Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN

Senario masa kini memperlihatkan kepada kita bahawa disiplin pelajar sekolah tidak

kira rendah atau menengah adalah dalam keadaan yang membimbangkan. Dalam media

sering kali dipaparkan mengenai berita-berita tentang salah laku pelajar sekolah. Antara

berita salah laku tersebut adalah seperti pergaduhan, kongsi gelap, mengugut, pukul, buli

dan sebagainya. Jika tidak diambil langkah-langkah pencegahan atau pemulihan akan

memburukkan lagi permasalahan ini. Walaupun hanya segelintir sahaja pelajar yang

terlibat dalam sesebuah sekolah, namun keadaan ini jika dibiarkan ia akan menyebabkan

masyarakt akan kurang yakin dengan institusi pendidikan sekolah di negara kita.

Oleh itu, peranan guru displin, guru bimbingan dan kaunseling dan pengawas sekolah amat

berat dan meluas. Melihat kepada keadaan ini, satu program yang dapat membentuk waja

diri dan semangat jati diri kepada barisan Pengawas Sekolah yang mempunyai tugas yang

berat patut dijalankan supaya diri dan jiwa para pengawas ini dapat disemai dengan

semangat jati diri yang kuat dan cekal supaya mereka ini semua berasa yakin dan berani

dalam menjalankan tugas dan amanah. Ini adalah kerana peranan Pengawas Sekolah tidak

boleh dianggap enteng atau remeh pada masa kini kerana konsep mengawal disiplin pelajar

dilihat sama-sama dipikul oleh kumpulan ini.

-1-
2. TUJUAN

Tujuan mengemukakan kertas kerja cadangan ini adalah untuk :

2.1 Mendapatkan kelulusan Guru Besar SK Convent Jalan Peel Kuala Lumpur

serta peruntukan kewangan untuk menampung sebahagian daripada kos

program serta perbelanjaan pengurusan dan peralatan.

3. MATLAMAT

Melahirkan barisan pemimpin sekolah yang berwibawa dan berketrampilan serta

amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas supaya disiplin

pelajar sekolah dalam keadaan yang baik dan terkawal.

4. OBJEKTIF

4.1 Ingin membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber dalam
diri barisan pemimpin sekolah.

4.2 Ingin membentuk diri pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri yang tinggi agar
dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan ikhlas.

4.3 Ingin mendedahkan barisan pemimpin sekolah terhadap halangan dan cabaran
dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

4.4 Mewujudkan ikatan hubungan muhibah antara sesama pengawas yang berbilang
kaum agar mereka ini dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.

5. TARIKH

Tarikh yang dicadangkan untuk menjalankan program ini ialah pada

14 April dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad).

-2-
6. TEMPAT

Tempat yang dicadangkan untuk mengadakan program ini ialah di Kem Wirajaya

Sungai Congkak Selangor.

7. PESERTA

Peserta yang terlibat dalam mengikuti program ini ialah semua pengawas sekolah

dan pengawas pusat sumber seramai 80 orang serta 10 orang guru pengiring

8. TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran I

9. JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk lampiran II

10. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Sila rujuk lampiran III

-3-
11. PENUTUP

Adalah menjadi harapan besar Unit Bimbingan Dan Kaunseling

SK Convent Jalan Peel, Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah , Pusat Sumber

dan Unit Pengurusan Kelas agar kertas kerja yang dikemukakan ini mendapat

perhatian pihak Guru Besar dan kelulusan beliau supaya program ini dapat

dijalankan dengan jayanya. Maltlamat jawatankuasa program ini mengharapkan

agar program ini akan menjadi satu titik tolak ke arah memartabatkan sifat

kepimpinan pemimpin di SK Convent Jalan Peel serta mempertingkatkan lagi

mutu disiplin sekolah ini.

Disediakan oleh,

...

(MARLIA BT. MOHAMED NIZAR)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Convent Jalan Peel
Kuala Lumpur

Cadangan kertas kerja ini telah disemak dan dinilai cadangannya, maka dengan
itu cadangan kertas kerja ini diluluskan serta peruntukan-peruntukan kewangan
yang dinyatakan diluluskan permohonannya.

Yang menjalankan tugas,


(DATIN HJH. CHE HASNAH BT. HJ. AWG. AHMAD)
Guru Besar
SK Convent Jalan Peel
Kuala Lumpur
-4-
LAMPIRAN I (TENTATIF PROGRAM)
14 April 2012 (Sabtu)
MASA AKTIVITI
6.45 pagi Pendaftaran peserta dan minum pagi
7.15 pagi Bertolak ke Kem Wirajaya Sungai Congkak
8.00 pagi - Taklimat program
- Tatacara Kursus
- Pecahan Kumpulan
- Pelantikan ketua kumpulan dan penghuluwati

9.00 pagi - Asas kawat kaki


- Membentuk sistem kawat nyata dan jelas semasa memberi arahan

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Modul 1 :


- Memahami peranan pengawas
- Tugas-tugas seorang pengawas

11.30 pagi Modul 2 : Kordinan salah laku


- Kesalahan ringan
- Kesalahan sederhana
- Kesalahan berat
- LDK 1 : Amanah Pemimpin

12.30 tengah hari - Pembahagian bilik


- Makan tengah hari
- Solat Zohor

2.30 petang Modul 3 : Ciri-ciri pertolongan cemas


- LDK 2 (XPDC Penyelamat dan kapal terhempas)

4.30 petang - Minum petang


- Solat Asar

5.00 petang LDK 3


- Kawalan di pintu pagar
- Cara isi borang lewat
- Cara menegur pelajar
- Cara isi dalam buku pengawas
7.00 malam - Persiapan diri
- Makan malam
- Solat Maghrib

-5-
MASA AKTIVITI
8.00 malam - Kawalan semasa perhimpunan

10.00 malam - Minum malam


- Solat Isyak

10.30 pagi Debat parlimen

12.00 tengah malam Belaian psikologi

1.00 pagi Ketahanan mental pengawas

2.00 pagi Selamat malam

15 April 2012 (Ahad)

MASA AKTIVITI
6.30 pagi Solat Subuh

7.00 pagi Senaman pagi

8.00 pagi LDK 4


- Tali Amanah
- Bersatu Teguh
- Aku Terpanjang
-
10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi LDK 5


- Mata dan telinga (komunikasi)
- Otak kiri otak kanan
- Simpul Kasih

12.00 tengah hari - Makan tengah hari


- Solat Zohor

2.00 petang - Blind Trail


- Sayang Si Buta

4.00 petang - Minum petang


- Majlis penutup
- Salam terakhir

-6-
LAMPIRAN II (JAWATANKUASA PROGRAM)

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Datin Hjh. Che Hasnah Bt. Hj. Awg. Ahmad (Guru Besar)
Naib pengerusi : Puan Esah Bt. Kasim (GPK Tadbir & Kurikulum)
Puan Chen Lai Ming (GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras program (1) : Puan Azianti Bt. Abd. Aziz (Ketua Guru Disiplin)
Penyelaras program (2) : Puan NurZety Roziyantie Bt. Razaie (Penyelaras PSS)
Setiausaha (1) : Puan Anjilin Dorothi a/p Krishnan
Setiausaha (2) : Puan Rahana Bt. Mohd Khatib
Bendahari : Puan Azianti Bt. Abd.Aziz
Naib Bendahari (1) : Cik Halijah Bt. Haroon
Naib Bendahari (2) : Puan Intan Safiza Bt. Mohd. Asri

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Buku program
1. Puan Hamidah Bt. Che Daud Guru pengiring dan bermalam
2. Puan Krisnaveni a/p Kerisnasamy 1. Puan Azianti Bt. Abd. Aziz
2. Puan NurZety Roziyantie Bt. Razaie
Banner 3. Puan Marlia Bt. Mohd. Nizar
1. Puan Thevasaina a/p Vellakannu 4. Puan Mazni Bt. Mohamed
2. Puan Rohayu Bt. Ghazali 5. Puan Nor Halina Bt. Abd. Razak
6. Encik Mohamad Fazli Bin Rejab
Dokumentasi 7. Encik Ahmad Syahir Bin Abdullah
1. Puan Anjilin Dorothi a/p Krishnan 8. Cik Nur Hidayah Bt. Zamberi
2. Puan Rahana Bt. Mohd. Khatib
Guru pengiring dan tidak bermalam
Pendaftaran 1. Puan Norlia Bt. Jusoh @Ngah
1. Puan Marlia Bt. Mohd. Nizar 2. Puan Nurzatuliffah Bt. Mohd. Sabri
2. Encik Mohamad Fazli Bin Rejab

Pengangkutan
1. Puan Azianti Bt. Abd. Aziz
2. Puan Chan Poh Chin

Makanan dan minuman


1. Puan Roshasnita Bt. Hamid
2. Puan Najibah Bt. Abdullah

Penyediaan first-aid
1. Puan Suriawati Bt. Kamaruddin
2. Puan Thanga Malar a/p Andiappan

-7-
LAMPIRAN III (ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN)

1. PERMOHONAN KEPADA PIBG

BIL. PERKARA RM
1. Bayaran sebahagian yuran penyertaan 1800.00
RM20 x 90 orang

JUMLAH 1800.00

2. PERMOHONAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL. PERKARA RM
1. Makanan dan minuman pagi 200.00

2. Banner 100.00

JUMLAH 300.00

3. KUTIPAN DARIPADA MURID

BIL. PERKARA RM
1. Yuran penyertaan
RM50.00 x 90 orang 4500.00

2. Pengangkutan 90.00
RM10.00 x 90 orang

JUMLAH 4590.00

4. YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS (YPC)

BIL. PERKARA RM
1. Tshirt peserta
RM15.00 x 90 orang 1350.00

JUMLAH 1350.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM8040.00

-8-
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT
JALAN PEEL 55100 KUALA LUMPUR

Kertas Cadangan

KURSUS PEMIMPIN PELAJAR


TARIKH : 14 APRIL DAN 15 APRIL 2012
HARI : SABTU DAN AHAD
TEMPAT : KEM WIRAJAYA FOREST RESORT
BATU 20 HUTAN SIMPAN
SUNGAI CONGKAK HULU LANGAT
SELANGOR

Anjuran :

Badan Disiplin dan Pengawas


Pusat Sumber Sekolah
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai