Anda di halaman 1dari 6

SMK KUALA SELANGOR,

45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT


KOKURIKULUM DI UPSI ADVENTURE CAMP,
TANJUNG MALIM, PERAK

Dikendalikan Oleh :
UNIT KOKURIKULUM SMK KUALA SELANGOR
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan tahunan Unit Kokurikulum ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan setiap
tahun oleh Unit Kokurikulum setiap sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar perlu diberi bimbingan dan motivasi dari segi mental dan
fizikal agar mereka dapat memimpin organisasi dengan baik dan berkesan. Oleh yang
demikian, pengalaman dan pengetahuan yang ditimba dalam kem ini bakal diaplikasikan oleh
mereka dalam menjalani aktiviti-aktiviti ketika di bangku sekolah dan juga ketika mereka
berhadapan dengan dunia luar.

2.0 MATLAMAT

Matlamat kem ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan aktiviti kecergasan dan lasak
bagi menguatkan jati diri dan fizikal seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti
disusun dalam program ini agar sikap kerjasama dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan
dapat diaplikasikan ketika menganggotai sesebuah organisasi dan juga ketika menempuh
cabaran mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang
selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman semasa menjalani program
perkhemahan
3.2 Meningkatkan daya kepimpinan dan disiplin para peserta
3.3 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.4 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
berkeyakinan tinggi.

4.0 SASARAN

Murid Tingkatan 3 dan 4 SMK Kuala Selangor


5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 70 orang murid akan mengikuti perkhemahan ini dengan kebenaran ibu bapa /
penjaga. Seramai 8 orang guru pengiring akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 26 Oktober 2018 – 28 Oktober 2018

Tempoh : 3 Hari 2 malam

Tempat : UPSI Adventure Camp, Tanjung Malim, Perak

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En Zainal bin Kasim


(Pengetua SMK Kuala Selangor)
Pengerusi : En Ghazali bin Ariffin
(PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi : Pn Norliza binti Fatahur Raji
(PK Pentadbiran)
Pn Sa’yah binti Yusop
(PK Hal Ehwal Murid)
Pn. Roslizar binti Yaacob
(PK Petang)
Setiausaha : Pn. Nik Diana Hartika binti Nik Husain
Bendahari : En Mohd Arif Asyraf bin Halim
Penyelaras : En. Muhamad Nasir bin Ramli
Kem Komandan : En Mohd Asrul Asyik bin Md Arof
Penolong Kem Komandan : Pn. Siti Farrah binti Md Nasir

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengangkutan : En. Muhammad Azam bin Sahid Budin


En. Muhammad Rashidiq bin Hassan
Kawalan keselamatan disiplin : En Suib bin Othman
En. Ismail bin Abdul Kadir
Penginapan : En Khirman bin Mapul
Kerohanian : En Razali bin Misnan
En. Musoddik bin Jemangin
Makanan dan Minuman : En. Muhamad Nasir bin Ramli
En Mohd Arif Asyraf bin Halim
Rakaman dan Laporan : Pn Nik Diana Hartika binti Nik Husain
Sijil dan Cenderamata : Pn. Suraida binti Maarof
8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
Tarikh : 26 Oktober 2018 (Jumaat) – Hari Pertama
9.00 a.m Ketibaan peserta dan taklimat
10.30 a.m Ice Breaking dan Pembahagian Kumpulan
12.30 p.m Makan tengah hari / Solat Zuhur
2.00 p.m Jungle Trekking
5.00 p.m Solat
5.30 p.m Game Station
6.30 p.m Khidmat Diri / Solat / Makan Malam
8.30 p.m Night Walk
11.30 p.m Solat / Minum Malam
12.00 a.m Tidur
Tarikh : 27 Oktober 2018 (Sabtu) – Hari Kedua
6.00 a.m Solat Subuh / Tazkirah / Moral
7.00 a.m Isitiadat Pagi / Senaman Pagi
8.00 a.m Sarapan / Khidmat Diri
9.00 a.m Abseiling
12.30 p.m Makan tgh hari / Solat Zuhur
2.00 p.m Water Confident
4.30 p.m Solat Asar
5.00 p.m Obstacle Course
6.30 p.m Makan Malam / Khidmat Diri / Solat Maghrib
8.30 p.m Malam Kebudayaan
11.30 p.m Solat / Minum Malam
12.00 a.m Tidur
Tarikh : 28 Oktober 2018 (Ahad) – Hari Ketiga
6.00 a.m Solat Subuh / Tazkirah / Moral
7.00 a.m Istiadat Pagi / Senaman Pagi
8.00 a.m Sarapan / Khidmat Diri
9.00 a.m Flying Fox
11.00 a.m Rumusan Program
11.30 a.m Majlis Penutup
12.00 p.m Bersurai

9.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN
Kutipan Murid (80 orang) RM 100.00 x 80 orang = RM8000.00
Sumbangan PIBG
Aktiviti Murid RM1400.00
Tabung PIBG RM1000.00
Bantuan Kokurikulum RM 3500.00
Jumlah RM13,900
PERBELANJAAN
Perkara Kos Individu Jumlah
Pengangkutan RM 1200.00 × 2 bas RM2400.00
Penginapan RM20.00 × 80 orang RM1600.00
Makan & minum RM 20.00 × 80 orang RM160 0.00
Cenderamata baju kem RM10.00 × 80 orang RM800.00
Aktiviti RM80.00 × 80 orang RM6400.00
Kecemasan/Ubat RM5.00 × 80 orang RM400.00
Alat Tulis RM5.00 × 80 orang RM400.00
Hadiah RM30.00 × 10 kumpulan RM300.00
Jumlah Keseluruhan RM13900.00

10.0 CADANGAN AKTIVITI

10.1 Jungle Trekking


10.2 Game Station
10.3 Night Walk
10.4 Abseiling
10.5 Obstacle Course
10.6 Malam Kebudayaan
10.7 Water Confident
10.8 Flying Fox
11.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai perkhemahan ini, murid dapat menimba pengalaman baru dan
personaliti yang positif. Selain itu, perkhemahan ini juga diharap dapat membina kekuatan
fizikal dan mental murid berdasarkan aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan minda.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………………... ……………………………
(NIK DIANA HARTIKA NIK HUSAIN) (GHAZALI BIN ARIFFIN)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Kuala Selangor SMK Kuala Selangor

Diluluskan/Tidak diluluskan Oleh,

…………………………
(ZAINAL BIN KASIM)
Pengetua
SMK Kuala Selangor

Anda mungkin juga menyukai