INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU TARIKH : 19 OKTOBER 2011 (RABU) Lagu : Negaraku
Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta
Lagu : Sabah Tanah Airku
Sabah tanah airku Negeri kita yang tercinta Pemuda pemudi semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka
Lagu : Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada seri paduka Kami tumpahkan setia Rukun negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan
Lagu : Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru Kami sentiasa bersedia Menjulang etika kerja Berkorban jiwa raga Menjunjung aspirasi Bangsa negara tercinta Berwibawa berintegriti Keunggulan peribadi Berteraskan keimanan Mendidik anak bangsa Kami bangga menjadi guru Kerjaya dihormati Tidak jemu menimba ilmu Bakti setulus hati dan budi IPG Malaysia berikrar Membentuk guru berkualiti Penyayang berakhlak mulia Mendokong misi visi IPG
Latar Belakang Hari Kokurikulum menyediakan satu ruang untuk guru pelatih IPG, Kampus Gaya mengaplikasikan semua kemahiran dan teori yang telah dipelajari bagi melaksanakan satu majlis kokurikulum yang merangkumi semua aspek aktiviti kokurikulum yang telah dipelajari secara formal atau tidak formal di IPG Kampus Gaya.
Objektif Untuk mewujudkan semangat muhibah antara warga Institut. Untuk memberi latihan kepada guru pelatih dalam aspek pengurusan, kepimpinan, dan kemahiran komunikasi dengan pihak-pihak berkenaan. Mencungkil bakat-bakat yang terpendam pada guru pelatih. Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih. Membina semangat cekal dan disiplin peserta yang terlibat. Mewujudkan hubungan yang mesra di antara guru pelatih dengan staf pengurusan serta pensyarah.