Anda di halaman 1dari 22

B.

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu KKTT tidak mempunyai penyambut. Contohnya : 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

1. Dalam ayat pertama mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. 2. Ayat kedua anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. 3. Ayat ketiga hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek (pembuat ) Kami Dia Saya Hassan

Kata kerja tak Transitif

keterangan

mandi senyum menyanyi berjalan

di kolam itu. semasa berjalan. dengan kuat ke sekolah.

7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.

Contoh: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau i di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

KATA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dan terdiri daripada bentuk yang berikut.

Kata kerja asal merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan seperti perkataan makan,minum,tidur,keluar,masuk,datang,duduk,lahir dan sebagainya. Berawalan beR-seperti perkataan bersalam,bermain,berbaring,belajar,bersenam,berdayung,berdiri,berbelanja,bers enam,ber-dayung,berdiri,berbelanja,berdukacita,dan sebagainya. Berawalan meN-seperti perkataan menyanyi,menyampuk,memasak,mendarat,melompat,menari dan sebagainya. Berawalan teR-seperti perkataan termenung,terserempak,terbaring,tertidur,tersungkur,terjebak,terhidang dan sebagainya. Berapitan beR--an seperti perkataan berjauhan,brerlarilarian,bergentayangan,bersalaman,berkeliaran,berdua-duaan,berpadanan dan sebagainya.

Peringatan;kelima-lima jenis kata kerja di atas boleh berdiri sendiri iaitu dapat dititik selepas perkataan tersebut di dalam ayat.jika ayat tersebut hendak diperluas,kata sendi perlu digunakan. Contoh: Ibu sedang tidur. Ibu sedang tidur di dalam bilik. (kata sendi digunakan untuk memperluas ayat)

Berapitan beR--kan seperti perkataan berpandukan,beralaskan,berbantalkan,berdasarkan,berselimutkan,berpaksikan dan sebagainya.

Peringatan.Perkataan berapitan beR--kan perlulah diikuti dengan pelengkap dan tidak boleh disertai kata sendi. Contoh:Mereka mengembara dengan berpandukan peta.(betul) Mereka mengembara dengan berpandukan pada peta.(salah)

7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau I di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam

B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT) a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang. b. Contoh : i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas berjalan) ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas berlari) c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif? -perkataan yang berimbuhan ber.. : berjalan, bercerita, bekerja -perkataan yang berimbuhan ter. : terangkat, terbawa, tercapai -perkataan yang berimbuhan di : diangkat, ditembak, diambil -perkataan yang berimbuhan di .kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi -perkataan yang berimbuhan diperkan/i : diperdayakan, dipersalahi -imbuhan meN. yang diikuti tempat : menyanyi di pentas (tempat) d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT) i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak kata sendi atau kata hubung jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain) Salah: -Dia bertemu rakannya di bandar. -Dia bercerita pengalamannya di luar negara. -Perompak itu berlari tepi jalan raya. -Saya tidak terangkat kotak itu. -Buku itu dibaca kakaknya. Betul: -Dia bertemu dengan rakannya di bandar. -Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara. -Perompak itu berlari di tepi jalan raya. -Saya tidak terangkat akan kotak itu. -Buku itu dibaca oleh kakaknya.

B. Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. Contohnya : 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kami Dia Saya Hassan

Kata kerja tak Transitif mandi senyum menyanyi berjalan

keterangan di tasek itu. semasa berjalan dengan kuat ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-, men-, ter-, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau I di hujungnya. Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak Frasa kerja tak transitif transitif tanpa pelengkap berpelengap (i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (i) (kata bantu) + kata (penerangan) + (keterangan) kerja + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Frasa Nama Lelaki itu Cikgu bayi itu Jamal Khatib Kata bantu sedang masih sedang akan sedang Predikat Frasa kerja Kata kerja makan menulis merangkak datang berkhutbah (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada. Frasa Kerja Transitif

Nota Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. esok di surau

maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap Subjek Frasa nama Mereka Ahmad Predikat Frasa kerja Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan akan ingin pulang menjadi ke rumah penyanyi secepat mungkin yang dalam minggu ini

Nota

pelengkap frasa sendi nama di negara ini pelengkap

terkenal Saya tinggal di Klang

kata nama Pelengkap frasa sendi nama

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya menegurnya. Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier. Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras. Pokok itu layu kerana tidak disirami air. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penat semalam.

