Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA CADANGAN

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM


SMK KAHANG 2018

TARIKH & HARI : 9 – 11 Ogos 2018 (Khamis - Sabtu)


TEMPAT : Pusat Kokurikulum Ulu Denga, Kahang Timur
KUMPULAN SASARAN : Pelapis Pemimpin Pelajar Unit Beruniform
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti tahunan pendidikan luar
yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang
semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik
pelajar-pelajar kita supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.

Pada tahun ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang telah merangka sebuah kertas
kerja bagi melaksana aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform tahun 2018. Dengan adanya
kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan
cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2018, SMK Kahang.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan , guru dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Melahirkan rasa syukur terhadap alam semula jadi.


ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan
mengurus diri sendiri.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan,
bantu mula dan ikhtiar hidup.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
En. Ayub bin Ibrahim
(Pengetua)

NAIB PENGERUSI:
Cik Ng Peck Chin
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

KETUA PROGRAM/ SETIAUSAHA :


Cik Everlyn Radtha Nambiar Ravidas
(Penyelaras Unit Beruniform)

NAIB SETIAUSAHA:
Pn. Jamilah binti Ibrahim

BENDAHARI :
Pn. Zurina Suliman
Pembantu Tadbir Kewangan

KEM KOMANDAN:
En. Pravin Raj a/l Sathiaseelan

PENOLONG KEM KOMANDAN 1:


En. Pravin Raj a/l Sathiaseelan

PENOLONG KEM KOMANDAN 2:


Cik Siti Khadijah binti Mohd Dewa

PERALATAN:
En. Ahmad Shahrulazhar bin Che Omar

KESELAMATAN:
En. Abu Shah bn Soja

DOKUMENTASI:
Pn. Norhaniza binti Zainir

HADIAH DAN CENDERAMATA:


En. Tirukumaran a/l Arugnan

KAWALAN PESERTA:
Semua guru
PENDAFTARAN PESERTA:
Cik Sheimah Nallasamy

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada

i. Hari : Khamis hingga Sabtu

ii. Tarikh : 9 – 11 Ogos 2018

iii. Tempat : Pusat Kokurikulum Ulu Denga, Kahang Timur

iv. Jurulatih : Jurulatih Pusat Kokurikulum

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom seramai 6 orang dari setiap unit
beruniform. Oleh kerana sekolah mempunyai 7 pasukan unit beruniform maka sasaran peserta
adalah seramai 42 orang.

9.0 SENARAI TUGAS

1. KETUA PROJEK

a. Membentuk jawatankuasa

b. Mempengerusikan mesyuarat

c. Merujuk kepada penasihat

2. SETIAUSAHA & NAIB SETIAUSAHA

a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan

b. Urusan surat-menyurat dan borang

3. BENDAHARI

a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.

b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

4. KEM KOMANDAN DAN PENOLONG KEM KOMANDAN

a. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.


5. PERALATAN

a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.

b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah
dalam keadaan baik seperti asal.

6. KESELAMATAN

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.

c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

7. DOKUMENTASI

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan

b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti

c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan

d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

8. HADIAH DAN CENDERAMATA

a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

9. KAWALAN PESERTA

a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

10.0 PENDAFTARAN

a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.

b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.


9.0 KOS PERKHEMAHAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil. Perincian Kos Kos (RM)


1. Pengangkutan (Bas) 600.00
2. Yuran Penyertaan (RM50 x 42 peserta) 2100.00
*bahan aktiviti, makanan dan minuman (Semuanya
dibekalkan dan diuruskan oleh Pusat Kokurikulum)
(RM50 x 10 guru) 500.00
3. Hadiah, cenderamata dan lain-lain keperluan 300.00
Jumlah 3500.00

Sumber kewangan :

i. Peruntukan kokurikulum : RM 1450.00


ii. Sumbangan PIBG : RM 500.00
iii. Kutipan dari peserta : RM 1550.00 (RM25.00 x 42 pelajar, 10 guru)
Jumlah : RM 3500.00

11.0 TENTATIF PROGRAM

Khamis, (9 Ogos 2018)

