Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SK LANAS, KENINGAU TAHUN 2018.

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali dianjurkan
oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di
negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya
menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.

Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Lanas, Keningau telah merangka sebuah kertas kerja bagi
melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit Beruniform tahun 2018. Dengan adanya kerjasama dari
setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan
tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2018, SK Lanas, Keningau.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah

i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan
dan jurulatih.

ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.

iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.

ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.

iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan mengurus
diri sendiri.

iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di sekitar
mereka dan sebagainya.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

En. Mohd Yusri Bin Abdullah

(Guru Besar)

NAIM PENGERUSI

En. Palde Bin Jalumin

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

KETUA PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM

En. Palde Bin Jalumin

SETIAUSAHA

Cik Suhaila Sahaji

BENDAHARI

Pn.Laijah Binti Rimpin

KETUA PERKHEMAHAN : KETUA UNIT PENGAKAP

En. Azmi Bin Osman Pn. Juritah Gilong

PENOLONG KETUA KETUA UNIT PBSM

En. David Ong En. Engel Asang

PERALATAN KETUA UNIT TKRS

En. Barani Bin Limbous En. Hajiji Aris

IBADAH

En Hajiji Aris

En. Midi Pungit

DISIPLIN PESERTA

En. Engel Asang


6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI : PENDAFTARAN PESERTA

En. Estrop Liun Pn. Shara Azlan

Pn. Laijah Binti Rimpin Pn. Jeneri Binah

En. David Ong

KESELAMATAN : DOKUMENTASI :

En. Ludreguh (Ketua) En. Eddy Yusnizam

Jaga Sekolah Pn. Siti Roha Binti Saupin

MAKANAN DAN MINUMAN : HADIAH DAN CENDERAMATA

Pn. Mismah Limbous Pn. Norhazawani Binti Suhaidi

Pn. Naimi Linggi

En. Barani Limbous

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada

i. Hari : Jumaat hingga Sabtu


ii. Tarikh : 19 & 20 Oktober 2018
iii. Tempat : Padang SK. Lanas, Keningau
iv. Jurulatih : Guru dan kakitangan sekolah.

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit beruniform Pengakap BBSM, dan TKRS serama 86
orang dengan penyertaan 28 orang dari setiap unit.

9.0 BAYARAN PENYERTAAN

Peruntukkan daripada BTP Kokurikulum bagi membiayai segala perbelanjaan :

i. Aktiviti

ii. Makan dan minum

iii. Pengurusan dan lain-lain keperluan


10.0 SENARAI TUGAS

10.1. KETUA PROJEK

a. Membentuk jawatankuasa

b. Mempengerusikan mesyuarat

c. Merujuk kepada penasihat

10.2. PENOLONG KETUA PROJEK

a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

10.3. SETIAUSAHA

a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan

b. Urusan surat-menyurat dan borang

10.4. BENDAHARI

a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.

b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

10.5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN

a. Merancang segala pengisian aktiviti.

b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

10.6. PERALATAN

a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.

b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dalam
keadaan baik seperti asal.

10.7. KESELAMATAN

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.

c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

10.8. MAKANAN DAN MINUMAN

a. Merancang dan menentukan menu makanan


b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.

c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

10.9. DOKUMENTASI

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan

b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti

c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan

d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10.10. IBADAH

a. Memimpin para peserta solat berjemaah

b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.

c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

10.11. HADIAH DAN CENDERAMATA

a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

10.12. DISIPLIN PESERTA

a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

10.13. PENDAFTARAN

a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.

b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


Makanan dan minuman 86 orang 700.00
Sewa Khemah dan alatan 16 buah 300.00
Pengurusan perkhemahan dan lain- 300.00
lain keperluan
Sijil 1 Rim 100.00
Jumlah 1400.00
12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN

(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan

Jumaat, (19 Oktober 2018) MENU Catatan


Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air
oreng.
Minum petang Air milo, roti bun
Makan malam Nasi putih, daging masak kicap, sayur , air sirap.
Minum malam Air milo, kuih

Sabtu, ( 20 Oktober 2018)


Sarapan pagi Air milo, nasi goreng, telur dadar
Minum Pagi Air milo, kuih
Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, ikan goreng,
sayur, air oren.
Minum petang Air the, mi goreng, kuih

13. 0 TENTATIF PROGRAM

Jumaat, (19 Oktober 2018)

MASA PERKARA TINDAKAN


1000 – 1030 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
(murid berkumpul di ruang legar sekolah)
1100 – 1230 Taklimat daripada Ketua penyelaras Ketua Penyelaras
petang
1230 – 1330 Makan tengahari AJK Makanan
1330 – 1630 1. Taklimat cara-cara mendirikan khemah. Ketua dan penolong
2. Mendirikan khemah mengikut kumpulan. perkhemahan .
Jurulatih.
1630 – 1700 Minum petang. Jurulatih
Solat
1800 – 2000 Mandi AJK Ibadah
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
2000 – 2100 Makan Malam AJK Makanan
2100 – 2200 Aktiviti unggun api Jurulatih
2200 – 2230 Minum malam AJK makanan
Tidur AJK Perkhemahan
Sabtu, (20 Oktober 2018)

MASA PERKARA TINDAKAN


0500 – 700 pagi Bangun, kemas diri AJK Perkhemahan
Solat, kuliah subuh. AJK Ibadah
0700 – 0730 Senaman pagi Jurulatih
0730 – 0800 Sarapan AJK Makanan
0800 – 1030 Jungle Tracking Jurulatih
1030 – 1100 Minum pagi AJK Makanan
1100 – 1230 Mengemas khemah AJK Perkhemahan
Membersih kawasan khemah
1230 – 1300 Makan tengahari AJK Makanan
Solat
1300 – 1430 Persiapan untuk balik Jurulatih
Semua guru
1430 – 1530 Majlis penutupan dan penyampaian sijil AJK hadiah dan cenderamata
penghargaan Semua guru

13.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI

13.1.1 Mendirikan khemah

Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama
dalam tentatif program ini bagi mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di
samping menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.

13.1.4 Aktiviti riadah (mencari harta karun)

Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti riadah bagi
menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama diantara setiap peserta
pelajar.

13.1.5 Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api

Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar didedahkan oleh jurulatih
lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan
kanak-kanak.

13.1.6 Jungle tracking


Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar. Di samping
menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

14.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan
yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari.

Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program
ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah
disusunatur oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ___________________
SUHAILA SAHAJI PALDE BIN JALUMIN
Setiausaha, PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform, Merangkap Naib Pengerusi
SK Lanas, Keningau. SK Lanas, Keningau.

Anda mungkin juga menyukai