Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

PASIR GUDANG

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH
TAHUN 2011
Anjuran:
UNIT KAUNSELING
SK KOPOK, PASIR GUDANG

Dengan Kerjasama:
UNIT PENGAWAS SK KOPOK DAN UNIT PUSAT SUMBER
SK KOPOK, PASIR GUDANG

Tempat:
KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Tarikh:
23 APRIL 2011 (SABTU)
1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan tentang konsep pelaksanaan Kursus
Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kopok, Pasir
Gudang 2011.

2. TUJUAN

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar


sebagai seorang pemimpin pelajar di sekolah seterusnya melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber
dengan penuh komitmen dan dedikasi. Melalui program ini juga diharap pengawas-
pengawas yang mengikuti kursus ini dapat berkongsi ilmu bersama pengawas-
pengawas lain di sekolah supaya amanah dan tanggungjawab yang diberi dapat
dilaksanakan bersama-sama dan kerjasama yang terjalin akan dapat memantapkan
kepimpinan pengawas di sekolah itu sendiri.

3. LATAR BELAKANG PROGRAM

Pengawas sekolah dan Pengawas pusat sumber sekolah merupakan golongan pelajar

yang menjadi tangan kanan pihak pengurusan untuk membantu guru-guru

menguruskan disiplin pelajar dan hal ehwal perpustakaan. Mereka merupakan orang

harapan pihak sekolah dalam membantu mengawal disiplin. Pelajar-pelajar ini

dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk memikul satu amanah yang berat

iaitu membantu guru-guru mengurus dan mengendalikan pelajar bagi mencapai

matlamat, misi dan visi sekolah dalam segala aspek termasuk disiplin dan sahsiah.

Pelajar-pelajar ini dipilih daripada pelajar sekolah ini dari pelbagai peringkat tahap

umur, bangsa dan juga kebolehan. Namun demikian ada di antara pengawas yang

dipilih belum pernah menjawat apa-apa jawatan yang berkaitan dengan kepimpinan.

Justru itu satu kursus kepimpinan wajar dijalankan kepada pelajar ini bagi memberi

1
peluang mereka menimba ilmu, kemahiran dan juga memberi peluang kepada

mereka mengasah dan memperkembangkan bakat yang sedia ada.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan pemimpin yang mampu memimpin diri dan orang lain.

4.2 Melatih sikap tanggungjawab seorang pemimpin agar semua amanah yang
diberikan kepada mereka dilaksanakan dengan sepenuh hati.

4.3 Memupuk semangat bantu membantu, kerjasama, tolak ansur antara satu
sama lain.
4.4 Melahirkan pemimpin yang mampu berikhtiar bagi mengatasi masalah yang
datang tanpa diduga dengan tenang dan teratur walaupun dalam keadaan
kritikal dan mendesak.
4.5 Mencungkil daya kreaviti peserta sebagai pemimpin.

5. TEMPAT

5.1 Kursus Kepimpinan Pengawas Sk Kopok – Dewan Kuliah Kolej Komuniti.

6. TARIKH PELAKSANAAN
6.1 23 April 2011 - Sabtu

7. PENYERTAAN
7.1 Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah = 178 orang

8. PENGISIAN
a. Ceramah Kepimpinan Berkesan
b. Latihan Dalam Kumpulan 1 (Kepimpinan Melalui Teladan)
c. Latihan Dalam Kumpulan 2 (Ciri-Ciri Pemimpin Cemerlang)
d. Majlis Penutup bersama Guru Besar SK kopok

2
9. ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


7.00pg – 7.30pg Pendaftaran Peserta Kursus JK Pendaftaran
8.00 pg – 8.30 pg Taklimat / Ice- breaking Guru Kaunseling
8.30pg – 10.30pg Ceramah Kepimpinan Berkesan Penceramah Jemputan
10.30pg – 11.00pg Sarapan Pagi JK makanan
11.00pg – 1.00ptg Latihan Dalam Kumpulan 1 & 2 JK Fasilitator
Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
1.15ptg – 1.45ptg Pengacara majlis
Penyertaan
1.45ptg Makan Tengahari & Bersurai JK makanan

10. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM


10.1 Kos Perbelanjaan Program :
- Makan dan Minum Peserta = RM 6.00 x 178 orang = RM 1068.00
- Sijil Peserta = RM 1.00 x 178 orang = RM 178.00
- Bayaran Penceramah = RM 250.00 x 1 orang = RM 250.00
- Bayaran ke Kolej Komuniti = RM 300.00 x 1 majlis = RM 300.00
- Pengangkutan = RM 2.00 x 178 orang = RM 356.00
- Pelbagai/Alat Tulis/Kertas = RM 2.50 x 178 orang = RM 445.00
Jumlah = RM 2597.00
- Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00 untuk
menanggung kos makan, minum dan sijil penyertaan pelajar.
-Baki Kos ditampung oleh sekolah

10.2 Kos Peruntukan Program :


- Kos Perlaksanaan Program = RM 2597.00
- Sumbangan Pelajar/Peserta =RM 5.00 x 178 Orang = RM 890.00 -
- BDK - Motivasi = RM 1707.00

11. JAWATANKUASA PROGRAM

a. Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana


3
Pengerusi : Pn Rohaya Binti Mohd Lazim
(Guru Besar SK Kopok)
Timb. Pengerusi : Pn Sainah Binti Sabikan
(Guru Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohamed Bin Samad
(Guru Penolong Kanan Akademik)
Naib pengerusi 2 : Pn Siti Nizma Binti Mohd Razali
(Guru Penolong Kanan Ko-Korikulum)
Setiausaha : En. Rosli Bin Abu Bakar
Pen.Setiausaha 1 : En. Wan Fakrulrazi Bin Wan Zakaria
Penyelaras : En. Ahmad Azhari Bin Abd Rahani
Pen. Penyelaras : Pn. Eliyanamarliza Binti Omar

Ahli Jawatankuasa :
i. Urusetia Dan Pendaftaran Program
- Pn. Normah Binti Sulaiman
- Pn. Saridah Binti Idris

ii. Persiapan Tempat


- En. Mohd Yurizani Bin Che Husin
- En. Rosli Bin Abu Bakar

iii. Jemputan Penceramah, Buku Program dan Dokumentasi


- Pn. Eliyanamarliza Binti Omar
- Cik Noraini Binti Ahmad

iv. Peralatan Program dan LDK


- En. Ahmad Azhari Bin Abd Rahani
- En. Wan Fakrulrazi Bin Wan Zakaria

v. Jurukamera
- En Azhar Bin Johari
vi. Pengacara Majlis
- Pn. Noor Fazillah Binti Ahmad

4
vii. Siaraya dan PA Sistem
- En. Rosli Bin Abu Bakar

viii. Cenderamata VIP dan Sijil Peserta/AJK


- Pn. Nora @ Suraya Binti Idin
- Pn. Normah Binti Sulaiman

ix. Makan dan Minum


- Cik Noraini Binti Ahmad
- Pn. Normah Binti Sulaiman
- Pn. Eliyanamarliza Binti Omar

x. Keselamatan dan Pengangkutan


- En. Rosli Bin Abu Bakar
- En. Wan Fakrulrazi Bin Wan Zakaria
- En. Mohd Yurizani Bin Che Husin
- En Azhar Bin Johari
- En. Ahmad Azhari Bin Abd Rahani

xi. Fasilitator
1. En. Rosli Bin Abu Bakar - Ketua
2. En. Wan Fakrulrazi Bin Wan Zakaria
3. En. Mohd Yurizani Bin Che Husin
4. En. Azahar Bin Johari
5. En. Ahmad Azhari Bin Abd Rani
6. Pn. Normah Binti Sulaiman
7. Pn. Eliyanamarliza Binti Omar
8. Cik Noraini Binti Ahmad
9. Pn. Noor Fazillah Binti Ahmad
10. Pn. Nora @ Suraya Binti Idin

11. PENUTUP
Program Kursus Kepimpinan Pengawas yang dijalankan ini diharap dapat memberi
impak yang positif kepada para paserta yang hadir bagi memantapkan lagi

5
kemahiran-kemahiran kepimpinan asas dalam diri pelajar dan dipraktikkan di sekolah
semasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.

12. PENGESAHAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ ____________________
EN. ROSLI BIN ABU BAKAR PN. SAINAH BINTI SABIKAN
Guru Bimbingan Kaunseling, Guru Penolong Kanan HEM
SK Kopok, Pasir Gudang SK Kopok, Pasir Gudang

Disahkan oleh,

____________________
PN. ROHAYA BINTI MOHD LAZIM
Guru Besar,
SK Kopok,
81700 Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai