Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN
Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Perkhemahan ini bertemakan Motivasi dan
Kepimpinan. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi pemimpin dalam Unit Beruniform
masing. Program perkhemahan ini didakakan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari
Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan
tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan motivasi, kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini
agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh
cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang
selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai
alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 25 - 26 April 2018 iaitu pada hari Rabu dan Khamis.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam

5.0 TENTATIF PROGRAM


TARIKH/ MASA AKTIVITI AJK TERLIBAT
HARI
25/4/2018 3.45 Pelajar berkumpul di Bilik Al Bukhari
(Rabu) petang
4.00 LDK 1 AJK LDK
petang Ice Breaking Pembentukan Kumpulan
5.15 - Solat Asar Berjemaah - Kem Komandan/
petang Penolong

- Pendaftaran - AJK Pendaftaran dan


- Taklimat Jadual Aktiviti dan Taklimat Penginapan
Penginapan

- Taklimat Keselamatan dan Disiplin - AJK Keselamatn dan


Disiplin
- Agihan Khemah, Taklimat Memasang - AJK Persiapan
Khemah dan kebersihan kawasan Tempat, Peralatan dan
- Membersihkan kawasan dan memasang Kebersihan
khemah
- Mengemas dan menghias khemah
- Mengemas peralatan peribadi
6.30 Minum petang dan pengurusan diri AJK Makanan
petang
7.30 - Solat Maghrib berjemaah AJK Kerohanian
malam - Kuliah Maghrib
- Solat Isya berjemaah
9.00 Makan malam AJK Makanan
malam
9.30 Majlis Perasmian Perkhemahan Kokurikulum Setiausaha
malam
10.00 LDK 2 AJK LDK
malam Peranan Seorang Pemimpin
11.00 Tidur Kem Komandan/
malam Penolong
26/4/2018 5.00 Bangun tidur dan pengurusan diri Kem Komandan/
Khamis pagi Penolong
6.00 Solat Subuh Berjemaah AJK Kerohanian
pagi Qiamullail/Aktiviti Kerohanian
7.00 Riadah Kem Komandan/
pagi Penolong
7.30 Minum pagi AJK Makanan
pagi
8.00 Taklimat pertandingan memasak AJK Makanan
pagi
8.30 Pertandingan memasak AJK Makanan
pagi
9.30 - Pertandingan menghias khemah AJK Persiapan Tempat,
Pagi - Lawatan VIP ke tapak perkhemahan Peralatan dan
Kebersihan
11.30 - Mengemas khemah - AJK Persiapan
pagi - Gotong royong membersihkan kawasan Tempat, Peralatan dan
Kebersihan
- Kem Komandan/
Penolong
12.00 Bersurai
tengahari

5.0 TEMPAT
Perkhemahan ini akan diadakan di kawasan lapang bersebelahan Dewan Terbuka Assyafie
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad.

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan ini akan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan
Syed Ahmad, Pn Melisia binti Che Mat. Majlis Perasmian akan diadakan di Bilik Al Bukhari pada
pukul 9.30 malam.
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
7.1 Peserta perkhemahan terdiri daripada 4 orang bagi setiap pasukan unit beruniform. Terdapat
9 pasukan unit beruniform di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Oleh itu jumlah
peserta adalah seramai 36 orang.
7.2 Jumlah fasilitator terdiri daripada 4 orang yang terdiri daripada 2 orang kaunselor dan 2
orang guru pelatih.

8.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En Zulkifli b Jalil (Pengetua )
Naib Pengerusi 1 : Pn Roshita bt Idrus (Pen Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Cik Halijah bt Hashim (Pen Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Pn Zuhana Mazwin Has-Yun bt Hashim (Pen Kanan HEM)
Penyelaras : En Sanusi b Zainal Abidin
Setiausaha : Pn Nurul Farhana bt Kasim
Pen Setiausaha : Pn Salina bt Mat Safar4
Bendahari : Pn Wan Faizythah bt Wan Ahamadan
Pen Bendahari : Pn. Roshaliza bt Osman

AJK Pelaksana
Kem Komandan : En Alias b Mohammad
Pen. Kem Komandan : Pn Salina bt Mat Safar

Pendaftaran/ Penginapan : En Azizan b Seman


: Pn Mariah bt Said

Keselamatan/ Disiplin : En Wan Syakir b Wan Nordin


: Pn Saimma b Ahmad

Makanan Pelajar/ : Pn Zeeda Idayu bt Omar


Pertandingan Memasak : Pn Hadibah bt Mokhtar
Persiapan Tempat/ : En Mohd Asraf b Rosaruddin
Peralatan/ Kebersihan

Hadiah dan Sijil : Pn Ruslilawati bt Che Mustafa


: Pn Sharifah Juliana bt Syed Ali

Kerohanian : Ustaz Mohd Zulkifli b Mat Saman


: Mohd Suhail

LDK : Pn. Rozulazean bt Zulkafli


:

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI x HARGA JUMLAH (RM)


1 Khemah 5 unit x RM40 200
2 Pita keselamatan 1 gulung x RM15 15
3 Belerang RM10 10
4 Plastik sampah RM10 10
5 Fail poket 40 unit x RM0.5 20
6 Kertas mahjung 10 x RM0.5 5
7 Ubat nyamuk spray 1 unit x RM10 10
8 Air minuman 4 kotak x RM10 40
9 Roti untuk minum petang 50 bungkus x RM1 50
10 Nasi lemak untuk 50 bungkus x RM1 50
sarapan pagi
11 Mee segera untuk 20 bungkus x RM1 20
pertandingan memasak
12 Gas silinder 9 x RM20 180
13 Hadiah pertandingan RM30 + RM20 + RM10 60
memasak
14 Hadiah pertandingan RM30 + RM20 + RM10 60
menghias khemah
JUMLAH 730
10.0 SUMBER PENDAPATAN
Sumber pendapatan bagi perbelanjaan program perkhemahan ini lalah daripada PCG
Kokurikulum iaitu sebanyak RM730.

11.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar demi untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(ROSHITA BINTI IDRUS)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

Disahkan oleh,

...................................................
(ZULKIFLI BIN JALIL)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

Anda mungkin juga menyukai