Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TU SHARIFAH RODZIAJ

JALAN KUALA KEDAH


05400, ALOR SETAR
KEDAH

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPIAN UNIT


HEM & KOKURIKULUM
(KEM JATI DIRI)
SMKTSR 2018

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMKTSR 2018
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN UNIT HEM & KOKURIKULUM (KEM JATI DIRI)

2.0 LATAR BELAKANG


Barisan kepimpinan sekolah termasuklah bukan hanya melibatkan Unit Hal Ehwal
pelajar (HEM) tapi juga melibatkan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan
permainan. Para pelajar yang terpilih akan diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian sahsiah dan kokurikulum
para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya impian ini
mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas, barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat
memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut
kursus kepimpinan Unit HEM dan Kokurikulum (Kem Jati Diri) ini adalah amat sesuai
dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting
untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar
tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar
yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu perkembangan sahsiah dan kokurikulum di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengetahui, memahami dan dapat menjalankan tugas perjawatan masing-


masing dengan penuh komitmen.

5.2 Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma,


berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu kumpulan.

5.3 Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan


pentadbiran organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai
perancangan strategik.

5.4 Mendedahkan cara penulisan minit mesyuarat, membuat kertas kerja, laporan
aktiviti dan membantu guru penasihat dalam pengurusan fail dalam unit
kokurikulum.

5.5 Memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai kepimpinan dan pengurusan


kepada pemimpin-pemimpin pelajar.
6.0 TARIKH / TEMPOH
Tarikh : 5 – 7 Julai 2018 (Khamis – Sabtu)
Tempat : Pantai Merdeka

7.0 TEMPAT
Pantai Merdeka

8.0 PENYERTAAN / SASARAN


160 Orang pelajar dari Unit HEM dan Kokurikulum
Kepimpinan Murid 2015.

9.0 PENGANJUR / JAWATANKUASA


Pengerusi : Pn. Hajah Che Rokiah binti Md. Isa (Pengetua)
TimbalanPengerusi : Pn. Shafina binti Abdul Samad (Penolong KananTadbir dan
Kurikulum)
NaibPengerusi 1 : Pn. Shuhaini binti Tajuddin (Penolong Kanan Hal Ehwal
murid)
NaibPengerusi 2 : Pn. Khairiah binti Mat Saad (Penolong Kanan
Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Siti Nor Rotiah binti Syed Abd. Malek (Guru
Kaunseling)
Naib Setiausaha : Cik Nor Hafeda binti Hashim (Guru Kaunseling)

BIDANG TUGAS

.
Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

Persiapan Tempat dan Siaraya


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
- Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.
- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.
- Mencari alternatif dan ‘back up’ sekiranya ada gangguan.
.
Back Drop
- Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.

Pengerusi Majlis
- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

Sijil dan Hadiah


- Berbincang dengan PK HEM & Kokurikulum
- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.

Urusetia dan Pendaftaran


- Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

10.0 PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN


Pengerusi dan Setiausaha Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan dan Permainan
serta Badan Kepimpinan SMKTM

11.0 PENGANJUR
Unit HEM & Kokurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling

12.0 JADUAL PROSES PELAKSANAAN

MASA / HARI HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA


Bangun dan bersiap
5.00 pagi
diri
Qiyamullail dan
6.00
Diskusi Pagi
Solat Subuh
7.00 berjemaah dan
Tazkirah Subuh
8.00 Senaman Pagi
Sarapan pagi dan
9.00
bersiap diri
10.00 BAKAT 4
Minum pagi dan Solat
11.00
Sunat Dhuha
12.00 tengahari BAKAT 5
Makan tengahari dan
1.00 petang
solat Zohor berjemaah
Resolusi dan Majlis
2.00 petang Bertolak dari sekolah Perasmian Penutup
BAKAT 2010
3.00 petang pendaftaran Bersurai
4.00 petang
Ice Breaking
5.00 petang
6.00 Makan malam dan
bersiap diri
Solat Maghrib
7.00 berjemaah, Tazkirah
Maghrib dan Diskusi
Petang
8.00
9. 00 Bacaan Yassin, Solat
Isyak berjemaah
Tazkirah
10.00
Open MIC

11.00 Tidur

13.0 KEWANGAN
Perbelanjaan :
Perkara Jumlah Sumber
Bayaran Konsultan RM 1500 Sumbangan PIBG – Peruntukan
RM150 x1
Kokurikulum
Jumlah RM1500

