Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

HARI ORIENTASI TAHUN SATU BERSAMA PUSAT SUMBER


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA KEMAMAN
2017

1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan
pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang
dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin
keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat
para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan
dipupuk dari semasa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah
dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar mengunjungi Pusat Sumber
seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAM


Hari Orientasi Tahun Satu Bersama Pusat Sumber Sekolah .

3.0 MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah dengan berkesan
iii. Menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai Pusat Penyebaran ilmu dan
maklumat.
iv. Memupuk sikap minat membaca

5.0 TEMA
JADIKAN MEMBACA SATU AMALAN

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


10 Oktober 2017

7.0 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.

8.0 SASARAN PESERTA


Semua Pelajar Tahun 1 seramai 104 orang

9.0 AKTIVITI DAN TENTATIF PROGRAM

1
7.45 pagi : Ketibaan pelajar Tahun 1

8.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan

: Bacaan doa

8.15 pagi : Pertandingan Mewarna

9.30 pagi : REHAT

10.15 pagi : Ucapan Guru Perpustakaan dan Media


Tajuk : Pengenalan dan Peraturan PSS
- Kuiz

10.45 pagi : ASTRORancangan TV Pendidikan

11.30 pagi : Bersurai

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Rohani bt Shamsudin


( Guru Besar )

Pengerusi : En Mohd Rosli bin Yusof


(GPK Pentadbiran )

Pengerusi 1 : En Khalid bin Hamzah


( GPK HEM )

Pengerusi 2 : Pn. Dayang Fatimah Wati bt Osman


( GPK Kokurikulum )

Penyelaras : Che Wan Hasmah bt Che Wan Idris ( GPM )

Setiausaha : Pn Norlelawati bt Mohd Samli

Ahli Jawatankuasa dan Kawalan Murid : Semua guru Tahun 1

1. Pn Nora Ayau bt Mahat


2
2. Pn Aisyatun bt Hamzah

3. Cik Sharulbariah btMohamad

4. En. Zainuddin bin Idris

5. En. Wan Edy Norlee Jasmy bin Wan Abdullah

Hakim Mewarna :

1. Pn Norlelawati bt Mohd Samli

2. Pn Junita Musliha bt Ibrahim

3. Pn. Salbiah bt Abd Kadir

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pertandingan Mewarna dan Kuiz

i. Hadiah
Buku Nota (10 xRM 2.12) RM 10.60
Bekas Pensel (9 x RM 2.12) RM 19.00
Pensel (10 x RM 0.30) RM 3.00

ii) Bahan bahan aktiviti


Kertas lukisan RM 10.40

JUMLAH RM 43.00

12.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar program Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri
Jaya ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber
Sekolah supaya lebih cemerlang dan gemilang .
3
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

..
(CHE WAN HASMAH C.W.IDRIS) (ROHANI BINTI SHAMSUDIN)
Guru Media dan Perpustakaan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Sekolah Kebangsaan Seri Jaya
Kemaman . Kemaman.

Anda mungkin juga menyukai