Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEM PENINGKATAN SAHSIAH DAN KEPIMPINAN MUDA


PERINGKAT SK TELOK TEDURI 2023

1.1 PENDAHULUAN

Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid-murid Islam pada hari ini memerlukan satu wadah
yang boleh menarik minat mereka mendekati agama secara tidak langsung dengan penganjuran
program-program yang boleh membentuk insan muslim yang berilmu dan berkeperibadian yang mulia.
Untuk membentuk keperibadian muslim yang sejati, kemantapan sahsiah menjadi aspek penting yang
harus dititik beratkan. Sebelum melangkah ke alam kehidupan yang lebih luas dan mencabar, murid-
murid perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar mereka mampu menyerlahkan
keperibadian yang terpuji, mempunyai personaliti yang berwibawa dan matang. Oleh yang demikian,
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Telok Teduri mengambil inisiatif mengadakan Kem Peningkatan
Sabhsiah Dan Kepimpinan Muda.

1.2 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal
dan bertaqwa serta matang dalam menangani cabaran global dunia.

1.3 OBJEKTIF

Di antara objektif program ialah :


1.3.1 Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan
bertingkahlaku berasaskan agama.
1.3.2 Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang
mantap.
1.3.3 Menimbulkan keinginan untuk meningkatkan diri dalam bidang kurikulum, ko kurikulum dan
sahsiah di sekolah.
1.3.4 Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah.
1.3.5 Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan
dugaan dalam kehidupan.

1.4 ANJURAN BERSAMA

Unit HEM Sk Telok teduri


Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Telok teduri

1.5 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

10 – 12 Ogos 2023 ( Khamis, Jumaat dan Sabtu)

1.6 TEMPAT PELAKSANAAN

Campsite Keda Kemangi, Baling Kedah


1.7 SASARAN

Murid tahun 4, 5 dan 6 SK Telok Teduri


Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 3 – 6
Jumlah : 70 orang

1.8 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Azmi Bin Othman


Timbalan Pengerusi : Pn. Suhaila Binti Zulkifli
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rafidah Binti Shaari
Naib Pengerusi 2 : Pn. Zaini Binti Abdul Hamid
Setiausaha : Pn. Dalila Binti Mohd Noor

JAWATANKUASA KERJA

AJK tempat dan peralatan : En Kholad Bin Md Piah


: En Md Hashim Bin Hamzah
: Pn
: Pn Meriam Binti Ahmad
AJK Pendaftaran : Pn. Farizan Bt Karim
: Pn Noraziah Bt Hassan
AJK Siaraya : En Nurul Amini Bin Jabasutami
: En Nor Johan Akmal Bin Ibrahim
AJK Dokumentasi/Fotografi : Pn Syuhada Binti Hamad
AJK Senamrobik : Cik Rina Binti Abd Rahman
AJK Kerohanian : Pn Masitoh Bt Zakaria
: En Subki Bin Abd Rahman @ Yahaya
AJK Makanan : Pn Aishah Binti Ashaari
: Pn Nurulhusna Binti Hassan
AJK Kawalan Murid : En Mohd Shukri Bin Abdul Manaf
: Pn. Aisyah Binti Mat Isa
AJK Sijil dan Cenderahati : Pn Hazifah Binti Zakaria
: Pn Asmah Binti Hamzah
AJK Banner : Pn Dalila Binti Mohd Noor
1.9 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama : Khamis 10 Ogos 2023


Masa Aktiviti Tindakan
8.00 pagi Pendaftaran Waris / Penjaga AJK Pendaftaran
9.00 pagi Ketibaan VIP Semua Guru
9.10 pagi Majlis Bermula
9.30 pagi Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian Tuan Haji Zabidi Bin Nasan
Ikrar Peserta Program
11.30 pagi Bergerak ke Campsite Keda Kemangi AJK Aktiviti
12.00 – 2.30 petang Makan, persiapan diri dan Solat Zohor AJK Kerohanian
2.30 - 4.30 petang Ice Breaking : WHO ARE WE? AJK Aktiviti
4.30 – 5.00 petang Solat Asar dan Minum Petang AJK Makanan
5.00 – 6.00 petang Riadah AJK Aktiviti
6.00 - 7.00 mlm Makan malam dan Pengurusan Diri AJK Kawalan Murid
7.00 - 9.00 mlm Solat maghrib, Bacaan yassin & Solat Isyak AJK Kerohanian
9.00 – 10.30 mlm Ceramah Pemantapan Sahsiah AJK Kerohanian
10.30 – 11.00 mlm Minum Malam AJK Makanan
11.00 mlm Tidur AJK Kawalan Murid

