Anda di halaman 1dari 33

Morfologi Bahasa Melayu Tajuk: kata adjektif

Disediakan oleh : Zaharulfahmi Bin Zahari Mohd Ariff Bin Mohd khari Muhd Izzuddin Azri Bin Roja

Definisi Kata Adjektif


Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dalam ayat, kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Kata Penguat

Kata Penguat Hadapan


terlalu, paling, agak, begitu, demikian, dan lebih Contoh ayat: Pokok di belakang rumah Rahman terlalu rendang. Masakan ibunya paling sedap. Lukisan itu agak cantik.

Kata Penguat Belakang


sekali, benar, nian, betul

Kata Penguat Bebas


amat, sangat, sungguh

Contoh ayat: Kelakuan budak-budak itu nakal sekali. Rumah di atas bukit itu cantik betul. Pemandangan di situ indah nian.

Contoh ayat: Pakaian pemuda itu amat kemas. Pakaian pemuda itu kemas amat. Sungai itu dalam sangat. Sungai itu sangat dalam.

pancaindera

Sifat/keadaan warna

perasaan

Jenis kata adjektif


cara

ukuran

bentuk

jarak

waktu

Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan


Perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
Contohnya :

baik
gopoh

takut pandai

lemah cerdik

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Budak baik selalu dipuji. Anak guru itu amat cerdik. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh. Kesemua ahli pasukan itu lemah. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.

Kata Adjektif Warna


Perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
Contohnya : merah putih biru kelabu hijau kuning

Contoh penggunaannya dalam ayat :


1. 2. 3. 4. 5. 6. Baju merah itu kepunyaanku. Tubuhnya diselimuti kain putih. Warna biru kegemaran ibu. Ayah suka bersongkok kelabu. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. Warna kuning warna diraja.

Kata Adjektif Ukuran


Perkataan yang memberi pengertian ukuran, sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
Contohnya :

panjang
besar

kecil tinggi

nipis renek

Contoh penggunaannya dalam ayat :


1. 2. 3. 4. 5. 6. Jambatan panjang itu baru didirikan. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. Bilik kecil mudah diuruskan. Ketua pasukan itu tinggi orangnya. Lukanya dibalut dengan kain nipis. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.

Kata Adjektif Bentuk


Perkataan yang memberi maksud rupa bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
Contohnya : lonjong bujur leper bengkok lurus buncit

Contoh penggunaannya dalam ayat :

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bola ragbi berbentuk lonjong. Kotak hadiah itu empat segi bujur. Gasing leper kesayangannya telah pecah. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup. Garis lurus menembus dua titik. Perut Si Luncai buncit.

Kata Adjektif Waktu


perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan kepada kata nama. Contohnya :
baharu lama lampau silam cepat awal

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. 2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. 3. Usah dikenang waktu yang lampau. 4. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam. 5. Ketibaan bas itu lebih cepat daripada jadualnya. 6. Tarikh pemergiannya terlalu awal.

Kata Adjektif Jarak


Perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama.
Contohnya :

jauh
dekat

hampir rapat

Contoh penggunaannya dalam ayat :

1. 2. 3. 4.

Rumah yang dituju itu sungguh jauh. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. Kawan rapat saya belajar di luar negara.

Kata Adjektif Cara


perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai unsur keterangan kepada kata nama.

Contohnya :
deras
perlahan

jelas lincah selalu

lambat

Contoh penggunaannya dalam ayat :


1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengaliran air sungai itu deras. Orang lambat selalu rugi. Gerak-gerinya amat perlahan. Pemain lincah itu berasal dari utara. Taklimat projek yang disampaikannya jelas. Orang itu selalu benar datang ke sini.

Kata Adjektif Perasaan


perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan. Contohnya :
rindu segan suka berahi kasih cinta

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dia amat rindu akan emaknya. Gadis itu amat segan untuk bertanya. Dia suka sungguh dengan perangai pemuda itu. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu. Kami semua amat kasih akan guru itu. Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya.

Kata Adjektif Pancaindera


Perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang bau dan rasa sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
Contohnya : (i) Deria rasa : sedap lazat pahit tawar

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Masakan di kedai tidak semestinya sedap. 2. Mereka akan menyediakan makanan lazat. 3. Ubat pahit itu untuk demam Malaria. 4. Dia suka makan ikan air tawar.

