Anda di halaman 1dari 28

Kata adjektif atau kata sifat ialah

perkataan yang menerangkan keadaan


atau sifat kata nama atau frasa nama.

Contoh kata adjektif ialah baik,
murah,rendah, dan cantik.
MaksudKataAdjektif

JenisJenisKataAdjektif

1.Kata Adjektif Sifatan atau keadaan
2.Kata Adjektif warna
3.Kata Adjektif ukuran
4.Kata Adjektif bentuk
5.Kata Adjektif waktu
6.Kata Adjektif jarak
7.Kata Adjektif cara
8.Kata Adjektif Perasaan
9.Kata Adjektif pancaindera

Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan

-Membawa pengertian sifatan atau
keadaan sebagai unsur keterangan
nama.
Contohnya;
Baik, cerdik, berani, pandai
Contoh ayat;
1.Anak guru itu sangat cerdik.

KataAdjektifWarna

-Membawa pengertian warna
sebagai unsur keterangan.
Contohnya;
Merah, putih, ungu, kelabu
Contoh ayat;
1.Gadis itu bertudung merah.

KataAdjektifUkuran

-Membawa pengertian ukuran sebagai
unsur keterangan.
Contohnya;
Kecil, panjang, rendah,tebal
Contoh ayat;
1.Bilik kecilmudah diurus.

KataAdjektifBentuk

-Membawa pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan.
Contohnya;
Bulat, lonjong, buncit, leper
Contoh ayat;
1.Perut Ali sangat buncit.

KataAdjektifWaktu

-Membawa pengertian konsep masa
sebagai unsur keterangan
Contohnya;
Baharu, lama, segera, suntuk
Contoh ayat;
1.Jalan lamake kampung itu telah
dibaiki.

KataAdjektifJarak

-Membawa pengertian konsep ruang antara
2 bentuk atau keadaan sebagai penerang
kata nama.
Contohnya;
Jauh, dekat, hampir,rapat
Contoh ayat;
1.Kawan rapatsaya belajar di luar negara.

KataAdjektifCara

-Membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragam sebagai penerang
kata nama.
Contohnya;
lambat, cepat, gopoh, deras
Contoh ayat;
1.Orang lambatselalu rugi.

KataAdjektifPerasaan

-Membawa pengertian konsep perasaan
sebagai penerang kata nama diikuti oleh
kata sendi nama.
Contohnya;
Rindu, benci, suka, marah
Contoh ayat;
1.Dia amat rinduakan emaknya.

KataAdjektifPancaindera

-Membawa pengertian konsep rasa, pandang,
dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima
indera sebagai penerang kata nama.
A) Deria rasa
Contohnya;
Manis, sedap, tawar, pahit
Contoh ayat;
1.Minuman itu sungguh manis.

Kata Adjektif Pancaindera

B) Deria Pandang
Contohnya;
Cantik, kacak, hodoh, molek
Contoh ayat;
1.Pemuda kacakitu berasal dari
Perak.

KataAdjektifPancaindera

C) Deria Dengar
Contohnya;
Bising, merdu, nyaring, lunak
Contoh ayat;
1.Bunyi bisingdatang dari bilik
prasekolah itu.

Kata Adjektif Pancaindera

D) Deria Bau
Contohnya;
Wangi, harum, busuk , hapak
Contoh ayat;
1.Minyak wangi itu harumbaunya.

KataAdjektifPancaindera

D) Deria Sentuh
Contohnya;
Halus, kasar, licin, keras
Contoh ayat;
1.Papan itu kasarkerana belum
diketam.

Kata Adjektif Pancaindera

D) Gabungan Deria
Contohnya;
Bersih (pandang + bau)
Selesa (sentuh + pandang)
Contoh ayat;
1.Rumah kepunyaan Ali itu selesabenar

KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
1)Pengabaian penggunaan kata sendi
apabila frasa adjektif itu diperluas.

Contoh :salah : Rindu ibunya
betul : Rindu akan ibunya
KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
2) apabila kata sendi akan disingkatkan
menjadi kan, lalu dijadikan imbuhan.

Contoh :salah : Rindukan ibunya
betul : Rindu akan ibunya
KESALAHAN PENGGUNAAN
ADJEKTIF
3) apabila awalan meN ditiadakan

contoh :takutkan
(bukan kata kerja transitif tetapi kata kerja pasif).

Contoh :betul : Saya menakutkan kanak-kanak
itu.

LATIHAN

LATIHAN
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam
pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) sabut - serabut
(ii) tunjuk - telunjuk
(iii) guruh - gemuruh

CONTOH JAWAPAN
Sabut kelapa yang dahulunya dibuang kini diproses untuk
menghasilkan baja organik yang lebih selamat untuk tanaman
pertanian.

-Fikirannya semakin serabut apabila memikirkan nasib yang bakal
menimpa anak-anaknya jika dia dibuang kerja.

Walaupun sudah bergelar juara dunia, namun pemain skuasy negara
masih meminta tunjuk ajar daripada pemain yang lain.

-Pemuda itu dikecam kerana mengikut telunjuk penjajah yang mahu
memporak-perandakan kehidupan masyarakat di negara ini.

Budak kecil itu menangis dengan kuat kerana terkejut dengan bunyi
guruh yang kuat.

-Junaidah gagal menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penemu
duga kerana menghadapi masalah gemuruh yang melampau.

Anda mungkin juga menyukai