Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Pencapaian keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang


cemerlang didasari oleh program kecemerlangan yang disusun rapi oleh pihak
pentadbir. Hubungan yang erat antara pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa
merupakan elemen utama dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik
dan sahsiah. Program utama, sokongan dan sampingan yang dirancang adalah
berlandaskan kekuatan dan kelemahan murid agar mencapai objektif perlaksanaan.

2.0 MATLAMAT

Dalam program kelas tambahan, aktiviti yang dijalankan dapat membina


kemahiran diri dan kemahiran belajar dikalangan murid-murid dalam akademik dan
sahsiah dalam melahirkan murid-murid berdikari dan bermotivasi untuk majukan diri.
Selain memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-
aktiviti seharian seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan juga intelek.

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan
diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program Kelas
Tambahan yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan peratus lulus keseluruhan
dan meminimakan bilangan kegagalan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains murid Tahun 6 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kecemerlangan UPSR 2015 serta memberi pendedahan strategi


dan teknik menjawab soalan UPSR dengan berkesan.
3.2 Meransang murid-murid supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan
bersemangat
3.3 Meningkatkan kemahiran belajar dan kesedaran tentang pentingnya ilmu
pengetahuan
3.4 Membolehkan murid menguasai setiap kemahiran yang belum dikuasai.
3.5 Mendedahkan murid dengan latihan pengukuhan sebelum menghadapi ujian.
3.6 Menggandakan latih tubi mengenai tajuk dan soalan-soalan yang penting
mengikut format UPSR

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 NAMA PROGRAM : Program Khidmat Komuniti Bina Insan Guru


( Program Kelas Tambahan UPSR tahun 2015 )

4.2 TARIKH : Febuari hingga September 2015

4.3 TEMPAT : Kelas Tahun 6, SK Gersek

4.4 PESERTA : Murid –murid Tahun 6 SK


Gersek seramai 22 orang .

5.0 TENTATIF PROGRAM ( RUJUK LAMPIRAN )

BIL PERLAKSANAAN AKTIVITI TARIKH KOS TINDAKAN

1 Kelas bimbingan harian


 Kelas pengayaan untuk 6 A Febuari - September RM 500.00 Semua guru
( 1.10p.m. – 2.00 p.m. ) (Ahad, Isnin, Selasa, subjek teras
 Kelas pemulihan untuk 6 B Rabu) tahun 6
( 1.10 p.m. – 2.00 p.m. )

3 Kelas bimbingan cuti sekolah


 Cuti Pertengahan penggal 1 22 Febuari – 2 Sept RM 500.00 Guru-guru yang
 Cuti Penggal 1 dilantik
 Setiap Sabtu

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat : En Razali Bin Hashim

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nor Bin Samingin


Guru Besar SK Panchor

Naib Pengerusi 1 : Encik Jamil Bin Dirin


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : Encik Zam Zam Bin Tumijan


Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 3 : Pn Nor Asikin Bte Hussien


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras : Puan Maria Bte Supian

Setiausaha : Puan Najihah Bte Moskori

Bendahari : Encik Yahya Bin Md Yasin

Ahli Jawatankuasa :

Guru Bahasa Melayu : En. Sazali Bin Paimin

: Pn Ruhaidah Bte Abd Karim

Guru Bahasa Inggeris : En. Yahya Bin Md Yasin

: En Zam Zam Bin Tumijan

Guru Sains : Pn Maria Bte Supian


: Pn. Faezah Bte Masirhoodin

Guru Matematik : Pn. Nor Asikin Bte Hussien

: En Jamil Bin Dirin


7.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6 ( 22 orang )

8.0 ANJURAN
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR , SK Gersek
Pelajar PPG IPG Kampus Tun Hussein Onn
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Saguhati Tenaga Pengajar RM 1000.00
2. Bahan Photostat (5 subjek x RM40.00 ) RM 200.00
3. Fail ( 5 subjek x 22 x RM2.00) RM 220.00
Jumlah RM 1420.00

10.0 SUMBER KOS


Bayaran murid dan sumbangan PIBG

11.0 PENUTUP

Sesungguhnya Program Kelas Tambahan ini juga berhasrat untuk melahirkan


semangat kerjasama di kalangan murid-murid, kasih sayang guru dan sekolah serta
sanggup bertungkus lumus bagi memastikan matlamat dicapai oleh murid-murid.
Membimbing dan mendidik murid-murid Tahun 6 supaya belajar dengan lebih
bersistematik untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2015.
Semoga program ini juga dapat melahirkan pelajar yang berkualiti, generasi pewaris
Negara.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………….. …………………………………….
MARIA BTE SUPIAN ) (TUAN HAJI MOHD NOR BIN SAMINGIN )
Penyelaras UPSR Guru Besar,
SK. Gersek.Ledang SK Gersek, Ledang

Anda mungkin juga menyukai