Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELAWAI

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SMK BELAWAI


TAHUN 2019

TARIKH:
26 JULAI – 28 JULAI 2019
(3H2M: Jumaat – Ahad)

TEMPAT:
SMK BELAWAI

ANJURAN:
LEMBAGA PENGAWAS

DENGAN KERJASAMA:
UNIT HEM SMK BELAWAI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 BUTIRAN AM

Program : Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Belawai Tahun 2019


Tarikh : 26 Julai – 28 Julai 2019
Hari : Jumaat – Ahad (3 hari 2 malam )
Tempat : SMK Belawai
Peserta : 80 orang
Guru : 20 orang

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Pengawas dengan kerjasama Unit HEM
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Belawai. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah,
pengawas asrama berjumlah 80 orang pelajar dan dibantu seramai 20 orang guru. Tujuan utama penganjuran
kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada peserta
sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang
pengawas. Oleh yang demikian, program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan jati diri para peserta. Semoga usaha ini akan
memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari semasa ke
semasa demi mengharumkan SMK Belawai seterusnya merealisasikan hasrat menjadikan SMK Belawai menjadi
sebuah institusi gemilang.

3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memaklumkan dan memohon sumbangan daripada pihak sekolah
berkenaan Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Belawai Tahun 2019.

4.0 TEMA

“Kami Pemimpin Masa Depan! We Are The Future Leader!”


5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah untuk :

5.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul kepimpinan.

5.2 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang
pelbagai.

5.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri peserta bahawa dengan persediaan yang mantap dapat
membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.

5.4 Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap peserta apabila menghadapi tugas yang
diamanahkan.

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Rujuk Lampiran 1

7.0 SASARAN
Rujuk Lampiran 2

8.0 KANDUNGAN PROGRAM

8.1 Pemantapan Kepimpinan dan Pembinaan Semangat Kerja Sepasukan


8.2 Bengkel Pengurusan dan Pengendalian Perhimpunan
8.3 Bengkel Kawalan Pintu Pagar dan Kawasan Sekolah (Blok Akademik/Kantin/Dewan)
8.4 Bengkel pengurusan dan Pengendalian Asrama
8.5 Peraturan Sekolah; Kesalahan dan Tindakan
8.6 Aktiviti Sukan dan Permainan (Fizikal dan Mental)
8.7 LDK (Praktikal)
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3

10.0 ATURCARA PROGRAM


Rujuk Lampiran 4

11.0 PENUTUP

Program ini diharapkan akan berjaya dilaksanakan mengikut seperti yang telah dijadualkan walaupun
mungkin terdapat beberapa perubahan mengikut kesesuaian keadaan dan masa ketika program sedang
berlangsung. Melalui pelaksanaan program ini, besar harapan bagi jawatankuasa pelaksana agar objektif
penganjurannya tercapai dan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha membentuk jati
diri yang mantap. Semoga dengan penganjuran program – program seperti ini pada masa akan datang, dengan
penambahbaikan setiap ruang kelemahan yang dirasakan perlu, akan membantu membentuk generasi pemimpin
pelajar yang cemerlang dan gemilang secara fizikal dan spiritualnya demi pembangunan sahsiah dan kemajuan
diri, agama, keluarga dan umumnya negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

………………………………… ………………………………………………
(NORAFIZAM BIN REDUAN) (ANTHONY RIZWAN CHAN BIN ABDULLAH)
Penyelaras Pengerusi
Kem Kepimpinan Pengawas 2019 Kem Kepimpinan Pengawas 2019

Disahkan Oleh:

………………………....
(Haji Bahron Bin Othman)
Pengetua
SMK Belawai, Daro
Lampiran 1

Jawatankuasa Induk Kem Kepimpinan Pengawas SMK Belawai Tahun 2016

PENASIHAT
Haji Bahron Bin Othman (Pengetua)

PENGERUSI
Cg Anthony Rizwan Chan Bin Abdullah (GPK HEM)

TIMBALAN PENGERUSI
Haji Yusup Bin Haji Omar (GPK Kurikulum)
Cg Muliadi Bin Hud (GPK Ko-K)
Cg Michelle Olivia Crocker (KB Bahasa)
Cg Hanipah Bt Kli (KB Kemanusiaan)
Cg Siau Siau Ing (KB Sains Matematik)
Cg Norafizam Bin Reduan (Ketua Guru Disiplin)
Ustaz Awang Shahrulnizam Bin Awang Samat (Ketua Warden Asrama)

PENYELARAS
Cg Norafizam Bin Reduan

SETIAUSAHA
Cg Nazhatul Binti Bakri

KEM KOMANDAN
Cg Rahmat Bin Barawi

TIMBALAN KEM KOMANDAN


Cg Gunawan Bin Semawi

AJK:

MAKANAN/JAMUAN LATIHAN/AKTIVITI
Cg Ras Ermma Binti Abol Kassim K Cg Gilbert Anak Katong K
Cg Siti Khadizah Binti Azlan Cg Mohd Termizi Bin Tarzan
Cg Freda Anak Phill Frames Cg Siti Aisah Binti Saini (Cergas Ria)
Cg Farahana Azwa Binti Abdul Latif Cg Milah Binti Jammali

