Anda di halaman 1dari 2

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Dalam bahasa Melayu baku, kata adjektif dikenali sebagai kata sifat juga. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu: a) b) c) d) e) Kata adjektif jenis sifatan/keadaan Kata adjektif jenis warna Kata adjektif jenis ukuran Kata adjektif jenis bentuk Kata adjektif jenis waktu f) Kata adjektif jenis jarak g) Kata adjektif jenis cara h) Kata adjektif jenis perasaan i) Kata adjektif jenis pancaindera

Perhatikan penerangan di bawah ini. Jenis Kata Adjektif sifatan/keadaan Penerangan Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama/frasa nama. Menunjukkan warna sebagai unsur keterangan sesuatu kata nama/frasa nama. Menunjukkan ukuran sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama. Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata nama/frasa nama. Menunjukkan maksud masa sebagai unsur keterangan Contoh baik, berani, tegas, bodoh, rajin, cerdik merah, biru, hijau, putih, kuning, kelabu Ayat Contoh 1. Pelajar yang malas itu gagal dalam ujiannya. 2. Rumah usang itu akan dirobohkan. 1. Baju merah itu dibelinya di pasar malam. 2. Langsir biru itu dijahitnya sendiri. 1. Lelaki kerdil itu berusia empat puluh tahun. 2. Rumah besar itu tidak berpenghuni. 1. Telur ayam itu kelihatan bujur. 2. Mata pedang itu lekuk di bahagian hujungnya. 1. Pada zaman dahulu manusia membuat pakaian daripada daun dan kulit-kulit kayu. 2. Datuk sering menceritakan pengalaman silam beliau kepada kami. 1. Akmal tinggal tidak jauh dari sini. 2. Kedudukan rumah di kawasan setinggan itu agak rapat antara satu dengan yang lain. 1. Kura-kura itu berjalan lambat. 2. Pantas sekali kuda itu berlari.

warna

ukuran

besar, nipis, labuh, tebal, tinggi, renek, panjang bujur, bundar, leper, bulat, pipih, lekuk lama, lewat, dahulu, segera, sebentar, suntuk

bentuk

waktu

jarak

cara

perasaan

Menunjukkan maksud jarak atau penerang kepada kata nama/frasa nama. Menunjukkan keadaan atau ragam sebagai unsur penerang kata nama/frasa nama. Menunjukkan maksud perasaan sebagai unsur keterangan kata nama/frasa nama.

dekat, jauh, nyaris, rapat, jarang, hampir

cepat, deras, kerap, cuai, gopoh, lincah, kasar rindu, takut, sayang, bimbang, kecewa, jemu, puas

1. Ibu kucing itu amat sayang akan anaknya. 2. Kami kecewa dengan tindakannya itu.

pancaindera

Menunjukkan maksud sifat, keadaan atau rasa yang dapat dikesan oleh pancaindera

masin, masam, busuk, hapak, manis, harum, merdu

1. Bau ikan itu amat hanyir. 2. Manis sekali buah mangga yang dibeli oleh ibu itu.

Kesalahan umum penggunaan kata adjektif. 1. Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan ter sebagai predikat ayat. Contoh: 1.a) Pedang itu tertajam. (X) b) Pedang itu paling tajam. () 2. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter. Contoh: 1.a) Rumah yang paling terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. (X) b) Rumah yang terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. () 3. Kesalahan tidak meletakkan frasa sendi selepas frasa adjektif apabila diperluas. Contoh: 1.a) Anak kucing itu sayang ibunya. (X) b) Anak kucing itu sayang akan ibunya. ()

Dalam penulisan dan dalam binaan ayat, kata adjektif boleh disertai kata penguat, sama ada kata penguat hadapan, kata penguat belakang atau kata penguat bebas. Contoh: 1. Pelajar yang gemuk sekali itu anak tuan pengetua. 2. Pinggang gadis itu terlalu ramping. Kata adjektif yang berimbuhan ter tidak boleh menerima kata penguat kerana imbuhan ter telah sedia membawa maksud darjah tertinggi atau paling. Contoh: 1.a) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal sekali di pasaran dunia. (X) b) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal di pasaran dunia. ()

Anda mungkin juga menyukai