Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN 2022-2023

TARIKH : 12 & 13 April 2019


TEMPAT : Asrama & Dewan Sekolah MIN

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
dengan kerjasama
UNIT PENGAWAS
UNIT DISIPLIN
UNIT PENGURUSAN KELAS

1.0 PENGENALAN

Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan ahli Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) adalah antara pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para
pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah.

Mereka juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan
penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan
dan panduan. Bagi mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas, mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Program ini dianggap wajar bagi membantu golongan pelajar ini mendapat ilmu baru dalam
meningkatkan kebolehan memimpin dan keyakinan dalam menjalankan tugas mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan
ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
2.2 Meningkatkan keyakinan diri dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar
lain
2.3 Mewujudkan semngat berpasukan dalam kalangan pelajar sasaran.
2.4 Memahami tugas dan peranan yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.5 Menambahkan ilmu pengetahuan dalam proses kepimpinan

3.0 SASARAN

Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT,
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Naqib dan Naqibbah usrah seramai 115orang.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program dijadualkan seperti berikut:

Tarikh : 12 & 13 April 2019


Tempat : Dewan Sekolah, MIN
Masa : rujuk tentatif program
5.0 AHLI JAWATANKUASA (UTAMA)

Pengerusi : Tn Haji Zaidi Bin Salleh


Naib Pengerusi I : En. Shahizan bin Said
Naib Pengerusi II : Ust Rosli bin Saad
Naib Pengerusi III : Ust Rosmieza binti Ahmad
Setiausaha : Puan Nur Nadiah Binti Ahmad Yazid
Bendahari : Ustaz Mohd Haziq bin Abu Bakar

AJK :

Guru-guru di bawah unit :


- Unit Pengawas
- Unit Disiplin
- Unit Pengurusan Kelas
- Jawatankuasa SUMUR, Usrah dan Mentor Mentee

6.0 TENTATIF PROGRAM

PLAN A

Hari Pertama : 12 April 2019, Jumaat

5.00 pm : Pendaftaran Pelajar


6.00 pm : Pengurusan Diri
6.30 pm : Makan Malam
7.30 pm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 pm : Kuliah Maghrib/ Pemimpin Hebat, Kepimpinan Bertauladan
9.30 pm : Solat Isyak Berjemaah
10.00 pm : Supper
10.30 pm : Tidur

Hari Kedua, 13 April 2019, Sabtu

4.00 am : Qiamullail
5.40 am : Persediaan Solat Subuh Berjemaah
6.30 am : Riadah Kepimpinan
7.30 am : Sarapan Pagi
8.30 am : Slot Kepimpinan 1 (kursus kepimpinan)
10.30 am : Minum pagi
11.00 pm : Slot 2 ( Survival)
1.30 pm : Makan Tengahari / Berkemas
2.00 pm : Refleksi
3.00 pm : Bersurai
7.0 BELANJAWAN

SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN

1) PIBG RM Makanan
1025.00 1) Penceramah RM 600.00
2) Makanan ( 120 orang –Peserta dan
2) PCG Kaunseling RM 300.00 guru pengiring)
3) Kutipan pelajar RM10 x 115 RM Makan Malam – RM 5 x 120 = 600
1150.00 Supper – RM 2 x 120 = 240
Sarapan Pagi – RM 4 x 120 = 480
Minum Pagi – RM 2 x120= 240
Jumlah RM
2475.00 Jumlah = RM 1560

Sijil Penyertaan (RM 1x 115) RM 115.00


Runcit/ Peralatan Aktiviti = RM 200

Jumlah RM
2475.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan semoga impian untuk melaksanakan program ini mendapat sokongan dan
sambutan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak pentadbir, guru , PIBG dan para pelaja
r sekolah ini. Program ini juga diharapkan dapat memberi manfaat dan kesan yang positif
kepada para pelajar sebagai bekalan dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang
mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Semoga kerjasama yang diberikan akan dapat
mencapai objektif yang diinginkan.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

--------------------------------- -----------------------------------
( NUR NADIAH BT AHMAD YAZID) ( UST. SHAHIZAN BIN SAID )
Kaunselor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SABK Maahad Al-Imam An-Nawawi. SABK Maahad Al-Imam An-Nawawi.

Disahkan oleh,

-----------------------------------
( UST. ZAIDI BIN HJ SALLEH )
Pengetua,
SABK Maahad Al-Imam An-Nawawi
PLAN B

Hari Pertama : 12 April 2019, Jumaat

3.00 pm : Pendaftaran Pelajar


4.00 pm : Pengurusan Diri i,;;;;;;;;
6.30 pm : Makan Malam
7.30 pm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 pm : Kuliah Maghrib/ Pemimpin Hebat, Kepimpinan Bertauladan
9.30 pm : Solat Isyak Berjemaah
10.00 pm : Supper
10.30 pm : Tidur

Hari Kedua, 13 April 2019, Sabtu

4.00 am : Qiamullail
5.40 am : Persediaan Solat Subuh Berjemaah
6.30 am : Riadah Kepimpinan
7.30 am : Sarapan Pagi
8.30 am : Slot Kepimpinan 1 (kursus kepimpinan)
11.30 am : Refleksi /
12.00 pm : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai