Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBAGSAAN

HORLEY METHODIST

36000, TELUK INTAN, PERAK

KERTAS CADANGAN

AKTIVITI PERKHEMAHAN DI

LADANG MOCCIS

JALAN CHANGKAT JONG

3600,TELUK INTAN, PERAK

ANJURAN

PERSATUAN PENGAJIAN AM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

HORLEY METHODIST
1.0 Pengenalan

Perkhemahan unit uniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga
dapat mendidik pelajar-pelajar percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran
baru. Ia juga memberi satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan
internal dan interpersonal. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program
ini mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menonjolkan kemampuan diri mereka.
Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali
persaudaraan sesama pelajar dan juga guru-guru.

2.0 Objektif

Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu

2.1 Dapat membuka minda pelajar-pelajar tingkatan enam dengan


suasana dan pengalaman yang baru.

2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan


enam dan guru-guru.

2.3 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
3.0 Rasional

Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:

3.1 Pelajar kurang memiliki pengetahuan tentang dunia luar.


3.2 Pelajar kurang memiliki semangat setia kawan dalam diri mereka.
3.3 Pelajar kurang memiliki semangat perpaduan dalam diri, kurang berdaya
saing, kurang yakin dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran
hidup.

4.0 Tarikh, Hari, Masa dan Tempat

4.1 Tarikh : 19 hingga 20 ogos 2017

4.2 Hari : Sabtu dan Ahad

4.3 Masa : Rujuk 7.0 Program Tentatif

4.4 Tempat : Ladang Moccis,Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak

5.0 Sasaran Peserta

Anggaran peserta adalah seramai 30 orang pelajar tingkatan enam atas dan enam rendah
termasuk ahli Persatuan Pengajian AM.(rujuk lampiran peserta)

6.0 Guru Pengiring

(i) Pn.Rohaida binti Zakariya

(ii). Pn.Salmiah binti Hayat

(iii).En.Syaharain Rahman bin Ibrahim

(iv) En.Ahmad kamal bin Sulaiman

(v) En.Ahmad Saipul Bin Maseron

(vi) En.Mustaffa Kamal bin Ismail


7.0 Jawatankuasa Induk

Penaung : Tan Ying Kee -Pengetua

Penasihat : Tan Cheng Hock -PK Tingkatan Enam

Guru Pengajian Am :

(i) Pn.Rohaida binti Zakariya

(ii). Pn.Salmiah binti Hayat

(iii).En.Syaharain Rahman bin Ibrahim

(iv) En.Ahmad kamal bin Sulaiman

(v) En.Ahmad Saipul Bin Maseron

(vi) En.Mustaffa Kamal bin Ismail

Pengerusi : Muhammad Asyraf Bin Zaironi

Setiausaha : Noor Ashri Bin Jaafar

Bendahari : Chia Hwa Leng

AJK Pelaksana:

i. Muhammad Syahmi Bin Nazarudin

ii. Noor Anisah Binti Idris

iii. Izzat Fitri Bin Basar

iv. Ain Nadhirah Binti Mustafa Kamal


8.0 Kewangan (Anggaran pendapatan dan perbelanjaan)

Pendapatan RM Perbelanjaan RM

Bayaran peserta 1200.00 Penginapan 800.00


RM 40 x 30 pelajar RM 200 x 4 Homestay

Memohon Peruntukan 300.00 Makanan dan 680.00


Kokurilum (makanan) Minuman
RM10 x 30 pelajar

Sumbangan Luar 100.00 Hadiah 90.00

Peralatan Aktiviti 30.00

Jumlah 1600.00 Jumlah 1600.00

9.0 Tentatif Program

Tarikh/Hari Masa Aktiviti

10:00 pagi Pendaftaran

11:00 pagi Check in penginapan

12:00 tengah hari Makan tengah hari


Solat
19 Ogos 2017 2:00 petang Taklimat
Sabtu Pembahagian kumpulan

3:00 petang Ceramah pengurusan Ladang oleh


Pengurus Ladang Mocciss Sukaneka

4:00 petang Berbasikal

7:00 petang Aktiviti bebas


Solat berjemaah

8:00 malam Makan malam


Lakonan Spontan

11.00 malam Bersurai


7:00 pagi Berkumpul

7:30 pagi Sarapan

8:00 pagi Jungle Tracking


20 Ogos 2017 10:00 pagi Rehat
Ahad 10:30 pagi Explorace

12:00 tengah hari Majlis Penutup dan penyampaian


hadiah

12:30 tengah hari Kemas bilik

1:30 petang Bersurai

10.0 Penutup

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
berjiwa kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya
. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri melibatkan diri dengan
aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Melalui program ini juga , adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku
sebarang kemalangan dan kecederaan.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti , segala bahan dan pengalaman serta segala
bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik
Disediakan Oleh, Disemak oleh,,

.
(NOOR ASHRI BIN JAAFAR) ( ROHAIDA BINTI ZAKARIYA)
Setiausaha Guru Penasihat
Persatuan Pengajian AM Persatuan Pengajian AM
SMK Horley Methodist SMK Horley Methodist
Tarikh : 27 Julai 2017 Tarikh : 30 Julai 2017

Disokong oleh,, Disokong oleh,,

.
(MAIMONA BINTI ABDULLAH) (TAN CHENG HOCK)
PK Kokurikulum PK Tingkatan 6
SMK Horley Methodist SMK Horley Methodist
Tarikh :. Tarikh :.

Diluluskan oleh,

.......
(TAN YING KEE)
Pengetua
SMK Horley Methodist
Tarikh :.

Anda mungkin juga menyukai