Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ HASHIM (2)

16100 PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN.


TEL: 09-7732508
FAX : 09-7732602
Emel : DBA1439@moe.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
2021

‘TIADA HASIL KECUALI KECEMERLANGAN’


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ HASHIM (2)
PENGKALAN CHEPA,16100 KOTA BHARU,
KELANTAN
TEL: 09-7732508 FAX : 09-7732602
Emel : dba1439@moe.edu.my
________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
2021

1.0 PENGENALAN
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun,
aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan.
Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali
dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas
mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi
dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu
tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya
mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan
tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran
tenang.

2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi
membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta
disukai oleh murid tersebut.

2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi yang unik, di mana mereka
mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.

2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid.


3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan
keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 SASARAN

5.1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 dari Pra hingga tahun enam.
5.2 Jumlah murid 1074 orang.

5.0 PENGISIAN / AKTIVITI

TARIKH /
BIL. AKTIVITI
TEMPOH
1. Pelancaran Program Guru Penyayang 11 Mac 2021
2. Menyambut Kehadiran Murid di pintu pagar sekolah Sepanjang tahun
3. Mentor Mentee Enam bulan sekali
4. Sambutan Hari Lahir Guru, Kakitangan dan Murid Enam bulan sekali
5. Penghargaan Kejayaan Murid Setiap Ujian
6. Sijil Kehadiran Penuh (Kelas) Setiap Bulan
6.0 JAWATANKUASA INDUK

1. Penasihat : Pn. Ramziah binti Muhamad Amin (Guru Besar)

2. Pengerusi : En. Mohd Arman Zaini bin Mohd Zain (P.K. HEM)

3. Naib Pengerusi I : En. Azahari bin Muhamad (P.K. Pentadbiran)

4. Naib Pengerusi II : En. Zuhairi bin Safa’e (P.K.Kokurikulum)

5. Setiausaha : YM Tengku Asmaliza binti Tengku Brahim

Ahli Jawatankuasa : Pn. Norma binti Seman

Pn. Nur Asma’ binti Ismail

En. Mohd Yazid bin Mustapha

Pn. Zaliha binti Md. Zain

Pn. Siti Khadijah Hidayah binti Abdul Aziz

7.0 JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PELANCARAN

1. Penasihat : Pn. Ramziah binti Muhamad Amin (Guru Besar)


2. Pengerusi : En. Mohd Arman Zaini bin Mohd Zain (P.K. HEM)
3. Naib Pengerusi I : En. Azahari bin Muhamad (P.K. Pentadbiran)
4. Naib Pengerusi II : En. Zuhairi bin Safa’e (P.K.Kokurikulum)
5. Setiausaha : YM. Tengku Asmaliza binti Tengku Brahim
6. Pen. Setiausaha : Pn. Zaliha bt. Md. Zain
7. Pengacara majlis : YM Tengku Asmaliza binti Tengku Brahim
8. Bacaan Doa : En. Azizi b. Deraman
9. Persiapan Tempat: Pn. Norma bt. Seman
Pengawas Sekolah
10. Perakam : YM. Tg. Amir b. Tuan Abdul Rahman
Cik Kang Huey Ying
11. Siaraya : En. Syamsul Azhar b. Yusof
12. Kawalan Murid : Pn. Rashidah bt. Yusof
Pn. Hjh. Adibah bt. Mohd
En. Nazlee asmade b. Hj. Nawi
Pn. Rahimah bt. Ab. Rahman
Pn. Siti Zainab bt. Mamat
13. Gimik Pelancaran : Cik Siti Fatimah bt Hassan
Pn. Tg. Asmaliza bt. Tg. Brahim
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN

1. Cenderahati UNIT BIMBINGAN &


Murid RM15 x 20 = RM300 KAUNSELING
(Pelitup Muka)

JUMLAH RM 300.00

9.0 PENUTUP

Program ini dirancang sebaik mungkin agar dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri
murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid. Selain itu,
objektif Program Guru Penyayang adalah dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat
dan sejahtera dalam kalangan murid. Diharapkan Program Guru Penyayang 2021 peringkat
Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 ini dapat berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang
hasil kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------- -------------------------------
(Tg. Asmaliza bt. Tg. Brahim) (Ramziah bt. Muhamad Amin)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2, Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2,
Kota Bharu, Kelantan. Kota Bharu, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai