Anda di halaman 1dari 6

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang
membabitkan semua unit beruniform SKPU 2. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam
bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang
lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran


asas yang perlu perlu dikuasai oleh setiap murid unit beruniform seperti Pengakap,
Tunas Puteri, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Ia
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar dapat
melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bersahsiah diri yang tinggi , sifat
kepimpinan, bekerjasama serta mampu menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
untuk kelangsungan hidup dan dapat diapliasi dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai
program perkhemahan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memberi peluang pelajar menonjolkan bakat dan mengaplikasikan
kemahiran yang dipelajari semasa aktiviti kokurikulum di sekolah.
3.7 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

4.0 PELAKSANAAN
Sasaran : 120 orang murid lelaki dan perempuan tahun 4 – 6.
Tarikh : 19 – 21 Oktober 2011
Hari : Jumaat – Ahad
Masa : 3.00 ptg (Jumaat) – 4.00 petang (Ahad)
Tempat : Kem Perkhemahan dan Percutian Desa Selesa,
Kampung Simpang 4 Dalam,
35900 Ulu Bernam, Selangor Darul Ehsan.

JAWATANKUASA KERJA

AJK INDUK

Penasihat : Pn. Handon binti Asaari


Pengerusi : Pn. Asma Aini bt Mohamed
Naib Pengerusi : En. Abdul Rahim bin Shahuddin
Pn. Norhamizar bt Ismail
Pn. Rahimah bt Abdullah
Setiausaha : Pn. Nor Azizah bt Baharuddin
Bendahari : En. Mohd Fahmi bin Zakaria
Kem Komandan : En. Mohd Rozali bin Subandi

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengangkutan : Cik Norni bt Fauzi


En. Zainuri bin Mohd Shaffar

Pendaftaran : Cik Normala bt Jaafar


Cik Salwani bt Awang

Kecemasan : Pn. Rozilah bt Abd Rahman

Penginapan : Yazwari bin Yaakob


Cik Nor Fadhilah bt Othman

Makanan : Pn. Pn. Farah bt. A. Rahman


Pn. Zariton bt Yusoff

Jurufoto : En. Ahmad Ikmal

Dokumentasi : Pn. Mek Esah bt Zulkifli


Pn. Rodziah bt Jambol

5.0 SUMBER TENAGA

Murid-murid peserta kem


Guru-guru pengiring SKPU
Kakitangan MH Two Solution

6.0. SUMBER KEWANGAN

Kutipan Murid :RM 10 800.00 (T’Shirt ,pengangkutan, penginapan,


makan minum, fasilitator)
PCG Kokurikulum : RM 4230.00 (sebahagian makan minum murid)
SUWA Koku : RM 1590.00 (sebahagian penginapan murid)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pengangkutan : RM 1300 X 3 bas = RM 3900.00


Makan Minum Murid : RM 40 X 120 org = RM 4800.00
Penginapan : RM 30 X 120 org = RM 3600.00
T’Shirt : RM 15 X 120 org = RM 1800.00
Firt Aid : RM 100
Hadiah : RM 3 X 120 org = RM 360.00
Fasilitator : RM 2060.00

JUMLAH BESAR : RM 16 620.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama (11.11.2011)

2.30 ptg : Berkumpul dan Taklimat

2.45 ptg : Bertolak ke Kem Desa Selesa

4.30 ptg : Ketibaan Peserta / Ucapan Rasmi Dari Wakil Pihak


Sekolah
Persiapan diri / Rehat / Solat / Makan
8.00 mlm : Ice breaking
9.30 mlm : Rehat / Solat / Minum
10.00 mlm : Kepimpinan Organisasi
12.00 mlm : Rehat

Hari Kedua (12.11.2011)

6.30pg : Solat / Senaman / Sarapan


8.30pg : Kawad Formasi Asas / Kembara Anak Sungai
12.30tgh : Rehat / Makan
2.30ptg : Komunikasi / Model
4.00ptg : Rehat / Solat / Minum
5.00ptg : Obstacle / Penyamaran
7.00ptg : Rehat / Solat / Minum
8.00mlm : Malam Sinar Harapan
9.30mlm : Rehat / Solat / Minum
11.00mlm : Stress / Jatidiri
1.00pg : Rehat

Hari Ketiga (13.11.2011)

6.30pg : Solat / Senaman / Sarapan


8.30pg : Pertolongan Cemas
10.00pg : Minum
10.30pg : Permainan Pasukan Integrasi
12.30tgh : Makan, Kemas Penginapan , Solat
2.00ptg : Penutup & Bersurai
4.30ptg : Jangkaan Tiba di Sekolah

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga program perkhemahan ini dapat dijalankan dengan
lancar dan selamat serta mencapai objektif yang disasarkan hasil kerjasama semua
pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................ ............................................

Ulasan Guru Besar :

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

Diluluskan oleh,

........................................

PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM 2011
ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM
TARIKH : 11 – 13 NOVEMBER 2011

HARI : JUMAAT – AHAD

MASA : 2.30 PTG (JUMAAT) - 4.30 PTG (AHAD)

TEMPAT : PERKHEMAHAN DAN PERCUTIAN DESA SELESA,


KAMPUNG SIMPANG 4 DALAM
35900 ULU BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Anda mungkin juga menyukai