iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan ‘objek’ dan bukan
perkataan lain.Salah:
-Dia menghadapi banyak masalah.
-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.
-Kami menendang dengan deras bola itu.
Betul:
-Dia banyak menghadapi masalah.
-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.
-Kami menendang bola itu dengan deras.
B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)
b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas
‘berjalan’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas
‘berlari’)
c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?
-perkataan yang berimbuhan ‘ber…..’ : berjalan, bercerita,
bekerja
-perkataan yang berimbuhan ‘ter….’ : terangkat, terbawa,
tercapai
-perkataan yang berimbuhan ‘di…’ : diangkat, ditembak,
diambil
-perkataan yang berimbuhan ‘di ….kan/i : dijalankan,
dihadiahi, dihadiahi
-perkataan yang berimbuhan ‘diper…kan/i : diperdayakan,
dipersalahi
-imbuhan ‘meN….’ yang diikuti ‘tempat’ : menyanyi di pentas
(tempat)
i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak ‘kata sendi’ atau
‘kata hubung’ jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya –
akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)
Salah:
-Dia bertemu rakannya di bandar.
-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat kotak itu.
-Buku itu dibaca kakaknya.
Betul:
-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.
-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat akan kotak itu.
-Buku itu dibaca oleh kakaknya.