Anda di halaman 1dari 11

Frasa Adjektif Pendahuluan Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata ini merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Contohnya: (i) Frasa adjektif sebagai predikat Subjek (FN) 1. 2. 3. 4. 5. Adiknya Markahnya Orang muda itu Anaknya Sekolahnya Predikat (FA) sangat pandai. tinggi. kacak sungguh. masih kecil lagi. jauh dari situ.

(ii)

Frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat Subjek Frasa Utama 6. Dia 7. Bayi itu 8. Pemidato itu berjalan tidur berucap Predikat Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan (a) Frasa Kerja sangat cepat. nyenyak sekali. sungguh lantang. (b) Frasa Sendi Nama

9. Duta Besar itu 10. Pegawai belia kami 11. Surat

di Beijing paling lama. ke pusat latihan amat kerap. daripada sahabat panjang sungguh. penanya

Walau bagaimanapun, unsur frasa adjektif sebagai keterangan dapat hadir sebelum frasa kerja dan frasa sendi nama. Contohnya: 6. (a) Dia sangat cepat berjalan. 7. (a) Bayi itu nyenyak sekali tidur. 8. (a) Pemidato itu sungguh lantang berucap. 9. (a) Duta Besar itu paling lama di Beijing. 10.(a) Pegawai belia kami amat kerap ke pusat latihan. 11.(a) Panjang sungguh surat daripada sahabat penanya.

14.2 Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak Kata Bantu sudah belum masih masih Penguat terlalu agak amat Kata Adjektif pandai nakal besar tua masak jahat kecil kecil cantik ganas Penguat sekali sangat betul amat sungguh -

pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya: (i) (ii) Binaan satu perkataan. Binaan dua perkataan.

14.2.1 Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah: 12. Pelayan kedai Pak Ali rajin. 13. Kawan-kawan Ahmad cerdik. 14. Adiknya sangat cergas. 15. Warna kulit buku saya merah. 16. Wanita itu baik sungguh. 17. Mukanya pucat. 18. Bilik tetamu itu kosong. 19. Hidup seniman itu amat sederhana. 20. Hati mereka cemas. 21. Pada malam itu bulan sungguh terang.

Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. Kata adjektif boleh juga terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai, kemerah-merahan, terbaik, keinggerisingerisan, setinggi, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 22. Aminah tidak sepandai adiknya. 23. Dalam darjah ini markah Husnilah yang terbaik. 24. Langit kemerah-merahan pada waktu senja. 25. Gaya pertuturannya agak keinggeris-inggerisan. 26. Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu. Bentuk adjektif yang berimbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di atas telah dibincangkan dalam Bab 8, bidang morfologi. 14.2.2 Binaan Dua Perkataan Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu: (i) (ii) Kata Adjektif + Kata Adjektif Kata Adjektif + Kata Nama

Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan. (i) Binaan kata adjektif + kata adjektif

Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada: (a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya: riang gembira letih lesu cantik molek lemak manis gagah berani penat lelah kurus kering (b) Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan. Contohnya: tinggi rendah pahit manis baik buruk tua muda kecil besar miskin kaya (c) Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya: tinggi lampai gemuk gedempol kaya raya lemah gemalai kering kontang

(ii)

Binaan kata adjektif + kata nama

Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif +kata nama mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada: (a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan: merah jambu hijau daun biru laut kuning langsat manis buah muda remaja (b) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam buta huruf terang tanah banyak mulut tua keladi 14.3 Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis unsur penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas

Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu nakal, paling sedap, sangat indah, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 27. Anak kecil itu terlalu nakal. 28. Masakan ibunya paling sedap. 29. Pemandangan di tasik itu sangat indah. Penguat belakang pula ialah perkataan yang terletak di belakang kata adjektif, contohnya, baik hati, lambat benar, indah nian, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 30. Perangai budak itu baik sekali. 31. Kereta api itu lambat benar. 32. Istana di atas bukit itu indah nian. Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya: amat indah dan indah amat, sungguh berani dan berani sungguh, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 33. (a) Pemandangan di pantai itu amat indah. (b) Pemandangan di pantai itu indah amat. 34. (a) Pahlawan itu sungguh berani. (b)Pahlawan itu berani sungguh. Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 35. Suaranya sungguh amat merdu. 36. Perangainya sangat kurang sopan 37. Bisanya terlalu amat pedih.

14.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu, misalnya, sudah besar, belum cerdik, masih kecil, dan harus pandai, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 38. Anak itu sudah besar. 39. Dia belum cerdik lagi. 40. Anak kucingnya masih kecil. 41. Semua pegawai harus pandai. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat, misalnya: masih amat kecil, belum terlalu jauh, belum sangat pandai, sungguh masih letih, tentu sudah masak, dan benar telah pandai, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 42. Anak-anak jiran saya belum bersekolah kerana masih amat kecil. 43. Kami dapat mengejar Ali kerana dia belum terlalu jauh. 44. Pemain itu belum sangat pandai kerana belum lama dilatih. 45. Kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat. 46. Buah yang diperam itu tentu sudah masak. 47. Sesudah mengikuti latihan berkali-kali, mereka benar telah pandai. 14.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa, iaitu: (i) (ii) (iii) Selepas subjek sebagai predikat. Selepas frasa kerja sebagai keterangan. Selepas frasa nama sebagai penerang.

