Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

11920 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

KERTAS KERJA
PROGRAM
AMALAN GURU PENYAYANG

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,


PULAU PINANG

1.0 PENDAHULUAN

Membentuk kemenjadian murid bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia


memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Pengorbanan ini tidak lain dan tidak
bukan datangnya dari peranan guru itu sendiri. Dewasa ini tugas guru bukan
hanya setakat mengajar dalam kelas semata-mata. Peranan mereka meliputi
semua aspek pendidikan. Pendek kata bermulanya hari pertama bertugas
sebagai guru, sehinggalah bersara bermakna tugas guru telah selesai. Sangat
besar peranan guru.

Hari ini tugas dan peranan sebagai guru bukan seperti 10 tahun dahulu, tugas
mereka semakin besar terutama yang lebih mencabar untuk membentuk sahsiah
dan peribadi seorang murid. Dengan ledakkan kemajuan teknologi yang semakin
pesat, kualiti murid dari segi sahsiah dan peribadi mereka amat membimbangkan.
Untuk ini pendekatan lebih mesra yang dibawa dan dipertanggungjawabkan
kepada guru untuk lebih dekat dan berdamping dengan murid kerana diyakini
guru tetap relevan dan berperanan membentuk sahsiah dan peribadi mereka.
Untuk ini juga program guru penyayang ini dilaksanakan dengan membawa
pendekatan penyayang dalam kalangan guru sebagai panduan dan contoh
tauladan kepada murid bak kata pepatah “Kepimpinan Melalui Teladan”.

2.0 MATLAMAT

Pelaksanaan guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3.0 KONSEP
 Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna guru penyayang adalah seorang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every

2
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

child matters) dengan cara saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin


dan sabar.

 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting


yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,dihargai kewujudannya dan
disayangi setiap masa.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru


4.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada
sekolah
4.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan komuniti
kepada sekolah.

5.0 SASARAN
Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

6.0 TENTATIF PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

MASA AKTIVITI

7.40 pagi Perhimpunan mingguan

7.50 pagi Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Sungai Batu,


Puan Rohani bt Hussein

8.00 pagi Upacara memotong ribbon simbolik pelancaran program


Guru Penyayang.

8.05 pagi Pemberian button badge guru penyayang kepada wakil


guru (Pengerusi Kelab Guru – Puan Nariza binti Naina
Mohamed)

0810 pagi Majlis bersurai.

3
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Rohani bt. Hussein ( Guru Besar )

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Razif bin Othman ( PK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2 : Pn. Eda Rohani binti Che Deris(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 3 : En.Mohd Azizi bin Mohd Latib ( PK Kokurikulum )

Penyelaras Program : Aishah binti Hamid


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling


: Pn. Fat’hul Jannah binti Abdul Hamid
: Pn. Fazida binti Daud
: En. Mohd Zamri bin Ishak
: Pn. Noor Fazlinda binti Shariff
: En. Mohd Hazmin bin Abd Rashid
: En. Mohd Firdaus bin Razali
: Semua guru

Pengacara : Pn. Fat’hul Jannah binti Abdul Hamid


Dokumentasi : Pn. Noor Fazlinda binti Shariff
4
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

: En. Mohd Firdaus bin Razali

Jurugambar : En. Mohd Zamri bin Ishak


Pelancaran : Pn Aishah binti Hamid
Pn Monira binti Itayatullah
Cik Raudzah binti Nanyan

MODUL PERLAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG SK SUNGAI BATU

MODUL 1

TAJUK:
“ PROGRAM JOM KE SEKOLAH ”
- Mengalu-alukan Kehadiran Murid - Senyum, Sapa, Salam

MASA : 715 pagi – 740 pagi (sesi persekolahan)


Sepanjang tahun selepas pelancaran Perasmian Guru Penyayang peringkat
sekolah.

PERSONALIA : Guru bertugas dan GBKSM

BAHAN/ALATAN:
1. Banner
2. Buku Rekod Guru Bertugas

PROSEDUR : Mengalu-alukan kehadiran murid:

1. Semasa murid datang ke sekolah


1.1. Di pintu pagar sekolah mengalu-alukan kehadiran dengan
bersalaman dan memberikan senyuman manis.

5
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

1.2. Mengutarakan kata–kata selamat datang/ jemput masuk/


selamat pagi/ atau memberi salam.

2. Semasa murid pulang dari sekolah.


2.1. Di pintu pagar sekolah atau mana-mana lokasi bila berdepan
dengan murid, mengutarakan kata-kata selamat pulang, jumpa
lagi.

FALSAFAH:
Menzahirkan rasa kasih sayang guru kepada murid dengan nilai-nilai murni yang
ada dalam diri guru.
MODUL PERLAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG SK SUNGAI BATU

MODUL 2

TAJUK PROGRAM:
“ SELAMAT HARI LAHIR SAYANG ”

MASA:
SELEPAS PERLANCARAN PERINGKAT SEKOLAH

PROSEDUR:
1. Sambutan hari lahir sebulan sekali
2. Meraikan Sambutan hari lahir secara besar-besaran melalui
nyanyian.
3. Dinyanyikan secara beramai-ramai di tapak perhimpunan.
4. Murid yang lahir pada bulan tersebut diraikan bersama- sama.

FALSAFAH:
1.Menzahirkan rasa sayang guru dan ambil berat guru terhadap murid

BAHAN/ALATAN:

6
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

1. Kain rentang Selamat Hari Lahir/ lagu selamat hari lahir versi
islamik atau biasa/ kek

MODUL PERLAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG SK SUNGAI BATU

MODUL 3

TAJUK:
“ PROGRAM MENTOR-MENTEE “

MASA:
SELEPAS PEPERIKSAAN BULAN MAC

TUJUAN:
1. Membangunkan sahsiah diri murid.
2. Membina jati diri murid.
3. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah
murid.

AKTIVITI:
1. Sesi ramah mesra
2. Sesi makan bersama
3. Meraikan hari lahir
4. Bimbingan halatuju hidup
5. Lawatan/ziarah keluarga
6. Sesi perkongsian masalah.

PROSEDUR:
1. Bimbingan secara individu kepada murid
2. Seorang atau dua mentor setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah.
3. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan
dalam jadual waktu harian.

7
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

PENGISIAN:
1. Membuat sapaan
2. Menyemak prihatin latar belakang mentee
3. Membimbing mentee mengatasi masalah
4. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
5. Membimbing mentee membentuk jati dri dan sahsiah diri

FALSAFAH:
Menzahirkan rasa kasih sayang dan ambil cakna guru terhadap murid.

9.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang merupakan idea murni Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk melahirkan warga pendidik yang menghargai kehadiran murid.
Pelbagai program telah direncanakan untuk merealisasikan hasrat murni
tersebut. Pokok pangkalnya, perlaksanaan program ini akan berjaya sekiranya
mendapat kerjasama sepenuhnya dari guru di setiap sekolah. Paling utama
untuk melahirkan guru penyayang perlukan keikhlasan dari dalam diri guru. Jiwa
guru yang bersih murni dan ikhlas dalam mendidik murid akan benar-benar
menjiwai, erti, guru penyayang sebenarnya.

8
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

CONTOH BANNER

9
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

CONTOH BUTTON BADGE GURU PENYAYANG

CONTOH KAD HARI LAHIR (BOOKMARK)

CONTOH KEK HARI LAHIR

10
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

11
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2020

12

Anda mungkin juga menyukai