(ii) Deria pandang :

molek

kacak

buruk

comel

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. Gadis molek itu anak Pak Hamid. Pemuda kacak itu berasal dari Perak. Rumah buruk itu sudah roboh. Bayi comel itu memenangi hadiah pertama.

(iii) Deria dengar :

bising

merdu

mersik

serak

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. Bunyi bising datang dari biliknya. Penyanyi itu mempunyai suara merdu. Bunyi biolanya amat mersik. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara.

(iv) Deria bau :

harum

hapak

tengik

hanyir

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. Bedak sejuk itu harum baunya. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak. Minyak tengik itu jangan digunakan. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.

(v) Deria sentuh :

halus

kasar

keras

lembap

Contoh penggunaannya dalam ayat :

1. 2. 3. 4.

Kain halus itu hasil tenunan tangan. Papan itu kasar kerana belum diketam. Bancuhan simen itu telah keras. Jangan suka memakai pakaian lembap.

Pembentukan Kata Adjektif


Kata adjektif boleh terdiri daripada bentukbentuk yang berikut : (i) Kata Adjektif Tunggal. (ii) Kata Adjektif Terbitan. (iii)Kata Adjektif Ganda (iv)Kata Adjektif Majmuk.

Kata Adjektif Tunggal


Bentuk Kata Adjektif Tunggal terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain, seperti penggandaan. Digunakan dalam ayat sebagai predikat dan sebagai penerang kata nama. Boleh menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya : 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Cara hidup seniman itu amat sederhana. 3. Pada malam ini bulan sungguh terang. 4. Pada malam itu tidurnya nyenyak benar.

Kata Adjektif Terbitan


kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan yang digandingkan pada kata dasar itu.
Awalan kata adjektif
(i) Awalan terAwalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contohnya : ter- + kecil terkecil ter- + masyhur termasyhur Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda. ter- + panjang terpanjang Ter- + muda termuda

(ii) Awalan se-

Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar, untuk membawa pengertian sama. Contohnya :
se- + tinggi setinggi se- + pandai sepandai Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. 2. 3. 4. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. Aminah tidak sepandai abangnya. Warna baju itu semerah darah ikan. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang. se- + merah semerah se- + buruk seburuk

Apitan kata adjektif Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke--an. Gabungan apitan ke--an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya, kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya :
kebaratan kecinaan kearaban kemelayuan

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Cara hidupnya sungguh kebaratan. 2. Rupanya agak kecinaan. 3. Pakainnya terlalu kearaban. 4. Sifat kemelayuannya begitu menonjol.

Sisipan kata adjektif


Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan, iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya.
(i) Sisipan -emSisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya :

guruh gemuruh
gilang gemilang

serbak semerbak
ketot kemetot

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Bau bunga-bungaan di taman tasik itu semerbak. 2. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa selamat. 3. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. 4. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja. (ii) Sisipan -inSetakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan sisipan -in-, iaitu : sambung = sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.

(iii) Sisipan -elSisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif. Contohnya :
serak selerak
gembung gelembung

geman-geleman

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Jamuan selerak itu berterusan hingga larut malam. 2. Kulit gelembung itu mula bernanah. 3. Dia geli-geleman apabila melihat cacing. (iv) Sisipan -erSisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata adjektif. Contohnya :
godak gerodak kelip kerlip

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Masjid itu dihiasi lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. 2. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung duit itu jatuh.

Kata Adjektif Ganda


Kata adjektif ganda ialah perkataan yang terhasil daripada proses mengulang kata dasar adjektif. Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.

Penggandaan penuh kata adjektif Penggandaan penuh kata adjektif merupakan cara yang paling mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya :
besar- besar tinggi tinggi bijak bijak

panjang panjang

tumpul tumpul

merah merah

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Rumah di bandar itu besar-besar belaka. 2. Bentuk kuih buah melaka kecil-kecil. 3. Tinggi-tinggi bangunan di bandar raya itu. 4. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah. 5. Panjang-panjang tali pengikatnya.

Penggandaan separa kata adjektif


Penggandaan separa kata adjektif ialah proses mengulang atau menggandakan kata dasar adjektif tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat tiga bentuk penggandaan separa kata adjektif, iaitu : (a) Penggandaan separa pada kata berawalan. Contohnya : sepandai-pandai sebaik-baik setinggi-tinggi

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. sepandai-pandai penipu itu akhirnya tertangkap jua. 2. Sebaik-baik manusia ada juga kekurangannya. 3. Saya menaruh setinggi-tinggi kepercayaan terhadapnya.

(b) Penggandaan separa pada kata berakhiran Contohnya :


besar-besaran rindu-rinduan jadi-jadian

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Majlis besar-besaran itu untuk meraikan kejayaannya. 2. Intai kami sementara nampak, supaya esok tidak rindu-rinduan. 3. Harimau jadi-jadian itu menakutkan penduduk kampung.

(c) Penggandaan separa pada kata berapitan Contohnya :


Kekuning-kuningan kemalu-maluan kebodoh-bodohan

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Warna payungnya kekuning-kuningan. 2. Anak gadis itu kemalu-maluan apabila diusik. 3. Lagak kebodoh-bodohan sesuai dengan watak itu.

Penggandaan berentak kata adjektif


Penggandaan berentak kata adjektif ialah proses yang terhasil daripada pengulangan kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
Contoh : gilang gemilang gelap-gelita compang-camping kusut-masai

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. 2. Baginda sanggup menyamar dengan memakai baju yang compang-camping. 3. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelapgelita. 4. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan.

Kata Adjektif Majmuk


Kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya : merah jambu hijau daun putih telur

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. 2. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. 3. Pakaian pengantin itu berwarna putih telur. Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa.contohnya : besar kepala ringan tulang terang hati

Contoh penggunaannya dalam ayat : 1. Kejayaan itu telah membuatnya besar kepala. 2. Ali disukai ramai kerana dia ringan tulang. 3. Kerana dia terang hati, Aminah senang diajar sesuatu perkara.

Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan


Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu : (i) Darjah biasa. (ii) Darjah bandingan. (iii) Darjah penghabisan. Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat yang berikut :

1. 2. 3. 4.

Hidup keluarga itu sederhana. Malam ini bulan terang. Perangai pemuda kampung itu baik. Tubuh budak itu kurus.

Darjah Bandingan
Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara yang berikut : (i) Bandingan yang sama, iaitu menggunakan kata adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi, sepandai dan sesedap.

Contoh dalam ayat : 1. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. 2. Anak saya tidak setinggi anaknya. 3. Fatimah tidak sepandai kakaknya. 4. Masakannya tidak sesedap masakan ibu.

Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh juga bertukar ganti dengan perkataan sama, iaitu :
sebesar boleh menjadi sama besar

setinggi boleh menjadi sama tinggi


sepandai boleh menjadi sama pandai sesedap boleh menjadi sama sedap (ii)

Bandingan yang berbeza, iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai bandingan, seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut :
Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. Murid itu kurang pandai daripada murid ini. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. Kedai syarikat itu kurang maju daripada kedai-kedai lain.

1. 2. 3. 4.

Darjah Penghabisan
Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut : (i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (ii)ter- + kata adjektif (iii)paling + kata adjektif (iv) kata adjektif + sekali (v) ter- +
Amat (vi) Sungguh Sangat Amat Sangat

+ kata adjektif

+ kata adjektif + sekali

(i)

se- + kata adjektif + gandaan + kata nama

Penanda darjah penghabisan ialah awalan se- dan gandaan. Contoh : 1. sepandai-pandai tupai 2. setinggi-tinggi gunung 3. sekeras-keras batu (ii) ter- + kata adjektif Penanda darjah penghabisan ialah awalan ter-. Contoh :
terpandai tertinggi terbaik tercantik termasyhur terbesar

(iii) paling + kata adjektif Penanda darjah penghabisan ialah kata penguat paling yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh :

paling pandai

paling baik

paling tinggi
(iv) Kata adjektif + sekali Contoh :

paling lazat

Pandai sekali Tinggi sekali

baik sekali cantik sekali

*Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali. Contohnya :

1.
*

terbesar sekali

2. terpandai sekali

Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan. Contohnya :

1. paling tinggi sekali

2. paling baik sekali

3. paling besar sekali

(v) ter- +

Amat Sangat

+ kata adjektif

Awalan ter- yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Contoh :

(vi)

Amat Sungguh Sangat

+ kata adjektif + sekali

teramat pandai teramat baik teramat cantik

tersangat pandai tersangat baik tersangat cantik

Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Anda mungkin juga menyukai