Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG ATIP

APOH, BARAM

KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP SKLA
2015

TEMPAT:

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LONG ATIP

HARI/TARIKH:

SABTU - AHAD
(03 OKTOBER 2015 - 04 OKTOBER 2015)

ANJURAN

PERSATUAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP


SK LONG ATIP
&
UNIT KOKURIKULUM
SK LONG ATIP
1.0 PENGENALAN

Program perkhemahan unit beruniform pengakap adalah salah satu saluran


pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk
masalah gejala sosial. Program ini juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri
sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka
akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan suatu rasa dengan
menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal serta intrapersonal dalam diri murid-
murid. Pada tahun ini, Pengakap SK Long Atip (SKLA) sekali lagi akan mengadakan
program perkhemahan bersama warga sekolah. Adalah sangat diharapkan agar program
perkhemahan ini akan mencapai objektifnya dan dapat memberikan peluang kepada murid-
murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Murid-murid juga diharap dapat menimba
seberapa banyak pengalaman daripada program ini. Selain itu, program perkhemahan ini
akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

Program Perkhemahan Pengakap di Padang Sekolah Kebangsaan Long Atip .

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari

ii. Berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan guru- guru penasihat.

iii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah.

iv. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

v. Menanam sikap sukakan aktiviti luar dan lasak sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

vi. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vii. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

ii. Membina sekurang- kurangnya satu gajet menggunakan bahan semulajadi.

iii. Belajar berdikari melalui kerja individu seperti dalam aktiviti ikhtiar hidup.

iv. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti bermain permainan kecil.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT
En. Hassan Bin Seruji (Guru Besar)

KEM KOMANDER
En. Bruce Lee Apas (Penolong Kanan KoKurikulum)

PENYELARAS AKTIVITI
En. Abu Bakar Bin Ramsah
En.Amzar Muhamad Bin Zulkiffili

SETIAUSAHA
Cik Lydia Chinda Anak Awel

BENDAHARI
En. Abu Bakar Bin Ramsah

AJK KEBAJIKAN & DISIPLIN


En. Kevin Wan Mering

AJK KESELAMATAN
En.Aufa Bin Azman

AJK PERALATAN
En Ebby Esmeza Bin Sanyut

AJK MAKANAN
Pn. Maureen Mang
Cik Aliceson Linda

AJK DOKUMENTASI
Cik Lydia Chinda Anak Awel
En Ahmad Aufa Bin Azman
6.0 SENARAI TUGAS

1. PENYELARAS
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada pengerusi

2. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan.
b. Urusan surat menyurat dan borang kebenaran ibu bapa dan penjaga.
c. Menyediakan laporan perkhemahan.

3. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.

4. KETUA AKTIVITI
a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

5. KEBAJIKAN & DISIPLIN


a. Mengawal disiplin para perserta sepanjang program berlangsung.
b. Menjaga kebajikan murid

6. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

7. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Menyimpan dan menghantar peralatan ke tempat sepatutnya.

8. MAKANAN
a. Merancang dan menentukan menu makanan.
b. Merancang jadual makan dan minum peserta dan guru.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti.
7.0 BUTIRAN PROGRAM

Program riadah tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Hari : Sabtu Dan Ahad


ii. Tarikh : 03 Oktober & 04 Oktober 2015
iii.Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Long Atip

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini mensasarkan penyertaan daripada ahli unit beruniform Pengakap yang terdiri
daripada pelajar tahun 2 hingga tahun 6 iaitu seramai 17 peserta.

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan

PERKARA JUMLAH CATATAN

1. Yuran Bulanan (JAN- NOV) RM 170 Yuran Pengakap

2. Duit staff RM 100 Yuran Staff

JUMLAH RM 270

Perbelanjaan

PERKARA JUMLAH CATATAN

1. Kelengkapan Aktiviti RM 30

2. Makanan Dan Minuman RM 240

JUMLAH RM 270
11.0 TENTATIF PROGRAM

Sabtu (03.10.2014)

MASA PERKARA GURU BERTUGAS

7.00 pagi - Berkumpul di Dewan Sekolah Amzar & Abu


Kebangsaan Long Atip

7.30 pagi - Istiadat Laung Agung dan taklimat Amzar & Abu
aktiviti

8.00 pagi - Minum pagi Amzar & Abu

8.30 pagi - Persiapan Khemah dan pembahagian Bruce, Amzar, Abu, Alice,
Khemah Maureen, Lydia, Aufa

9.00 pagi - Ikatan dan Gajet Bruce, Amzar, Abu, Alice,


Maureen, Lydia, Aufa

11.00 pagi - Aktiviti memasak Kevin & Ebby

1.00 petang - Rehat Amzar, Abu

2.00 petang - Rawatan Kecemasan Aufa & Aliceson

3.00 petang - Aktiviti Berkumpulan Lydia & Bruce

4.30 petang - Minum Petang Amzar, Abu

4.45 petang - Sukaneka Semua Guru


- Barbeque
- Masakan Rimba

6.30 petang - Pengurusan diri Amzar, Abu

7.30 petang - Jamuan Makan Malam Semua Guru

8.00 malam - Latihan Dalam Kumpulan & Amzar, Abu


Persembahan Pelajar
09.00 malam - Aktiviti malam pengakap Kevin,Bruce, Ebby,

11.00 malam - Tidur Semua Guru

Ahad (04.11.2015)

MASA PERKARA GURU BERTUGAS

6.00 pagi - Mandi dan pengurusan diri Abu, Amzar

7.00 pagi - Istiadat Laung Agung dan taklimat Abu, Amzar


aktiviti

8.00 pagi - Sarapan Pagi Abu, Amzar

9.00 pagi - Majlis Penutupan Perkhemahan Semua guru


Pengakap SKLA 2014

9.30 petang - Mengemas tapak perkhemahan Semua Guru


- Majlis Bersurai
12.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui perkhemahan yang dirancang ini bakal


melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat, mempunyai jati diri dan
sifat ingin berdikari. Pihak jawatan kuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha
untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu
sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa
berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti,
segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat
dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan
mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH;

................................................
LYDIA CHINDA ANAK AWEL
Setiausaha,
Program Perkhemahan Pengakap SKLA.

DISEMAK OLEH;

..................................................
ABU BAKAR BIN RAMSAH
Penyelaras Aktiviti,
Program Perkhemahan Pengakap SKLA.

DISAHKAN OLEH;

………………………………………………
HASSAN BIN SERUJI
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Long Atip.

Anda mungkin juga menyukai