Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

BULAN PUSAT SUMBER


SK TELOSAN 2017

1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan
pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai
dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan
dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain
mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk
mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa.
Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik
minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai
salah satu sumber ilmu.

2. NAMA PROGRAM

Bulan Pusat Sumber Sekolah

3. MATLAMAT

Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah
sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4. OBJEKTIF

i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah


ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah
dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan
program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5. TEMA

PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG


6. TARIKH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2017

7. TEMPAT

Sekitar Sekolah Kebangsaan Telosan, Pasir Puteh Kelantan.

8. SASARAN PESERTA

Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Telosan

9. AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


PROGRAM

1. Majlis  Menghebahkan kepada semua  Majlis perasmian akan diadakan pada


Perasmian pelajar mengenai bulan Pusat hari Ahad 6 Ogos 2017 ketika
Sumber Sekolah perhimpunan rasmi.

2. Kuiz PSS  Menambahkan ilmu  Soalan mengenai PSS akan diberikan


pengetahuan pelajar mengenai kepada pelajar pada waktu perhimpunan
PSS sekolah pada setiap hari Ahad.
 Pelajar yang dapat menjawab dengan
tepat akan diberi hadiah.

3. Buku Skrap  Menambahkan ilmu  11 kumpulan peserta terdiri daripada 4


pengetahuan pelajar mengenai orang pelajar akan dipilih untuk
PSS dan mengeratkan menyiapkan tugasan berdasarkan tajuk
hubungan antara pelajar. yang diberi
 Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan
pertama yang berjaya menyiapkan
kesemua tugasan dengan tepat.

4. Pengunjung  Menarik minat pelajar untuk  Semua pelajar yang mengunjungi PSS
Bertuah mengunjungi Pusat Sumber setiap hari akan diberikan slip untuk
Sekolah diisikan maklumat peribadi.
 Seorang pengunjung bertuah akan
dipilih secara rawak untuk menerima
hadiah bagi pengunjung paling kerap ke
Pusat Sumber setiap bulan.
6. Peminjam  Menarik minat pelajar untuk  Setiap minggu, seorang pelajar yang
Terbanyak meminjam buku dari Pusat meminjam buku paling banyak akan
Mingguan. Sumber Sekolah dipilih sebagai pemenang.

7. Majlis Penutup  Majlis penutup akan diadakan pada


29 Oktober 2017

10. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Hj. Tengku Adzhan Arif bin T.Yusof


(Guru Besar SK.Telosan)
Pengerusi : Pn Sniwati binti Mat Saad
(Guru Penyelaras Pusat Sumber)
Setiausaha : Pn Azean binti Awang Mat
Ahli Jawatankuasa :
Kuiz PSS : Pn. Noor Hasliza binti Abd Rashed
Treasure Hunt : En. Hafiz Kamal bin Ghazali
Pengunjung Bertuah : Pn. Rahimah binti Ibrahim
Peminjam Terbanyak : Pn. Wan Ilmani binti Wan Daud

11. ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan

Pusat Sumber Sekolah RM 232.00

Perbelanjaan

 Hadiah RM 90.00
 Peralatan RM 142.00
JUMLAH RM 232.00
13. PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SK. Telosan ini dapat
berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha
yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber SK. Telosan yang lebih
cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disah dan diluluskan oleh:

………………………………. ………………………………………..
Pn Sniwati Binti Mat Saad Hj. Tengku Azhan Arif Bin T.Yusof
Guru Penyelaras Pusat Sumber Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Telosan Sekolah Kebangsaan Telosan
KERTAS KERJA

BULAN PUSAT
SUMBER 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOSAN


16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti Patriotisme bermula 14 Ogos hingga
16 September 2016 dan akan mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan
semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain
sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada semua warga SK.
Telosan.

1.2 MATLAMAT

Berikut adalah objektif yang ingin kami capai

1.2.1 Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia


1.2.2 Mengcungkil bakat terpendam murid SK. Telosan secara menyeluruh
1.2.3 Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman program
yang dijalankan

1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk


mengekalkan kemerdekaan ini
1.3.2 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema sambutan kemerdekaan
1.3.3 Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

1.4 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Telosan, Pasir Puteh Kelantan.

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Hj. Tengku Adzhan Arif bin T.Yusof – Guru Besar


Pengerusi : En. Samsuzani bin Mustapha – PK KO
Naib Pengerusi : En. Ismail bin Husin - PKP
En. Ruzihan bin Mat Razab – PK HEM
Penyelaras Program : Pn. Norasmawati binti M.Yusoff
AJK : En. Mohd Rushmidhan bin M. Sohaimi
En. Azmizuhan bin Abdullah
Pn. Kasmani binti Setapa
Pn. Kartini binti Jidi
Pn. Ruslina binti Ab Rahman
Pn. Sniwati binti Mat Saad

3.0 AKTIVITI

 Pertandingan Mewarna Hari Merdeka


 Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang
 Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Merdeka
 Pertandingan Poster Hari Merdeka
 Pertandingan Payung HiasanTema Merdeka

4.0 TENTATIF PELANCARAN BULAN

7.30 Murid berkumpul di tapak perhimpunan


7.35 Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan
7.40 Bacaan doa
7.45 Ucapan guru bertugas
7.55 Ucapan alu-aluan pengacara majlis sempena sambutan bulan kemerdekaan dan
sedikit info tentang program yang akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan
8.00 Ucapan Ketua Panitia selaku ketua penyelaras program
8.15 Ucapan Guru Besar serta merasmikan sambulan bulan kemerdekaan
8.40 Guru bertugas mengambil alih majlis perhimpunan
8.45 Majlis bersurai

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Ogos hingga pertengahan bulan September

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Hadiah RM 116.00
 Peralatan RM 232.00
JUMLAH RM 348.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

PCG Panitia Pendidikan Seni Visual


8.0 PENUTUP

Segala pertandingan yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digaris. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Pn. Norasmawati M.Yusoff Hj. Tengku Adzhan Arif bin T.Yusof


Ketua Panitia PSV Guru Besar
KERTAS KERJA

Bulan Kesenian

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOSAN


16800 PASIR PUTEH, KELANTAN

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Anda mungkin juga menyukai