Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEGA,

27660 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PERLAKSAAN SEKOLAH PENYAYANG 2018

1. TUJUAN

Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEP

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,


mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya ( every child matters )
dengan mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabra.

Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting


yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru


dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF

Objektif Guru Penyayang;

3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.


3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada
sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat
kepada sekolah.
4. JAWATANKUASA PENGELOLA

PENASIHAT : Tn. Hj. Rosli bin Mujni


Pengetua

PENGERUSI : En. Ahmad Ghazali bin Tambi


GPK HEM

NAIB PENGERUSI (I) : Cik Afizah bt. Ahmad@Mad


GPK Pentadbiran dan Kurikulum

NAIB PENGERUSI (II) : En. Rasimi bin Abu Hassan


GPK Kokurikulum

PENYELARAS : Pn. Hanisa bt. Norhashim


GKMP Votek

: YM. Tengku Nor Izlinda bt. Tengku Ab Mokhtar


GKMP Kemanusiaan

: Pn. Ayusyeila Zulaikhabt. Subari


GKMP Bahasa

: En. Hassan@Abd. Rahim bin Ramli


GKMP Sains/Matematik

SETIAUSAHA : Zaidi bin Kamarudin


GBKSM

AHLI JAWATANKUASA :
Penyelaras Tingkatan 1
En. Ramdan Sharif b. Hj. Alias

Penyelaras Tingkatan 2
Pn. Amira Suhaili bt. Rozlan

Penyelaras Tingkatan 4
Pn. Nazirah bt. Zainal

5. JAWATANKUASA KERJA

Semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sega sesi 2018

6. SASARAN

Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sega sesi 2018


7. TEMPOH PELAKSANAAN

Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2018

8. AKTIVITI

Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan


budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka
panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah
melaksanakan tiga aktiviti berikut:

8.1 Mengalu-alukan kehadiran pelajar


8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
8.3 Memberi penghargaan kepada murid

Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER:
Peruntukkan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sega

JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang tahun 2018 adalah
dianggarkan sebanyak RM200.00 ( Dua Ratus Ringgit Sahaja )

Anggaran Perbelanjaan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Banting Guru Penyayang/mengalukan kedatangan murid. 60.00
2. Buku Modul Guru Penyayang RM10.00 x 4 =
RM40.00
JUMLAH RM100.00

10. PENUTUP

Adalah diharap dengan adanya program Guru Penyayang akan mencapai


objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang
baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta
cadangan pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui
pelaksanaan. Dengan ini ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh
komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar
mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar
malahan lebih daripada itu.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ZAIDI BIN KAMARUDIN) (MOHD GHAZALI BIN TAMBI)


Setiausaha Program Guru Penyayang, GPK HEM,
SMK Sega, SMK Sega
27660 Raub, 27660 Raub,
Pahang Darul Makmur. Pahang Darul Makmur.

Disahkan oleh,

(HAJI MOHD ROSLI BIN MUJNI)


Pengetua,
SMK Sega,
27660 Raub,
Pahang Darul Makmur.
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEGA,

27660 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR.


Lampiran A

TENTATIF

7.20 pagi – Guru dan murid berkumpul di dewan sekolah

7.25 pagi – Bacaan doa

7.30 pagi – Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu sekolah “Ilmu
Akhlak Amal” dan lagu “Aku Negaraku”

7.35 pagi – Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

7.40 pagi – Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohd Rosli b. Mujni (Pengetua)

7.55 pagi – Gimik Perasmian

8.00 pagi – Penyerahan Modul Mentor Mentee kepada Mentor

8.05 pagi – Potong kek hari lahir untuk guru dan pelajar yang lahir bulan

Januari

8.10 pagi – Bacaan Asmaul Husna dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai