Anda di halaman 1dari 7

BIDANG TUGAS PENGAWAS

KETUA PENGAWAS

 Memantau jadual tugasan Lembaga Pengawas Sekolah

 Menjadi wakil murid, pengawas dan sekolah

 Menjadi teladan kepada murid dan pengawas lain

 Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas

 Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar serta menyelia aktiviti
Lembaga Pengawas

 Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan
sempurna

 Memantau disiplin pengawas dan murid dari masa ke semasa

 Mengadakan perbincangan dengan AJKT untuk membuat tindakan yang melibatkan


kepentingan semua pengawas

 Mengetuai segala ucapan rasmi Lembaga Pengawas dan berucap dalam majlis-majlis rasmi
selaku wakil murid

 Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas

 Memastikan setiap pengawas adalah 'role model' kepada murid lain

 Mengadakan perbincangan dengan Guru Pengawas/ Pentadbir Sekolah untuk membuat


tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas

TIMBALAN KETUA PENGAWAS

 Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas

 Menjalankan semua tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau

 Menjadi teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan murid lain

 Memantau dan membantu disiplin pengawas dan murid-murid dari masa ke semasa

 Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau ada hal yang lain atas
arahan Guru Pengawas atau Pengetua

 Memastikan disiplin pengawas dan murid terkawal semasa perhimpunan, acara rasmi
sekolah dan rehat

 Membantu Biro Spotcheck menjalankan spotcheck

SETIAUSAHA

 Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi setiap pembahagian dan
pengagihan tugas
 Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengawas

 Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat

 Bertanggungjawab atas urusan surat-menyurat

 Menyimpan rekod peribadi kesemua pengawas

PENOLONG SETIAUSAHA

 Bekerjasama dengan Ketua Pengawas menyediakan jadual bertugas pengawas sekolah

 Memastikan biro-biro membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan

 Menerima dan mengesahkan laporan tugas pengawas

 Berada di Bilik Pengawas sebelum tugas pengawas bermula untuk memastikan semua
pengawas bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan

 Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas dan maklumat tugas harian (di luar bilik
pengawas)

BENDAHARI

 Mengutip yuran bulanan dan lain-lain bayaran setelah mendapat keizinan dari Guru
Pengawas

 Menyimpan rekod kewangan yang dikemaskini (accurate and up-to-date) dengan baik

 Menyerahkan rekod kewangan kepada Guru Pengawas bila diperlukan

 Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas

 Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas adalah stabil

 Menyediakan dan mengemaskini laporan kewangan Lembaga Pengawas

 Mencari tajaan kewangan atau sumbangan untuk menambah dana Lembaga Pengawas

 Menyedia bajet perbelanjaan untuk semua aktiviti Lembaga Pengawas

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)


AJKT terdiri daripada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong
Setiausaha dan Bendahari.

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi:

 Menjaga disiplin semua pelajar

 Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas

 Mensyuarat AJKT mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut
keadaan semasa

 Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas
 AJKT berhak bermesyuarat tentang tindakan/ hukuman yang munasabah kepada murid/
pengawas mengikut Buku Peraturan Sekolah dan Perlembagaan Pengawas (setelah
merujuk kepada Guru Pengawas dan Guru Penasihat Lembaga Disiplin)

 Pelajar dan pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk
mempertahankan diri sebelum AJKT membuat keputusan dalam hal ini.

 Keputusan muktamad mengenai tindakan tatatertib ke atas pengawas yang mempunyai


masalah tingkahlaku/ disiplin dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru-guru Pengawas

BIRO DISIPLIN & SPOTCHECK

 Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan sekolah

 Menjalankan pemeriksaan disiplin terhadap murid pada perhimpunan rasmi

 Menjalankan pemeriksaan disiplin dan spotcheck bila diperlukan

 Berbincang dengan murid yang bermasalah dengan berdiplomasi

 Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni

 Memantau tahap disiplin pengawas-pengawas lain

BIRO PERHIMPUNAN

 Membuat persiapan tapak perhimpunan/ dewan setiap kali terdapat perhimpunan rasmi

 Memastikan keadaan tapak perhimpunan/ dewan bersih sewaktu upacara rasmi

 Memastikan pengawas-pengawas bertugas di perhimpunan bersedia berada di tempat


tugasan masing-masing- penaik bendera, komandan, pengacara majlis, pembaca doa,
pembaca ikrar sekolah dan pengawas yang akan melafazkan Rukunegara dan lain-lain

 Melaporkan sebarang perlakuan negatif di tapak perhimpunan/ dewan

 Memastikan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan

 Memastikan semua murid berada dalam barisan mengikut kelas masing-masin, berdiri
tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang, dan School by The
Bukit

 Memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan selepas upacara rasmi tamat

BIRO PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL

 Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam mempengerusikan perhimpunan rasmi


sekolah

 Menjadi pengacara majlis dalam setiap aktiviti Lembaga Pengawas

 Menyediakan skrip pengacara majlis

 Melatih pengawas lain menjadi pengacara majlis


 Menyediakan dan memantau Susunan keutamaan, Gelaran dan Panggilan Hormat tetamu
dengan betul

