Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PAYA BESAR

09600 LUNAS, KEDAH

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PRS

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
KEM NUR HIJRAH
YAN, KEDAH

TARIKH:
31 MAC HINGGA 02 APRIL 2020
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Jalan Paya Besar.. Program ini
melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sember dan prs yang telah dilantik
bagi sesi persekolahan 2020. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi
pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai
panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk
meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman
serta memantapkan pelajar.. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat
memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat
sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang
cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih sama ada menjadi pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber dan prs, seseorang murid itu perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan
penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri,
mereka tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini
murid-murid yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab
mereka dengan lebih berkesan dan penuh komitmen.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


64 orang Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan 25 anggota PRS SK Jalan
Paya Besar

6.0 TARIKH
Tarikh : 31 Mac hingga 02 April 2020
Hari : Selasa hingga Khamis

7.0 TEMPAT
Kem Nur Hijrah, Yan Kedah.

8.0 BAYARAN

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM75.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : En. Shuib bin Zakaria (Guru Besar )


Pengerusi : Pn. Latifah bt. Shafiai (GPK HEM)
Penyelaras : Pn. Abdul Rahman bin Abdul Razak
Bendahari : Pn. Zarina bt. Abdullah
Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran & Penginapan : Pn. Siti Razlina bt. Abd Rahman

Kawalan dan Disiplin Peserta : En. Mohd Aminuddin bin Mahamud


Fasilitator : Pn. Rosna bt. Ahmad

Makan Minum Peserta : Pn. Rokiah bt. Ali / Pn. Selvashantini a/p Govindan

Penyediaan Alatan dan Bahan : En. Norisyam bin Othman

Kerohanian : En. Mohamad Fauzi bin Ismail


Dokumentasi : Pn. Noor Zaini bt. Hamzah
:
10.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


1130 am Pendaftaran
Selasa 1100 pm Pergerakan ke Kem Nur Hijrah, Bu Hampar Yan.
1400 pm Kem Kraff
31/3/2020 1630 pm Minum petang
Taklimat Kem/ice breaking
1700 pm
Solat Asar
Persiapan diri, makan malam, solat magrib, kuliah
1830 pm
magrib dan solat isyak.
2100 pm Motivasi kepimpinan pasukan/self confident
Bangun pagi, perapian diri, solat subuh, senaman
0530 am
pagi dan sarapan pagi.
Rabu 0800 am Cabaran rimba (oreentering)
1230 pm Makan tengahari, solat zohor dan perapian diri
Aktiviti berkumpulan
01/4/2020

1400 pm Pembangunan pasukan

Team building dan penyelesaian masalah


1630 pm Minum petang dan solat Asar
Persiapan diri, makan malam, solat magrib, kuliah
1830 pm
magrib dan solat isyak.
Komunikasi kumpulan,

2100 pm Potensi kumulan

(Fire ball)
Bangun pagi, perapian diri, solat subuh, senaman
0530 am
pagi dan sarapan pagi.
Khamis 0800 am Pemimpin yang unggul
1230 pm Makan tengahari/solat zohor dan perapian diri
1400 pm Penutup
02/022020
1430 pm Pergerakan pulang ke sekolah
1630 pm Tiba di sekolah dan bersurai

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )


Bayaran Peserta RM 9000.00 Makan, minum, latihan,sewa RM 9000.00
sewa tapak, alatan untuk
( RM 75 x 120 orang )
beraktiviti, kemudahan surau,
Sumbangan PIBG RM 1500.00 dewan, tandas dan lain-lain
Bayaran Pengangkutam
Sumbangan sekolah RM 1500.00
Rm3000.00

JUMLAH RM 11200.00 RM 11200.00

12.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan pihak
pentadbiran Sekolah KebangsaanJalan Paya Besar, jutaan terima kasih diucapkan.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(ABDUL RAHMAN B)N ABUL RAZAK)
Penyelaras
Kem Kepimpinan Pegawas, Pengawas Pusat Sumber dan PRS
SK Jalan Paya Besar

Anda mungkin juga menyukai