Anda di halaman 1dari 5

Kata Terbitan

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan.
Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :

a)Kata Terbitan Berawalan


b)Kata Terbitan Berakhiran
c)Kata Terbitan Berapitan
d)Kata Terbitan Bersisipan

IMBUHAN

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :

a)imbuhan awalan
-unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ ...ber+sukan

b)imbuhan akhiran
-unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh :
imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ ...makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ ...kembali+kan

c)imbuhan apitan
-imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak
pada awal dan akhir perkataan
Contoh :
imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ ...men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’...pen+didik+an

d)imbuhan sisipan
-unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata
terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’ k..er..uping
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’ t...el..unjuk

Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif
terbitan. Contoh :

a)Kata Nama :
pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b)Kata Kerja :
melawan, mengikat, merasa (‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)
c)Kata Adjektif :
terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)

Kata Terbitan Berakhiran


Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.

Contoh :
a)Kata Nama :
pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

b)Kata Kerja :
gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)

Kata Terbitan Berapitan


Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif
terbitan.

Contoh :
a)Kata Nama :
pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b)Kata Kerja :
memainkan, melukakan (‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’) memperjuangkan,
keselesaan (‘ke…an’)

c)Kata Adjektif :
kemelayuan (‘ke…an’)

Kata Terbitan Bersispan


Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi
dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan
tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata
terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan.

Contoh :
a)Kata Nama :
kelingking, telunjuk (‘..el..’)
keruping, seruling (‘..er..’)

b)Kata Adjektif :
kelebak, selerak (‘..el..’)
gemilang, semerbak(‘..em..’)
Latihan Kata Terbitan

1.

Awalan Apitan Akhiran


2. Pilih mana-mana jawapan anda dan bina lima ayat daripada 20 kata terbitan tersebut.

3. Berdasarkan jawapan anda di bahagian 1, tulis kata dasar perkataan tersebut.

Contoh: Tercabar – Cabar

Anda mungkin juga menyukai