Hari Kedua : Jumaat 11 Ogos 2023

Masa Aktiviti Tindakan


4.00 pagi Qiyamullail dan Solat Subuh AJK Kerohanian
7.00 – 8.00 pagi Senamrobik Cg Rina
8.00 pagi Sarapan Pagi AJK Makanan
8.30 – 10.00 pagi SLOT 1 AJK Aktiviti
10.00 pagi Minum Pagi AJK Makanan
10.30 – 12.00 tgh hari SLOT 2 AJK Aktiviti
12.00 - 2.30 petang Persiapan Diri dan Solat Jumaat Semua Guru Lelaki
2.30 petang Makan Tengah Hari AJK Makanan
3.30 – 5.00 petang SLOT 3 :Persiapan Malam Kebudayaan AJK Aktiviti
4.30 – 5.00 petang Minum Petang AJK Makanan
5.00 – 6.00 petang Riadah AJK Aktiviti
6.00 - 9.00 mlm Solat Maghrib & Solat Isyak dan makan malam AJK Kerohanian
9.00 – 10.30 mlm Malam Kebudayaan AJK Aktiviti
10.30 – 11.00 mlm Minum Malam AJK Kawalan Murid
11.00 mlm Tidur

Hari Ketiga : Sabtu 12 Ogos 2023

1.10 ANGGARAN
MasaPERBELANJAAN Aktiviti Tindakan
5.00 pagi Persiapan Diri AJK Kawalan Murid
6.00 – 7.00 pagi Solat Subuh dan Kuliah Subuh AJK Kerohanian
7.00 – 8.30 pagi Senamrobik dan Sarapan pagi Cg. Rina
8.30 – 10.00 pagi SLOT 4 : Town Planning Fasilitator
10.00 – 10.30 pagi Rehat & Kudapan AJK Makanan
10.30 – 11.30 pagi Majlis Penutup Fasilitator
12.00 tgh hari Bersurai Semua Guru dan Staf
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. Sarapan Pagi 70 orang X RM 1.50 X 2 hari RM 210.00
2. Makan Tengah Hari 70 orang X RM 4.00 X 3 hari RM 840.00
3. Makan Malam 70 orang X RM 4.00 X 2 hari RM 560.00
4. Minum Petang dan Minum Pagi 70 orang X RM 2.00 X 2 hari RM 280.00
5. Sijil dan Hadiah Penceramah 1 orang X RM 150.00 RM 150.00
6. Hadiah Kumpulan 7 Kumpulan X RM 30.00 RM 210.00
Peserta lelaki terbaik 1 orang X RM 10.00 RM 10.00
Peserta perempuan terbaik 1 orang X RM 10.00 RM 10.00
7. Air Mineral 10 kotak X RM 15.00 RM 150.00
8. Banner 1 keping X RM 41.00 RM 41.00
9. Alatan :
Set Pen Marker 3 set X RM 30.00 RM 90.00
Kertas Mahjong 10 helai X RM 1.00 RM 10.00
Kertas Sijil 1 Rim X RM 70.00 RM 70.00

JUMLAH RM 2631.00

1.11 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA DETAIL JUMLAH (RM)


1. PERUNTUKAN SEKOLAH AKAUN KERAJAAN RM 1111 .00

2. SUMBANGAN PIBG AKAUN PIBG RM 500.00

3. KUTIPAN MURID 70 ORANG X RM 30.00 RM 2100.00

4. KUTIPAN GURU DAN STAF 20 ORANG X RM 20.00 RM 400.00

JUMLAH RM

CATATAN:

Diharapkan aktiviti yang dirancang dengan dapat sokongan daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta
memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

...................................................... ........................................... ......................................

(DALILA BINTI MOHD NOOR) (SUHAILA BT ZULKIFLI) (AZMI BIN OTHMAN)


Setiausaha Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Telok Teduri SK Telok Teduri
SK Telok Teduri

Anda mungkin juga menyukai