Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN (JBA0005),

BATU PAHAT.

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PUSAT SUMBER,
STUDENT LEADER BOARD,
KETUA DAN PENOLONG KETUA
DARJAH

1.0 PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN

Kursus ini diadakan bagi menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan murid. Kursus ini
boleh dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Lembaga Pengawas, SLB dan
Ketua Darjah dan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.
Pemimpin murid di sekolah haruslah mempunyai daya kepimpinan yang baik agar pemimpin
yang bakal lahir ini adalah bermatlamat, berwawasan dan berintergriti. Pemimpin murid harus
mempunyai jati diri yang kukuh, mengenali kemampuan diri sendiri secara menyeluruh dan
bersedia menerima perubahan persekitaran yang akan dihadapi oleh mereka.
Secara keseluruhan kursus ini dapat memberikan satu pengalaman, perkongsian dan
pengetahuan yang baharu mengenai keperibadian unggul seorang pemimpin yang disegani oleh
semua warga sekolah. Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai satu panduan yang boleh
digunakan pada masa akan datang.

2.0 MATLAMAT

Murid yang terpilih sebagai pemimpin perlu diberi ilmu yang bersesuaian dengan bidang
mereka. Mereka perlu dibentuk sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani oleh
semua. Seorang bakal pemimpin pelajar, perlu mengenali, menganalisis kekuatan dan potensi diri
mereka. Ini membolehkan mereka terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Di samping itu mereka dapat menyumbang tenaga dan idea kepada pihak sekolah
dalam usaha membentuk iklim sekolah yang sihat, harmoni dan bertoleransi, ceria dan penuh
kasih sayang serta cemerlang dalam semua bidang.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ialah:

3.1 Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa,
negara dan keluarga semasa menjalankan tugas masing-masing di sekolah.

3.2 Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi,


beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.

3.3 Mengetahui limitasi peranan dan tugas yang dimainkan sebagai pengawas, pengawas
pusat sumber, Student Leader Board dan ketua darjah serta penolong ketua darjah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid (52 orang)

5.0 TARIKH PROGRAM

14 November 2023 (Selasa)

6.0 TENTATIF PROGRAM


BIL MASA PERKARA TEMPAT CATATAN
1 7.30 – 8.00 Pagi Semua murid berkumpul di Dewan Seri JK Siaraya
Dewan Seri Budiman Budiman Pengacara Majlis
JK Dokumentasi

2
3
4
5
6
7

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Sumber Kewangan

Peruntukan Kaunseling

7.2 Perbelanjaan :

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Makanan murid RM
3 Fasilitator RM
4 Sijil RM
5 Fail & alat tulis murid RM
JUMLAH RM

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.Md Zain bin Sian


(Guru Besar SK Bagan)
Pengerusi : En.Shalihin bin Mohad Mahfooz
(GPK HEM)
SU/Penyelaras : Pn.Nur Asyila binti Azmal
(Guru Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling)
AJK Kerja : Semua Guru SK Bagan

9.0 PENUTUP

Semoga program ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan
dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua aspek sama ada akademik, akhlak
dan lain-lain lagi. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat
keberkatan. Segala perancangan, dan pengurusan menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar serta sempurna.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ……………………..
(Nur Asyila binti Azmal) (En Shalihin bin.Mohad Mahfooz )
Guru Penyelaras Guru Penolong Kanan
Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Murid
SK Bagan SK Bagan

Disahkan oleh,

………………………
(En.Md Zain bin Sian)
Guru Besar
SK Bagan

Anda mungkin juga menyukai