14.5.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Subjek 48. (a) Rumah Ali Predikat sangat sederhana.

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, seperti yang berikut:

Predikat 48.(b) Sangat sederhana

Subjek rumah Ali.

Perhatikan contoh-contoh seterusnya: Susunan biasa: 49. (a) Badannya letih lesu. 50. (a) Malam ini gelap benar. 51. (a) Hidup penyair agung itu amat sederhana. 52. (a) Jalan raya itu sunyi senyap. 53. (a) Tubuh gadis itu tinggi lampai. 54. (a)Warna kereta Musa hijau muda. 55. (a) Tidurnya nyenyak benar. 56. (a)Anak Ali masih muda. 57. (a) Mukanya pucat. 58. (a) Kerani pejabat kami rajin. Susunan songsang 49.(b) Letih lesu badannya. 50.(b) Gelap benar mala mini. 51.(b) Amat sederhana hidup penyair agung itu. 52.(b) Sunyi senyap jalan raya itu. 53.(b) Tinggi lampai tubuh gadis itu. 54.(b) Hijau muda warna kereta Musa. 55.(b) Nyenyak benar tidurnya. 56.(b) Masih kecil anak Ali. 57.(b) Pucat mukanya.

58.(b) Rajin kerani pejabat kami.

14.5.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contohnya: Predikat Subjek 59. Dia 60. Mereka 61. Kanak-kanak itu 62. Adik-adiknya 63. Jalan itu 64. Burung helang 65. Baginda 66. Mereka 67. Amin 68. Sungai itu Frasa Kerja berjalan pulang tidur datang menurun terbang hidup berlari bergerak mengalir Keterangan (Frasa Adjektif) sangat cepat. segera. sungguh nyenyak. kerap sangat. curam sekali. tinggi. amat sederhana. sangat pantas. cergas sekali. tenang.

Perlu diingat bahawa kata adjektif dalam unsur keterangan di atas, iaitu cepat, segera, nyenyak, kerap, curam, tinggi, sederhana, pantas, cergas dan tenang, berfungsi sebagai kata adverba. (Lihat 9.2.3.9) 14.5.3 Kata Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya: Frasa Nama Kata Nama pelajar warna minyak bulan baju rumah kopi penutur emas pangkat bangunan Penerang (Kata Adjektif) baharu merah wangi terang putih haram segera asli tulen rendah tinggi

14.6 Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif Dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya: Subjek 69. Pegawai itu 70. Rumah 71. Keadaannya 72. Buahnya 73. Badannya Predikat (Frasa Adjektif) selalu sibuk dengan pekerjaannya. harus bersih demi kesihatan hidup kita. tetap cergas pada bulan puasa. manis ibarat gula. lemah dengan tiba-tiba.

Dari segi makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan ke dalam beberapa golongan, iaitu: (i) Keterangan cara, contohnya:

74. Badannya lemah dengan tiba-tiba. 75. Lukanya baik dengan sendirinya. 76. Pokok itu segar dengan cepatnya. (ii) Keterangan bandingan, contohnya:

77. Buahnya manis ibarat gula. 78. Badannya kurus sebagai lidi. 79. Suaranya merdu seperti buluh perindu.

(iii)

Keterangan hal atau keadaan, contohnya:

80. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. 81. Ramai penduduk desa masih melarat dalam kemiskinan. 82. Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran. (iv) Keterangan tujuan, contohnya:

83. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup kita. 84. Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan. 85. Juruterbang harus hati-hati demi keselamatan semua penumpang.

(v)

Keterangan kekerapan, contohnya:

86. Dia sakit selalu. 87. Pekerja itu jarang-jarang lewat. 88. Wanita itu sering sedih. (vi) Keterangan terhadap, contohnya:

89. Anak itu sangat rindu akan emaknya. 90. Kita harus cinta akan tanah air. 91. Hang Tuah amat setia kepada rajanya. (vii) Keterangan musabab, contohnya:

92. Budak itu lemah oleh sebab keletihan. 93. Murid-murid itu lembap kerana tiada bimbingan. 94. Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya. (viii) Keterangan waktu,contohnya:

95. Ali selalu sakit ketika masih kecil dahulu. 96. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini. 97. Pelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja. (ix) Keterangan tempat, contohnya:

98. Kanak-kanak itu sakit pada kakinya., 99. Buah nanas manis di bahagian pangkalnya. 100. Bunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah kanan.

Anda mungkin juga menyukai