Perkara Jumlah Sumber


Pakej Kem ( RM 100 x 160) RM Bantuan Kokurikulum
Rencam RM 72 Bantuan Kokurikulum
Hadiah (Insentif Pelajar) RM340 Bantuan Kokurikulum
 Hamper RM50 x 1
 Hamper RM40 x 2
 Hamper RM30 x 7
Jumlah RM 1372
JUMLAH BESAR RM1552

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan 4ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform
masing-masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan
kepada para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan
dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan
unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran
positif, kreatif, kritis dan proaktif.
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH

KEM JATI DIRI 2018

Tarikh : 5 -7 Julai 2018


Tempat : Pantai Merdeka

Penasihat : Pn. Che Aini bt Che Ismail


Pengerusi : Pn. Rohana bt Salleh
Setiausaha : Cik Najayati bt Mohamed Zaki
Penyelaras : Pn. Norulhuda binti Abdul Halim

BIL JAWATANKUASA PANDUAN TUGAS


1 AJK Urusetia dan Pendaftaran 1. Mendapatkan nama Pengerusi dan Setiausaha
a. Pn. Syarnim bt Saripan daripada guru-guru penasihat persatuan,
b. Pn. Sharimah bt Hitam kelab , permainan, unit badan beruniform,
c. Pn. Shamsiah bt Wahab Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pusat
d. Cik Fazliana bt Abu Hassan Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan
Sebaya.
2. Menyerahkan surat kebenaran ibu bapa
kepada pelajar dan mengumpulnya semula
untuk rekod.
3. Mendaftar pelajar-pelajar sebelum program
berlangsung.
4. Menyerahkan nama-nama pelajar yang telah
mendaftar kepada AJK Sijil.

2 AJK Peralatan dan Persiapan Tempat 1. Menyediakan tempat program dalam keadaan
a. En. Mohd Fairuz b. Barjumin bersih dengan mempunyai bilangan kerusi
b. En. Abd Rahim b. Ismail dan meja sebanyak 110 buah
c. En. Saiful Azrin b. Sayuti 2. Menyediakan meja dan kerusi penceramah 2
buah.
3. Menyediakan peralatan audio visual seperti
skrin, LCD dan laptop sekiranya perlu.
4. Memastikan peralatan dalam keadaan baik
dan menguruskan semula pemulangan
peralatan.

3 AJK P.A. Sistem 1. Memastikan P.A. Sistem berfungsi dengan


a. Encik Ahmad Fitri b Zainol baik semasa majlis berlangsung.
b. Pengawas PA System

4 AJK Fotografi & Dokumentasi 1. Mengambil gambar yang sesuai.


a. Pn. Maznah bt Muhammad 2. Mengumpul maklumat majlis dan menulis
(fotografi) laporan lengkap.
b. Pn.Rosmaliza bt Zakaria 3. Menyerah laporan kepada Setiausaha untuk
(dokumentasi) difailkan seminggu selepas program
berlangsung.

5 AJK Makanan 1. Membuat tempahan makanan secukupnya.


a. Pn. Azza Dalila bt Azmardi 2. Menyediakan tempat makan peserta di kantin
b. Pn. Farah Eliana bt Mohd Fawzi sekolah.
c. Pn. Siti Khairah bt Hanafi 3. Memastikan makanan diedarkan kepada
peserta dalam keadaan terkawal dan teratur
d. Pn. Puteri Norasnida bt Megat
pada waktu yang ditetapkan.
Zakaria

6 AJK Hadiah dan Sijil 1. Menyediakan sijil dan hamper untuk peserta .
a. Pn. Azariah binti Yahya 2. Melabel hamper mengikut kedudukan.
b. Pn. Afida binti Ahmad 3. Menguruskan penyampaian hadiah ketika
majlis penutup.

7 AJK Disiplin 1. Memastikan disiplin pelajar terkawal semasa


a. Pn. Rogayah binti Man program berlangsung.
b. Pn. Che Zainab binti Hashim

8 AJK Pelaksana Program Jungle Tracking 1. Merancang modul program untuk pelajar
a. Pn. Zaiton binti Mat Isa 2. Menlaksanakan program yang dirancang pada
b. En. Shahrul Naiman hari kejadian.
3. Memastikan program berjalan lancar.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama guru-guru amat dihargai dan diucapkan berbanyak
terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

………………………………..
CHE ROKIAH BINTI MAT ISA
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai