Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI

SETAPAK 53100 KUALA LUMPUR

LAPORAN KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM TAHUN 2020

TARIKH : 21-22 FEBRUARI 2020 (JUMAAT - SABTU)

MASA : 2.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

TEMPAT : DESA BAGAN CHALET, SEPANG

1. PENDAHULUAN

Kem Kepimpinan Kokurikulum telah dirancang pada akhir tahun 2020 di dalam
Mesyuarat Pertama Kokurikulum tahun 2020. Penolong Kanan Kokurikulum telah
memaklumkan supaya Setiaus. Dalam sesebuah organisasi, Pengerusi, Naib Pengerusi dan
Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut.
Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan
berkesan. Melalui kem ini murid yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan
tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu meningkatkan pencapaian kokurikulum
di sekolah. Perancangan awal di buat ialah mendapatkan nama-nama pengerusi, naib
pengerusi dan setiuausaha daripada guru penasihat sebaik mesyuarat agung berlangsung.

2. TENTATIF

HARI PERTAMA JUMAAT ( 21 FEBRUARI 2020 )

MASA PROGRAM
3.00 PM PENDAFTARAN / KETIBAAN PESERTA
3.30 PM TAKLIMAT PROGRAM & PEMBAHAGIAN KUMPULAN
4.30 PM SOLAT ASAR
5.00 PM LDK 1 : ICE BREAKING
6.00 PM KHIDMAT DIRI & MAKAN MALAM
7.45 PM SOLAT MAGHRIB
8.00 PM TAZKIRAH / SELINGAN
8.30 PM LDK 2 : DARIKU UNTUKMU (-)
10.00 PM SOLAT ISYAK & MINUM MALAM
10.45 PM SELINGAN
11.00 PM LDK 3 : IKRAR PERWIRA / REBUT KASIH
12.00 AM REHAT/TIDUR
HARI KEDUA SABTU ( 22 FEBRUARI 2020)

MASA PROGRAM
6.00 AM SOLAT SUBUH & TAZKIRAH
7.00 AM ISTIADAT PAGI
8.00 AM SARAPAN & KHIDMAT DIRI
9.00 AM LDK 4 : WATER-AIR
10.30 AM LDK 5 : MENARA PANGSA
12.00 PM KHIDMAT DIRI
1.00 PM MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.00 PM RUMUSAN & PENUTUP
3.00 PM BERSURAI

3. LAPORAN

3.1 LAPORAN HARI PERTAMA (JUMAAT)

Perancangan awal yang telah dibuat ialah bertolak pada jam 2.45 petang. Namun
perancangan berubah dimana bas telah tiba lebih awal memandangkan hari Jumaat.
Sebanyak 2 buah bas telah ditempah dan bas bertolak tepat jam 12.00 tengah hari. Semua
murid telah diminta membawa pakaian dan kelengkapan dari awal pagi.

Perjalanan mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke lokasi kem.
Semasa dalam perjalanan bas berhenti di masjid untuk murid lelaki solat Jumaat manakala
murid perempuan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat untuk solat zuhur dan makan
tengah hari.

Ketibaan kami di Desa Bagan Chalet, Sepang disambut oleh fasilitator bertugas iaitu
Cik Shafiza, Encik Hafiz dan Cik Siti Roezah. Para peserta diminta beratur dan bergerak ke
dewan utama untuk berkumpul. Ketua fasilitator iaitu Cik Shafiza telah memberikan taklimat
program dan seterusnya membuat pembahagian kumpulan.

Selesai pembahagian kumpulan semua peserta menunaikan solat asar berjemaah


dan aktiviti ice breaking diteruskan. Setiap kumpulan telah diminta mencipta logo dan nama
kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta melantik ketua kumpulan dan
membuat pembentangan dan soarakan kumpulan masing-masing. Selesai ice breaking
peserta telah dibahagikan bilik masing-masing dan diberikan masa untuk membersihkan
diri masing-masing.

Tepat jam 6.30 petang semua peserta diminta berkumpul untuk makan malam.
Murid2 berkumpul di ruang makan dan menunggu semua rakan-rakan dan makan malam
bersama-sama. Seorang murid dilantik untuk membaca doa makan. Selesai makan malam
murid-murid bergerak ke surau untuk menunaikan solat ,maghrib dan isyak berjemaah dan
sesi tazkirah.

Pada waktu malam pula telah di adakan slot Tanggung Jawab Pemimpin. Aktiviti ini
bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab ketua atau pemimpin terhadap ahli
pasukan masing-masing. Aktiviti ini telah berjaya menunjukkan kesan dan impak yang baik
kepada peserta dimana ketua-ketua kumpulan yanag telah dilantik bersungguh-sungguh
memikul tanggungjawab dan amanah begitu bertanggungjawab di atas tindakan orang
bawahan mereka.

Selesai slot tersebut para peserta dihidangkan dengan minum malam dan tidur tepat jam 11.30
malam.

LAPORAN HARI KEDUA (SABTU)

Seawal jam 5.00 pagi semua peserta telah dikejutkan dan bergilir-gilir untuk mandi dan
seterusnya menunaikan solat subuh berjemaah dan sesi tazkirah pagi oleh Encik Hafiz. Selesai
tazkirah murid-murid telah berkumpul di ruang makan untuk sarapan Selesai sarapan pagi
murid-murid telah diminta berkumpul di padang mengikut kumpulan masing-masing.
Seterusnya peserta menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah diikuti ikrar rukun negara.
Acara diteruskan dengan senaman pagi selama 20 minit sebelum bergerak ke pantai untuk
aktiviti seterusnya.

Murid-murid telah berjalan kaki ke Pantai Bagan Lalang sejauh 2.5km dan mengambil masa
selama 30 minit untuk sampai ke pantai. Sebaik tiba di pantai peserta telah diberikan taklimat
mengenai aktiviti yang akan dijalankan dimana dua aktiviti di jalankan disini iaitu Gerak Kerja
Kokurikulum dan Cabaran Team Work. Dalam aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum murid-murid
telah diberi tugasan untuk melaksanakan tugasan dengan cepat dan perlu bertindak cepat
untuk menjadi pemenang. Aktiviti seterusnya ialah Cabaran Teamwork dimana dua kumpulan di
bentuk dan setiap kumpulan perlu membina menara setinggi mungkin menggunakan buluh dan
perlu mempertahan kan menara tersebut daripada runtuh. Melalui aktiviti ini, kerjasama setiap
ahli kumpulan adalah amat penting untu menang.

Selesai aktiviti para peserta bergerak semula balik ke chalet dan tiba jam 12.00 tengah hari.
Semua peserta kembali ke bilik penginapan dan membersihkan diri dan mengemaskan barang-
barang dan bersedia untuk check out. Tepat jam 1.00 tengah hari semua peserta telah
berkumpul di ruang makan untuk makan tengah hari dan solat zuhur. Selesai solat zuhur murid
kembali berkumpul di dewan utama dan bersedia untuk majlis penutup.

Cik Shafiza selaku ketua fasilitator telah melakukan sesi penilaian dan refleksi. Majlis Penutuo
Kem Kepimpinan Kokurikulum telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Taman
Melati iaitu Pn Faridah An. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh PK
Kokurikulum. Seterusnya diteruskan dengan ucapan penutup oleh Penghulu yang dilantik dan
sesi penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang dan saguhati kepada semua peserta
dan cendera hati kepada para fasilitator.
Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Selesai sesi bergambar
semua peserta bergerak ke pintu hadapan untuk menaiki bas. Bas untuk murid perempuan tiba
agak lewat di kem. Perjalanan pulang ke SMK Taman Melati mengambil masa selama satu jam
setengah dan tiba di sekolah pada jam 5.00 petang. Terdapat ibubapa yang sudah menunggu
di kawasan sekolah. Guru pengiring telah menunggu dan memastikan semua murid pulang ke
rumah dengan selamat.

4. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Seramai 80 orang murid terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Unit Kelab
Persatuan, Sukan Permainan, Badan Beruniform dan Rumah Sukan telah menyertai kem ini.

5. KEKUATAN

5.1 Fasilitator
Perlaksanaan tentatif telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang telah dilantik oleh
pihak sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pengiring unit kokurikulum
pula bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik semasa aktiviti dijalankan serta
memastikan perjalanan program berjalan lancar. Secara keseluruhannya, fasilitator telah
mengendalikan kem ini dengan berkesan kepada para peserta kem kepimpinan
kokurikulum ini.

5.2 Peserta
Murid-murid telah terlibat sepenuhnya seperti yang telah dirancang. Semua
murid amat teruja dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini
dijalankan seperti berkumpul awal di dewan utama dan membawa alatan yang
diperlukan semasa program berlangsung. Peserta juga menunjukkan komitmen yang
tinggi dan jitu terhadap kem kepimpinan kokurikulum ini dan hampir 95% pemimpin
tertinggi unit-unit kokurikulum telah menghadiri kem ini. Kebanyakkan peserta memberi
respon yang positif terhadap kem kepimpinan kokurikulum ini dan menyatakan kursus ini
perlu diadakan pada setiap tahun dan keinginan untuk mengikutinya lagi.
6. KELEMAHAN

6.1 Kelewatan bas semasa balik


Kem Kepimpinan Kokurikulum ini berjalan pada masa yang telah dirancang
namun semasa waktu balik agak lewat sejam daripada masa yang telah dijadualkan.bas
datang agak lewat berpunca daripada masalah pengurusan pihak konsultasi yang
dilantik.

6.2 Masa yang terhad


Tentatif yang disediakan agak padat memandangkan ianya diajalankan selama 2
hari 1 malam sahaja. Lokasi yang agak jauh juga telah memendekkan tempoh masa
program.

7. PENUTUP

Walaupun hanya 2 hari 1 malam namun Kem Kepimpinan Kokurikulum namun


banyak pengalaman telah diperolehi barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan
persatuan, sukan dan permainan. Diharapkan kem kepimpinan ini dapat dilaksanakan
dengan lebih baik pada masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH :

...............................

( NAJAYATI BINTI MOHAMED ZAKI )

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Anda mungkin juga menyukai