Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SAWAI, D/A PEJABAT

PENDIDIKAN DAERAH DARO, 96200 DARO

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

SK KAMPUNG SAWAI

SESI 2023/2024
PENDAHULUAN

Lawatan Sambil Belajar


Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah
dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam pengukuhan nilai-nilai
murni yang diterapkan dapat membantu perkembangan individu murid-murid. Lawatan ini
merupakan salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimana ia sangat
memberi impak mendalam kepada murid-murid. Belajar melalui pengalaman adalah sangat
penting untuk murid. Oleh sebab itu, program lawatan sambil belajar diadakan untuk murid-
murid supaya mereka mendapat pengalaman daripada lawatan tersebut. Aktiviti lawatan
sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala kemahiran luar
yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada
guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak
pengalaman yang mereka dapat. Program ini merupakan satu program yang menarik minat
murid dan amat berguna untuk mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk
membina keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Bagi memenuhi rancangan
aktiviti tahunan, Lembaga Pengawas Sekolah Kebangsaan Kampung sawai, Daro pada tahun
ini akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Politeknik Mukah, Sarawak dan pada masa
yang sama juga mengendalikan Kem Kepimpinan Pelajar di sana nanti.

Kem Kepimpinan Pelajar


Program ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua
kelas dan penolong ketua kelas yang telah dilantik bagi sesi 2023/2024. Tujuan utama
penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan berkenaan pengendalian tugas yang
pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapai cabaran dalam
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program
ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan
menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Mereka ini memerlukan bimbingan dan
panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan
kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kem kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.
Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari semasa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.
RASIONAL

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini, diharap dapat melahirkan murid yang
berpengetahuan dan berkemahiran. Sementara itu, sebagai seorang yang terpilih menjadi
pemimpin, seseorang murid itu perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan penting
untuk menggerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri,
seseorang pemimpin itu tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan.
Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan sebagai pemimpin akan
mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu mengatasi
masalah disiplin sekolah.

MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terbuka minda dalam melihat suasana persekitaran yang
baharu dan mereka ini yang terlibat sekali dengan Kem Kepimpinan Pelajar mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.

OBJEKTIF

1. Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


2. Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
3. Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab-adab semasa bermusafir.
5. Menerapkan amalan-amalan nilai murni seperti mencintai alam sekitar, menjaga
kebersihan dan keindahan serta mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara
dan mengekalkan alam sekitar.
6. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu ke arah peningkatan
akademik dan sahsiah.
7. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.
KUMPULAN SASARAN DAN BILANGAN PENYERTAAN

1. Pengawas Sekolah: 10 orang


2. Pengawas Perpustakaan: 10 orang
3. Ketua Kelas Tahap 2: 3 orang
4. Penolong Ketua Kelas Tahap 2: 3 orang
5. Bilangan Guru Pengiring: 6 orang

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh: 28, 29 dan 30 November 2023

Hari: Selasa, Rabu dan Khamis

Tempoh: 3 Hari 2 Malam

TEMPAT

Politeknik Mukah, Sarawak, MRSM Mukah dan kawasan sekitar Mukah.

AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Lawatan

Penasihat Encik Ian bin Felix Arip (Guru Besar)


Ketua Rombongan Encik Zharif Zhafran bin Ghazali
Unit Keselamatan dan Kecemasan Puan Ibtisam binti Hassan
Unit Disiplin Cik Freda Wong Ee Ling
Unit Makanan dan Minuman Pn. Rosina binti Tomick
Unit Perhubungan, Penginapan Encik Muhammad Muammar bin Nurhady
dan Pengangkutan
Unit Dokumentasi Encik Mohd Firdhauz bin Senan
Jawatankuasa Kem Kepimpinan Pelajar

Penasihat En. Ian bin Felix Arip (Guru Besar)


Penyelaras En. Muhammad Muammar bin Nurhady
Unit Kawalan Murid Pn. Rosina binti Tomick/En. Firdhauz bin Senan
Unit Hadiah dan Cenderahati Pn. Ibtisam binti Hassan
Unit Dokumentasi Cik Freda Wong Ee Ling
Unit Fasilitator Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah

TENTATIF PROGRAM

TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN


PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR

Masa/Hari Keterangan
28 November 2023 (Selasa)
6.30 Pagi – 10.00 Pagi - Berkumpul di Astaka SK Kampung Sawai.
- Taklimat perjalanan oleh Ketua
Rombongan.
- Perjalanan dari SK Kampung Sawai
ke Mukah.

10.00 Pagi – 12.00 Tengah hari - Tiba di Politeknik Mukah


- Pendaftaran pelajar dan guru beserta
penginapan di Politeknik Mukah.
- Taklimat lawatan dan kem kepimpinan
pelajar oleh pihak Politeknik Mukah

12.00 Tengah hari – 1.30 Petang - Makan tengah hari


- Persiapan diri dan Solat

1.30 Petang – 4.00 Petang - Lawatan di kawasan sekitar Politeknik


Mukah

4.00 Petang – 5.00 Petang - Minum petang


- Persiapan diri untuk riadah dan Solat

5.00 Petang – 7.00 Petang - Aktiviti riadah oleh pihak Politeknik


Mukah dan Pelajar SK Kampung
Sawai.

7.00 Petang – 8.30 Malam - Makan malam


- Persiapan diri dan Solat

8.30 Malam – 10.30 Malam - Ceramah oleh pihak Politeknik


Mukah.

10.30 Malam – 5.30 Pagi - Minum malam


- Persiapan untuk berehat dan tidur malam

29 November 2023 (Rabu)


5.30 Pagi – 7.30 Pagi - Persiapan diri dan Solat
- Riadah dan senaman pagi

7.30 Pagi – 8.00 Pagi - Sarapan pagi


- Persiapan untuk aktiviti

8.00 Pagi – 8.45 Pagi - Perjalanan ke MRSM Mukah dari


Politeknik Mukah.

8.45 Pagi – 10.00 Pagi - Lawatan di kawasan sekitar MRSM Mukah

10.00 Pagi – 12.00 Tengah hari - Ceramah oleh pihak MRSM Mukah kepada
pelajar SK Kampung Sawai.

12.00 Tengah hari – 1.30 Petang - Makan tengah hari


- Persiapan diri dan Solat

1.30 Petang – 4.00 Petang - Aktiviti di dalam kumpulan (LDK 1)

4.00 Petang – 5.00 Petang - Minum petang


- Persiapan untuk Solat

5.00 Petang – 7.00 Petang - Perjalanan pulang ke Politeknik Mukah


dari MRSM Mukah.

7.00 Petang – 8.30 Malam - Makan malam


- Persiapan diri dan Solat

8.30 Malam – 10.00 Malam - Aktiviti di dalam kumpulan (LDK 2)


10.00 Malam – 5.30 Pagi - Minum malam
- Persiapan untuk berehat dan tidur malam

30 November 2023 (Khamis)


5.30 Pagi – 7.30 Pagi - Persiapan diri dan Solat
- Riadah dan senaman pagi

7.30 Pagi – 8.00 Pagi - Sarapan pagi


- Persiapan untuk aktiviti

8.00 Pagi – 1.00 Petang - Lawatan di sekitar kawasan Mukah di


tempat-tempat yang menarik dan
bersejarah.

1.00 Petang – 2.00 Petang - Kembali semula ke Politeknik Mukah


- Makan Tengah Hari
- Majlis Penangguhan Kem Kepimpinan
Pelajar SK Kampung Sawai tahun 2023.

2.00 Petang - Perjalanan balik dari Mukah ke SK


Kampung Sawai, Daro.

CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

KUTIPAN DANA:

KUTIPAN DANA JUMLAH


26 Orang pelajar SK Kampung Sawai, Daro RM 50.00 x 26 Orang pelajar
12 Orang guru SK Kampung Sawai, Daro RM 100.00 x 12 Orang guru
Sumbangan PIBG RM 2,000.00
JUMLAH KUTIPAN KESELURUHAN RM 4,500.00

PERBELANJAAN LAWATAN DAN KEM KEPIMPINAN

JAMUAN MAKAN JUMLAH


1. Sarapan RM 3.00 x 2 hari x 32 Orang
2. Makan tengah hari RM 10.00 x 3 hari x 32 Orang
3. Minum petang RM 3.00 x 3 hari x 32 Orang
4. Makan malam RM 10.00 x 2 malam x 32 orang
5. Minum malam RM 3.00 x 2 malam x 32 Orang
JUMLAH JAMUAN RM 2.272,00
Keperluan lain
1. Fail kertas RM 2.50 x 26 Orang – 28.5
2. Buku dan alat tulis RM 3.50 x 26 Orang - 91
3. Tag nama peserta dan guru RM 3.50 x 32 Orang - 112
4. Sijil dan hadiah RM 182.00
JUMLAH RM 413.50

JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah Kutipan Dana: (RM 4,500.00)

Jumlah Perbelanjaan Makanan: RM 2,272.00

Jumlah Keperluan Kursus: RM 413.50

Jumlah Bayaran Bas Perkhidmatan Perjalanan : RM 4,000.00

Jumlah Sijil dan Hadiah: RM 182.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan: RM 6,867.50

PENUTUP
Adalah diharapkan lawatan ini dapat dijayakan dengan jayanya dan berjaya mencapai
objektif yang telah digariskan. Sehubungan dengan itu, kejayaan program ini amatlah
bergantung kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti
program berjalan dengan lancar dan berkesan. Semoga aktiviti lawatan ini dapat
dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat. Di akhir Kem Kepimpinan Pelajar ini, para
peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di
sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam diri dan sekolah.
Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan
kepimpinan pengawas yang kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Muhammad Muammar Bin Nurhady) (Encik Zharif Zhafran Bin Ghazali)


Penyelaras Pengawas, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
SK Kampung Sawai, Daro. SK Kampung Sawai, Daro.

Disahkan oleh,

(Encik Ian Bin Felix Arip)


Guru Besar,
SK Kampung Sawai, Daro.

LAMPIRAN 1:
SENARAI NAMA PELAJAR BADAN KEPIMPINAN SK KAMPUNG SAWAI, DARO
SESI 2023/2024

Bi Nama Pelajar Nombor IC Tahun Jantina Alamat


l
Badan Pengawas Sekolah
1 Isaac Pasquel Bin Masfri 130430-13-0573 4 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak.
2 Ivy Audrey Binti Iruan 130712-13-0512 4 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
3 Fieynna Ellieysa Binti Edward 130513-13-0288 4 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
4 Alexander Marcello Bin 120623-13-1119 5 Lelaki Kampung Sawai,
Sahren 96200 Daro, Sarawak
5 Eldy Elzio Bin Philip 120328-13-0287 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
6 Mia Izara Binti Akup 120804-13-0174 5 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
7 Ronald Richie Bin Alam 120320-13-0127 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
8 Allan Joaquin Bin Masfri 110224-13-1067 6 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
9 Amira Danisya Binti Romio 110507-13-1200 6 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
10 Navelleo Bin Petrus 111223-13-0825 6 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
Badan Pusat Sumber Sekolah
1 Anastasia Ling Xiao Jing 130918-13-0542 4 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
2 Ryyz Qarrieyllyne Claudya 130119-13-0028 4 Perempua Kampung Sawai,
Xaillonna Binti Ricky n 96200 Daro, Sarawak
3 Helice Helifa Binti Romdzi 130128-13-0492 4 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
4 Filly Fionick Bin Ratono 120114-13-0935 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
5 Mohammad Iqmal Haqiem 121017-13-0719 5 Lelaki Kampung Sawai,
Bin Sanglah 96200 Daro, Sarawak
6 Neville Cullen Bin Jimmy 120506-13-0491 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
7 Nurhidayah Binti Osman 120509-13-1334 5 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
8 Zackchris Bin Louis 121217-13-1097 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
9 Taiyo Daniel Bin Morriyan 121224-13-0869 5 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
10 Raxrill Ozil Bin Royson 111224-13-0683 6 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
Badan Ketua Bilik Darjah
1 Fedricko Bin Halaw 130506-13-1039 4 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
2 Alfio Austyne Bin Aziz 130205-13-0155 4 Lelaki Kampung Sawai,
96200 Daro, Sarawak
3 Angelica Nelly Binti Ramji 120209-13-0540 5 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
4 Christ Alicesyha Binti Jamil 120831-13-0014 5 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
5 Angel Elna Binti Junaidi 111104-13-1518 6 Perempua Kampung Sawai,
n 96200 Daro, Sarawak
6 Nelson Ryonald Noel Bin 110707-13-0675 6 Lelaki Kampung Sawai,
Nicholas 96200 Daro, Sarawak
Jumlah Keseluruhan Pelajar: 26 Orang

Anda mungkin juga menyukai