Anda di halaman 1dari 5

1.

0 TAJUK :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Kecemerlangan UPSR.
Peringkat Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH :

Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Terusan Lahad Datu

3.0 PENDAHULUAN :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program
Kecemerlangan UPSR ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini
dijalankan antara beberapa program persediaan UPSR yang akan dijalankan untuk meningkatkan prestasi
akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah
dalam bidang akademik.
Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan
penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah
guru-guru dapat bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara ringkasnya Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat dapat
meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi pembelajaran yang semakin
mencabar.

4.0 RASIONAL
a) Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar
pandangan ke arah meningkatkan .
b) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
e) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.

5.0 OBJEKTIF :
a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam
menghadapi persediaan UPSR.
b) Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
d) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
e) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
f) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.
6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh, masa dan
tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)


Tempat : Kelas Tahun 6, SK Terusan Lahad Datu
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

7.0 SASARAN KUMPULAN

 Murid-murid Tahun (17 Orang)


 Ibubapa
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Guru Tahun 6
 Guru-guru yang terlibat

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAJLIS PERMUAFAKATAN, AKU JANJI & PENYERAHAN ANAK ANGKAT
SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

PENGERUSI
Tuan Hj. Abdul Bin Hj. Using
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Encik Abdul Rahman Suliman
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 1
Encik Amil Hasli Bin Amilasan
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
Puan Jurairah Binti Amappease
Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Cik Mimi Tantiana Binti Ganing
Guru Bimbingan Sekolah Rendah
BENDAHARI
Puan Norizam Ubang
Kerani Sekolah

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS
Puan Halimah Binti Bangawan

BACAAN DOA
Encik Abdul Rahman Bin Suliman

AJK BUKU PROGRAM


Cik Mimi Tantiana Binti Ganing

AJK BACKDROP
Puan Rosnah Binti Buntarang
Puan Saedah Binti Mohd Yusoff

AJK FOTOGRAFI
Cik Pamela Grace itin

AJK SIJIL, CENDERAMATA, DAN BAHAN EDARAN


Cik Sarimah Binti Ahmad
Cik Norwani Binti Zainudin

AJK MAKANAN
Puan Zaharah Binti Azmuni
Puan Noorlies Binti Shukur

AJK PA SYSTEM
Encik Askawadar Bin Hindustan
Encik Husly Bin Hussin

9.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 am : Ketibaan Guru-guru, murid-murid dan ibubapa.


8.30 am : Ketibaan Guru Besar
TUAN HAJI ABDUL BIN USING
Nyanyian Lagu
1. Sabah Maju Jaya
2. Negaraku
9.00 am : Bacaan Doa
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN SULIMAN

Ucapan Perasmian daripada Guru Besar SK Terusan


TUAN HAJI ABDUL BIN USING
10.00 am : Majlis Permuafakatan Guru-guru, Ibubapa & Murid-murid
Majlis Penyerahan Anak Angkat
Majlis Aku Janji
12.00 noon : Majlis Bersurai dan Jamuan

10.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat berlangsung selama 5 jam daripada
jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara yang telibat dalam program ini ialah murid tahun 6.
Seramai 17 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa terlibat dalam program ini.
Setiap peserta diminta untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5 bagi seorang peserta. Wang yang
disumbangkan ini adalah bertujuan untuk menampung kos makanan, minuman, bahan edaran, sijil,
cenderamata penceramah dan jamuan guru.
Peserta akan diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan program ini. Pada
akhir program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai program.

11. 0 ANGGARAN KOS

Bil Perkara Harga


1. Air Mineral (1 Kotak x RM 10) RM 10
2. Bahan Edaran (17 Peserta) RM 17
3. Makan Murid (17 orang x RM 3) RM 51
4. Makan Ibu Bapa (17 orang x RM 3) RM 51
5. Makan Guru (5 orang x RM 5) RM 25
6. Cenderamata Penceramah RM 50
Jumlah RM 204

Unit Bimbingan dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan yang telah
diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sumbangan daripada ibu
bapa.

12.0 PENUTUP

Tidak semua perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar serta berlaku seperti yang kita
kehendaki. Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih berjaya daripada apa yang dijangkakan
ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Terusan akan
berusaha untuk memastikan Majlis Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program
Kecemerlangan UPSR ini akan berjalan lancar serta memenuhi objektif yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai