, tembakan
senapang
deret bangunan yang bersambung kedai, rumah
dulang makanan yang diletakkan di atas kuih, lauk, air
dulang
ekor haiwan kuda, kucing, ayam
gelung benda yang panjang dan bergelung dawai, rotan, tali, wayar
gemal benda yang dikumpulkan dan diikat padi, rumput
genggam benda yang digenggam dalam tangan beras, garam, gula, nasi,
pasir
gerombolan kumpulan orang jahat perompak, penjahat,
penjenayah
gugus benda yang banyak dan dalam buah anggur, bintang, pulau
serangkai
gulung benda yang panjang dan bergulung tikar, tilam, kertas
gumpal benda yang berkumpul dalam ketulan kapas, tembakau, kekabu
helai benda yang nipis, lebar dan lembut baju, selimut, tuala
hiris benda yang sudah dipotong tipis-tipis bawang, daging, timun
ikat benda yang diikat kayu, sayur
jambak benda yang banyak dan serangkai kunci, bunga
jambangan bunga yang digubah untuk perhiasan bunga
kajang helaian yang besar kertas, kain
kaki benda yang bertangkai payung, cendawan
kawan kumpulan binatang burung, lembu
keping benda yang nipis dan pipih papan, kad, roti
kepul benda yang berkepul-kepul asap, awan
kotak benda yang disimpan di dalam kotak biskut, pensel, paku
kumpulan kumpulan manusia atau binatang pelajar, gajah
kuntum bunga bunga  ros
labuh benda yang dapat digantung kelambu, langsir, tirai
laras senjata api senapang, meriam
lembar benda yang panjang dan halus benang, rambut, dawai
longgok benda yang berlonggok buah-buahan, pasir, ikan
mangkuk benda yang diisi di dalam mangkuk bubur, mi, sup, nasi
naskhah bahan bacaan yang berkeping-keping buku, majalah, surat
khabar
orang manusia pelajar, petani, guru
papan benda yang berkeping-keping petai, mercun
pangsa bahagian buah-buahan durian
pasang manusia atau benda yang anting-anting, mata,
berpasangan pengantin
pasukan sekumpulan manusia yang berpakaian tentera, pengakap
seragam
patah perkataan atau percakapan perkataan
penggal benda yang sudah dikerat rotan, tebu
pinggan benda di dalam pinggan nasi, mi
pintu bangunan yang berderetan kedai, rumah
potong bahagian benda yang dipotong roti, kuih, seluar
pucuk senjata api dan benda yang halus jarum, pistol, surat
atau tipis
rawan benda yang diperbuat daripada tali jala, jarring, pukat
atau nilon
rincih benda yang sudah dipotong kecil- pinang, bawang, daging
kecil
ruas benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun tumbuh-tumbuhan yang tumbuh buluh, lalang, padi, serai,
berkumpul rumput
sikat bahagian daripada satu tandan pisang pisang
yang masih melekat pada sikat atau
sisirnya
tandan gugusan buah yang bertandan pisang, pinang, kelapa
tangkai benda yang bertangkai rambutan, bunga
teguk minuman yang ditelan sekali air, kopi, susu
titik cecair yang menitik air, dakwat, darah
timbun benda yang bertimbun pasir, sampah
tompok benda yang bertompok warna, cat
tongkol tumbuhan yang buahnya bertongkol jagung
ulas isi buah-buahan manggis, durian, nangka
untai benda yang dicucuk atau tulisan rantai manik, pantun, sajak
berangkap
urat benda yang panjang dan halus dawai, benang, rambut
utas benda yang panjang dan dapat rantai, tali, dawai
digulung

Anda mungkin juga menyukai