PERALATAN & LOGISTIK KEROHANIAN & KEBAJIKAN


Cg Gunawan Bin Semawi K Ustazah Nurhayati Binti Jamaludin K
Cg Rahmat Bin Barawi Ustaz Awang Shahrulnizam Bin Awang Samat
Cg Abang Sulaiman Bin Abang Husaini Cg Jacky Anak Jalai
Cg Nazrul Bin Kamri Cg Rejoice Rut Machang

SIARAYA KESELAMATAN & KECEMASAN


En Muhd Nabilfikri Fathullah Bin Abdul Razak K Cg Norafizam Bin Reduan K
En Anthony Rizwan Chan Bin Abdullah Cg Nurhana Binti Mustafa
Unit Siaraya Pengawas Cg Maria Carlesty Anak Jiee
Pengawal Keselamatan
FOTOGRAFI DOKUMENTASI SIJIL & PERHUBUNGAN
Cg Abang Sulaiman Bin Abang Husaini K Cg Nazhatul Binti Bakri K
Cg Rejoice Rut Machang Cg Shalissa Binti Bahari
Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Sekolah 4225.00 Kos Makan; 4025.00


RM 35.00 x 115 org
Koperasi 200.00
Peralatan/Modul/ 200.00
Belanja Runcit
200.00
Sijil

JUMLAH 4425.00 4425.00


Lampiran 4

TENTATIF PROGRAM DAN BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA

Hari Pertama (Jumaat-02/08/2019)

2.00-3. 00 petang - Pendaftaran/ Taklimat Keselamatan Peserta dan Perasmian (Kem Kom)
3.00-3.30 petang- LDK 1: Ice Breaking dan Penyerahan Barang Amanah (Cg Gilbert)
3.30-4.30 petang - Minum petang Solat Asar (Ustazah Nurhayati) & Moral (Cg Jacky)
4.30-5.00 petang - Persediaan Khemah Guru/Peserta (Kem Kom / Cg Gunawan)
5.00-6.30 petang - Aktiviti 1: Kraf Perkhemahan (Gajet) & Masakan Rimba I (Cg Gilbert
& Cikgu Ras Ermma)
6.30-8.00 malam- Persiapan Diri/ Makan Malam /Solat Maghrib & Kuliah Maghrib (Ustaz
Awang) / Solat Isyak & Moral (Cg Rejoice)
8.00-9.00 malam - Ceramah 1 – Peraturan Sekolah dan Pengendalian Kes Disiplin
(Cg Anthony Rizwan)
9.00-9.15 malam- Rehat / Minum malam
9.15-10.00 malam- Aktiviti 2 : Biar Malam Berbicara (Kem Kom/Semua AJK)

Hari Kedua (Sabtu-03/08/2019)

5.00-6.30 pagi- Pengurusan diri /Solat/Kuliah Subuh (Ustaz Awang) Moral (Cg Jacky)
6.30-7.30 pagi- Cergas Ria (Cg Siti Aisah) / Sarapan pagi
7.30- 9.30 pagi- Bengkel 1: – Bengkel Pengurusan & Pengendalian Perhimpunan
(Cg Norafizam)
9.30– 10.00 pagi- Rehat/Minum pagi
10.00 – 12.00 t/hari- Bengkel 2 – Bengkel Kawalan Pintu Pagar dan Kawasan Sekolah (Blok
Akademik/Kantin/Dewan) (Cg Norafizam)
12.00 – 1.30 petang- Makan tengah hari / Solat Zohor (Ustazah Nurhayati)
Moral (Cg Rejoice) / Rehat
1.30 – 2.15 petang- LDK 2 : Jabatan Bekalan Air Vs Pak Pandir (Cg. Milah)
2.15 - 3.15 petang- Ceramah 2 - Pengurusan Masa dan Pembinaan Kendiri (Cg Termizi)
3.15 - 4.00 petang- LDK 3 : Perang Tiga Segi (Cg Milah)
4.00- 4.30 petang- Solat Asar (Ustazah Nurhayati) / Moral (Cg Rejoice) / minum petang
4.30 -6.00 petang- Aktiviti 3 – (Aktiviti Fizikal- Rentas Halangan) (Kem Kom/Semua AJK)
6.00 -7.00 malam- Aktiviti 4 - Masakan Rimba II - utk dinner /persiapan diri (Cg Ras
Ermma)
7.00-8.00 malam- Solat Maghrib/Kuliah Maghrib/Solat Isyak (Ustaz Awang) /
Moral (Cg Jacky )
8.00-10.00 malam- Aktiviti 5 – Malam Kebudayaan (Cg Gilbert)
10.00-10.30 malam- Minum malam /Jom beradu

Hari Ketiga (Ahad-04/08/2019)

5.00-6.00 pagi- Pengurusan diri /Solat Subuh (Ustaz Awang) /Moral (Cg. Jacky)
6.00-7.30 pagi- Cergas Ria (Cg. Siti Aisah) / Minum pagi
7.30-10.00 pagi- Aktiviti 6 : Program Khidmat Bakti (Kem Kom)
10.00 -10.45 pagi- Pembersihan Tapak Perkhemahan/Persiapan diri ( Kem Kom / Cg
Gunawan)
10.45-11.00 pagi- Minum pagi
11.00-11.45 pagi- Majlis Penutupan (Cg Nazhatul Binti Bakri)
Amanat & Harapan Tuan Pengetua (Tn Hj Bahron Bin Othman)
Penyampaian hadiah dan sijil
11.45-12.30 t.hari- Makan tengah hari & bersurai.

Anda mungkin juga menyukai