MASA PERKARA TINDAKAN


1.20 – 2.00 Pendaftaran AJK Pendaftaran
petang (murid berkumpul di dewan 1Malaysia)
2.00 – 2.30 Perjalanan ke pusat koko Guru pengiring (Mengikut jadual
petang bertugas)
2.30 – 3.00 Taklimat daripada Kem Komandan dan Kem Komandan
petang Penyelaras Pusat Kokurikulum Penyelaras Pusat Kokurikulum
3.00 – 4.00 Kem Kraf Jurulatih Pusat Kokurikulum
petang
4.00-4.30 Minum petang. Guru pengiring bersama
petang Solat Jurulatih Pusat Kokurikulum
4.00-6.00 Pecah bendungan/Permainan Koperatif Jurulatih Pusat Kokurikulum
petang
6.00-6.30 Makan Malam AJK Makanan
malam
6.30-8.00 Mandi Guru pengiring bersama
malam Solat Maghrib/ Sesi moral Jurulatih Pusat Kokurikulum
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
8.00-10.00 Aktiviti Bantu Mula/Persediaan malam Jurulatih Pusat Kokurikulum
malam Persembahan
10.00-10.30 Minum malam Guru pengiring bersama
malam Tidur Jurulatih Pusat Kokurikulum
Jumaat, (10 Ogos 2018)

MASA PERKARA TINDAKAN


6.00 – 7.00 Solat subuh/Sesi moral Guru pengiring bersama Jurulatih
pagi Pusat Kokurikulum
7.00 – 8.00 Malaysia Cergas Jurulatih Pusat Kokurikulum
pagi
8.00 – 8.30 Sarapan pagi Guru pengiring bersama Jurulatih
pagi Pusat Kokurikulum
8.30 – 9.30 Orienteering/Persediaan malam Jurulatih Pusat Kokurikulum
pagi Persembahan
9.30 – 10.00 Minum pagi Guru pengiring bersama Jurulatih
pagi Pusat Kokurikulum
10.00 – 12.00 Masakan Jurulatih Pusat Kokurikulum
tengah hari
12.00 – 2.20 Makan tengah hari Guru pengiring bersama Jurulatih
petang Persiapan untuk solat Jumaat Pusat Kokurikulum
Solat Jumaat
2.30 – 4.00 Kembara ke Gunung Lumut Jurulatih Pusat Kokurikulum
petang Ikhtiar hidup
4.00-4.30 Minum petang. Guru pengiring bersama Jurulatih
petang Solat Pusat Kokurikulum
4.00-6.00 Kembara di Gunung Lumut Jurulatih Pusat Kokurikulum
petang Pulang ke pusat koko
6.00-6.30 Makan Malam AJK Makanan
malam
6.30-8.00 Mandi Guru pengiring bersama Jurulatih
malam Solat Maghrib Pusat Kokurikulum
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
8.00-10.00 Malam persembahan Jurulatih Pusat Kokurikulum
malam
10.00-10.30 Minum malam Guru pengiring bersama Jurulatih
Tidur Pusat Kokurikulum

Sabtu, (11 Ogos 2018)

MASA PERKARA TINDAKAN


6.00 – 7.00 Solat subuh/Sesi moral Guru pengiring bersama Jurulatih Pusat
pagi Kokurikulum
7.00 – 8.00 Malaysia Cergas Jurulatih Pusat Kokurikulum
pagi
8.00 – 8.30 Sarapan pagi Guru pengiring bersama Jurulatih Pusat
pagi Kokurikulum
8.30 – 10.30 Khidmat masyarakat & Persediaan Jurulatih Pusat Kokurikulum
pagi majlis penutup
10.30 – 11.00 Minum pagi Guru pengiring bersama Jurulatih Pusat
pagi Kokurikulum
11.00 – 12.00 Majlis penutup & perasmian Jurulatih Pusat Kokurikulum
tengah hari
12.00 – 1.00 Makan tengah hari Guru pengiring bersama Jurulatih Pusat
petang Kokurikulum
1.00 – 2.00 Perjalanan pulang ke Kahang Guru pengiring
petang

12.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI

12.1 Kem Kraf

Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang
pertama dalam tentatif program ini bagi mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan
betul di samping menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.

12.2 Permainan koperatif

Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti riadah bagi
menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama diantara setiap
peserta pelajar.

12.3 Aktiviti malam persembahan

Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di dewan terbuka. Dalam aktiviti ini, pelajar didedahkan
kepada pemikiran kritis dan kreatif disamping memupuk semangat berpasukan.

12.4 Kembara ke Gunung Lumut

Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar. Di
samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

12.5 Masakan dan Ikhtiar hidup

Pelajar didedahkan kepada teknik memasak di dalam suasana ‘outdoor’ menggunakan hanya
peralatan dan bahan-bahan yang dibekalkan sahaja. Ia menguji kemahiran, kerjasama dan kreativiti
pelajar.

12. 6 Orienteering

Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan Geografi iaitu kemahiran membaca bearing kompas dan
pandu arah dalam keadaan sebenar.
13.0 JADUAL GURU BERTUGAS

Sila rujuk lampiran.

13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan
melahirkan insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri
dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan
program ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang
telah disusunatur oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________ _______________

Cik Everlyn Ravidas Cik Ng Peck Chin

Penyelaras Unit kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SMK Kahang SMK Kahang

Anda mungkin juga menyukai