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT) Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan. KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini. Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik) meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu) ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta) ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik) ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan) ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu; i. ii. KKTT tanpa pelengkap KKTT berpelengkap

KKTT Tanpa Pelengkap Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap. Contoh:

Gadis itu asyik termenung. Ayah dan ibu sedang berbicara. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban. KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut. Contoh: 1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar. 2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya. 3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam. KKTT Berpelengkap Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh: 1. Keadaan banjir sudah beransur surut. 2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik. 3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan. 4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek. 5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas. 6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini. Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif Kata bantu sedang ingin KKTT bekerja berbincang Kata Sendi /adjektif di tentang Kata Nama pejabat perkara

telah sudah sudah telah telah

terlupa bertambah beransur bersuamikan berpayungkan

akan kukuh sembuh -

nama rakannya orang kaya daun pisang

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja. 1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan. Contoh ayat: Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X) Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. () Penggunaan kata sendi nama selepas KKT. Contoh ayat: Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X) Sharifah memahami kehendak adiknya. () Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT. Contoh ayat: Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X) Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. () Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT Contoh ayat: Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. () Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan Contoh ayat: Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X) Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. () Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan. Contoh ayat: Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()

2.

3.

4.

5.

6.

i. Kata Kerja Tak Transitif -tidak memerlukan objek -dibahagikan kepada dua jenis Berpelengkap Tanpa pelengkap Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan AYAT AKTIF TAK TRANSITIF **KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap -Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan makna ayat. - kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif - kkttr tidak boleh dipasifkan. contoh kkttr tanpa pelengkap menyanyi berlalu bersembahyang pulang berdoa bergurau bangun berdiri menangis berjalan pergi tercengang duduk kembali hinggap tumbuh runtuh memberontak Contoh ayat

a. Semua pelajar sedang bersembahyang. b. Semua orang sudah bangun. c. Adik menangis. d. Tamadun purba itu telah runtuh ***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap - Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat. - Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap - Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif - Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan Contoh kkttr berpelengkap beransur berbuat tinggal berselimutkan menjadi berbantalkan berumah beralaskan Contoh ayat i. Hari sudah beransur petang. ii. Abdullah tidak berbuat salah. iii. Bapa sedang beransur pulih. iv. Seman menjadi menantu Mat Ranggi. v. Semua peserta perkhemahan tidurberselimutkan kanvas . vi. Maniam berbantalkan lengan. vii. Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu. viii. Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang.

Latihan 2 Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam. 2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya. 3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang. 4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian. 5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti. 6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat. 7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah. 8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal. 9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam. 10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

Latihan 2 (JAWAPAN) Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.(kata kerja transitif) 2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.(kata kerja tak transitif) 3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.(kata kerja transitif) 4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.(kata kerja transitif) 5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.(kata kerja transitif) 6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.(kata kerja tak transitif) 7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.(kata kerja tak transitif) 8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal (kata kerja transitif). 9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.(kata kerja tak transitif) 10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.(kata kerja transitif

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul . 9 .A Pak Mat sedang membelah kayu. B Ruzila sedang memasak kuih. C Noraini sedang makan buah rambutan. D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

10.

A Jangan melompat. B Dia lompat jauh. C Dia senyum kepada saya. D Ani bersalam dengan saya.

Latihan: Nyatakan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. 1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam. 2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya. 3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang. 4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian. 5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti. 6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat. 7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah. 8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal. 9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam. 10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda

Anda mungkin juga menyukai