1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang
semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita
mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap
perkara.
Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate, Serian telah merangka sebuah
kertas kerja bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit berunifrm tahun 2016.. Dengan
adanya kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat
dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah
i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama
rakan dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
4.0 Objektif
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan
mengurus diri sendiri.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di
sekitar mereka dsbnya.
NAIB PENGERUSI:
En. Yackub Bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
PERALATAN:
En. Dolyahidi
IBADAH:
En. Shazuwan Zakaria
Cik Nurul Hashikin
Cik Nuridah Binti Battari
DISIPLIN PESERTA:
Pn. Kamisiyah Adom
Semua guru
3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang
4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
6. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah
dalam keadaan baik seperti asal.
7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
9. DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.
10. IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.
13. PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.
14.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan
insan yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program
ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah
disusunatur oleh pihak penganjur.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_______________ _______________
HAMKIDAH BINTI OSMAN YACKUB BIN ABDULLAH
Ketua Unit PBSM PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform, Merangkap Naib Pengerusi Perkhemahan