 Menyediakan susunan tempat duduk dan susunan bendera dengan betul dalam majlis-
majlis rasmi

 Memastikan protokol pengawas pengiring dan penyambut tetamu di kalangan ahli


Lembaga Pengawas dipatuhi

BIRO AKTIVITI DAN DOKUMENTASI

 Merancang segala aktiviti tahunan Lembaga Pengawas

 Memastikan penglibatan semua pengawas dalam kesemua aktiviti yang dirancang dan
dijalankan serta memastikan perlaksanaan dan kelancaran aktiviti tersebut

 Memastikan semua kelengkapan peralatan, makanan dan minuman, ubat-ubatan


mencukupi semasa aktiviti dijalankan

 Menyediakan laporan berkaitan semua aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dijalankan
dan yang tidak dapat dilaksanakan (jika ada)

 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan dan Pelancongan menguruskan aktiviti Teambuilding

 Membantu Majlis Kebajikan Guru (MKG) dalam menguruskan aktiviti Hari Guru

BIRO KEBAJIKAN DAN PELANCONGAN

 Mengenalpasti para pengawas yang memerlukan bantuan fizikal, kewangan dan emosi

 Merancang destinasi yang sesuai untuk lawatan sambil belajar

 Mengurus kertas kerja berkaitan pelancongan Lembaga Pengawas

 Merancang jamuan tahunan Lembaga Pengawas serta memilih tempat-tempat yang sesuai
untuk jamuan diadakan

 Mengurus dan membuat bajet jamuan serta menu-menu yang sesuai serta Halal

 Menjemput barisan pentadbir dan para guru yang berkaitan menghadiri aktiviti-aktiviti
Lembaga Pengawas

 Mengurus hadiah dan cenderamata yang berkaitan

BIRO MERIT-DEMERIT

 Membantu guru-guru Penyelaras Tingkatan mengemaskini Borang Pemantauan Kelas dan


Borang Kebenaran Keluar Kelas

 Menyediakan jadual pengawas yang membantu serta memberi taklimat berkaitan


pengurusan borang merit-demerit

 Membantu Penyelaras Tingkatan (Guru-guru Disiplin) mengemaskini Fail Disiplin setiap


tingkatan
 Membantu mencetak markah demerit terkumpul setiap tiga bulan untuk dipamerkan

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

 Memastikan bilik pengawas sentiasa bersih, kemas dan teratur

 Menyediakan jadual bertugas bilik pengawas

 Menceriakan bilik pengawas

 Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam memastikan kebersihan tapak


perhimpunan/ dewan sebelum dan selepas upacara rasmi setiap majlis

 Membantu guru-guru memantau kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah dan


kelas-kelas

 Memastikan pengawas yang bertanggungjawab membuat laporan kantin dan


menyerahkan laporan tersebut kepada guru kantin

BIRO TEKNIKAL DAN SIARAYA

 Bekerjasama dengan Biro Aktiviti dan Dokumentasi dalam merancang aktiviti Lembaga
Pengawas

 Mengurus sebarang penggunaan sistem PA dalam aktiviti Lembaga Pengawas

 Membantu mengurus penggunaan sistem PA jika diperlukan oleh guru-guru

 Menyediakan tenaga sukarela dalam setiap program pengawas

 Menyediakan slideshow aktiviti pengawas

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

 Mengawal disiplin pelajar.

 Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan
pengawas junior.

 Menjaga imej dan nama baik sekolah.

 Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau
maklumat kepada rakan-rakan pelajar.

 Memastikan keceriaan sekolah dijaga.

 Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

 Memimpin rakan-rakan pelajar.

 Mencegah kes jenayah di sekolah.

 Menghormati guru.
 Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian.

 Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas serta sentiasa menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi.

 Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

 Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

 Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat
kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.

 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya-upaya untuk


mengubah sikap mereka.

 Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka
yang bersalah.

 Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah untuk rujukan dan tindakan
disiplin.

 Patuh pada ketetapan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat bertugas lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.

MESYUARAT BULANAN

 Diadakan sebulan sekali.

 Wajib dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengawas.

 Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan
kepada semua pengawas secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh
mesyuarat.

 Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti disahkan
dalam mesyuarat tersebut.

 Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.

 Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki


memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.

 Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta perancangan


aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.

 Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan majoriti tidak akan diterima kecuali
adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.

 Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah mesti
dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua. Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek
tersebut akan dibatalkan.

Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain

Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.

MESYUARAT MINGGUAN

 Diadakan seminggu sekali.

 Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.

 Diwajibkan hadir oleh semua AJKT, Ketua-ketua Biro dan Ketua Kumpulan Lembaga
Pengawas.

 Ahli Lembaga Pengawas lain digalakkan hadir.

 Tempat bermesyuarat di Bilik Pengawas.

 Matlamat mesyuarat adalah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi organisasi


Lembaga Pengawas.

 Laporan dan post-mortem berkaitan tugasan, disiplin dan aktiviti-aktiviti pengawas.

 Mesyuarat mesti diminitkan.

Anda mungkin juga menyukai