Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KARNIVAL CINTA ILMU


SMK TAMAN DAYA
2016
1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber
yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi
menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran
yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat
para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk
dari semasa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat
Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya
menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAM


Karnival Cinta Ilmu

3.0 MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan
mengendalikan program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5.0 TEMA
PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Sepanjang bulan September 2016
7.0 TEMPAT
Sekitar SMK Taman Daya, Johor Bahru.

8.0 SASARAN PESERTA


 Semua Pelajar Sesi Petang (Tingkatan 1 & 2)
 Pelajar Sesi Pagi (Pelajar Tingkatan 4 )

9.0 AKTIVITI DAN PROGRAM


BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN

1
PROGRAM
1. Majlis  Menghebahkan  Majlis perasmian akan diadakan pada hari
Perasmian kepada semua pelajar Ahad ketika perhimpunan rasmi.
mengenai bulan Pusat
Sumber Sekolah

2 UTM  Kemaskini Anjung  Pengawas mengecat tembok dan pagar


Reading Budiman untuk sudut pondok UTMRS
Station  Menanam pokok bunga dengan bantuan
bacaan tajaan
Perpustakaan UTM tukang kebun sekolah
 Menghias UTMRS
2. 'Book Talk'  Menambahkan ilmu  Seorang Pengawas PSS akan memberi
pengetahuan pelajar ulasan berkaitan sesebuah buku.
 Pelajar akan menjawab 3 soalan kuiz
berkaitan buku yang
dibincangkan berdasarkan buku tersebut.
 Pelajar yang dapat menjawab dengan
tepat akan diberi hadiah.

3. Jejak  Mengeratkan  Akan dijalankan pada hari Rabu 28


Maklumat hubungan antara September 2016 untuk kelab dan
(Unit Pengawas Pusat persatuan. Manakala 1 Oktober untuk
Beruniform Sumber dan pelajar ahli unit uniform.
& Kelab  Menambahkan ilmu  15 kumpulan peserta terdiri daripada 6

Persatuan) pengetahuan pelajar. orang pelajar akan dipilih berdasarkan


 Menanam nilai penyertaan terawal.
kerjasama dan daya  Aktiviti akan diadakan di sekitar sekolah.
usaha dalam kalangan Lima checkpoint akan diwujudkan dan
pelajar pelajar perlu melepasi semua check point
dan menyiapkan tugasan di setiap check
point.
 Hadiah akan diberi kepada 8 kumpulan
pertama yang berjaya menyiapkan
kesemua tugasan dengan tepat.

4. Pengunjung  Menarik minat pelajar  Semua pelajar yang mengunjungi PSS


bertuah untuk mengunjungi akan diberikan slip untuk diisikan
Pusat Sumber maklumat peribadi.
 Setiap hari, 3 orang pengunjung akan
Sekolah
dipilih secara rawak untuk menerima
hadiah.

5. Pertandingan  Menarik minat pelajar  Program ini akan berlangsung sepanjang


Penulis Muda untuk berkarya bulan September.
 Mencungkil bakat  Pelajar yang berminat boleh menulis
2
pelajar dalam cerpen bertemakan 'Cinta Ilmu'
 Hadiah diberi berdasarkan 3 pemenang
penulisan.
untuk pelajar tingkatan 1manakala 3
pemenang untuk pelajar tingkatan 2 dan 4
pemenang untuk pelajar tingkatan 4.
 Hasil pelajar akan dibukukan dan menjadi
bahan bacaan di perpustakaan.

6. Papan  Memahirkan pelajar  Papan kenyataan di kantin akan dipenuhi


Maklumat mencari maklumat dengan pelbagai maklumat.
 Setiap minggu maklumat akan diubah.
 Kuiz Spontan akan dijalankan dalam
perhimpunan harian.
 Pelajar yang berjaya menjawab tepat akan
diberi hadiah.

7. Program  Mengumpul semula  Semua buku yang dipinjam tetapi sudah


Pengampunan buku-buku yang tidak melebihi tarikh pemulangan akan diterima
PSS dipulangkan oleh tanpa sebarang denda sepanjang minggu
pelajar ke-2 dalam bulan September.

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn Rosita Binti Manas


(Pengetua SMK Taman daya)
Pengerusi : Pn Noraishah Binti Sidek
(Guru Media dan Perpustakaan,
SMK Taman Daya)
Setiausaha : Pn Suhana Binti Mehalip

Ahli Jawatankuasa :
i. 'Book Talk' : Pn Farhana binti Hashim
Pn Wan Noraznita binti Abdullah
Noraliya Binti Ripin (4 Arif)
ii. Jejak Maklumat : : Pn Shahira binti Ruslan
Pn Yap Yen Sia
Kelab &Persatuan : Siew Jia Yin (4Arif)
iii. Jejak Maklumat : : Siti Aishah bt Mohammad ( 4 Adil)
Unit Uniform Pn Hasfeera binti Hussin
iv. Pengunjung Bertuah : Cik Zaida Wiyani binti Zakaria
Foo Sze Hui (4Amal)
v. Penulis Muda : Cik Hafizah binti Fuad
3
Cornie Chin (4Amanah)
vi. : Kanntini A/P Krishnan (2 Arif)
vii. Papan Maklumat: Mohd Imran Bin Moh Shajahan (2 Adil)
Pn Noraishah binti Sidek
viii. Minggu Pengampunan PSS : Amirul Ashraf Bin Naim (3Amal)

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan
i. Yuran Khas Sekolah RM 2610.00

PerbelanjaanMajlis Perasmian
 Banting 2 unit RM 60.00
 Papan Tanda UTMRS RM 380.00
 Sticker UTMRS 2 unit RM 20.00
i. Hadiah
 'Book Talk' (30 x RM 5) RM 150.00
 Pengunjung Bertuah (30 x RM 5) RM 150.00
 Penulis Muda (10 x RM 11) RM 110.00
 Papan Maklumat (20 x RM 10) RM 200.00
iii) Jejak Maklumat Kelab & Persatuan
 makan & minum pelajar 15 kumpunan x 6pelajar X RM 5 = RM 450.00
 Hadiah 8 pemenang (8 hamper) X RM 40 = RM 320.00

iv) Jejak Maklumat Unit Uniform


 makan & minum pelajar 15 kumpunan x 6pelajar X RM 5 = RM 450.00
 Hadiah 8 pemenang (8 hamper) X RM 40 = RM 320.00

 JUMLAH RM 2610.00

4
12.0 CARTA PELAKSANAAN PROGRAM

Papan Maklumat
Pengunjung Bertuah

Penulis Muda

UTMRS

Program Pengampunan PSS


'Book Talk'
Program

Kelab & PersatuanJejak Maklumat


PerasmianMajlis

Tarikh

19.09.2016
20.09.2016
21.09.2016
22.09.2016
23.09.2016
24.09.2016
25.09.2016
26.09.2016
27.09.2016
28.09.2016 Perasmian UTMRS
29.09.2016
30.09.2016
1.10.2016
2.10 2016 Penyampaian Hadiah

12.0 PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Taman Daya ini
dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga
dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber SMK
SMK Taman Daya yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh : Disahkan Oleh:

………………………….. ………………………… ………………………


(Pn Noraishah Binti Sidek) ( Pn. Ruzita bt Zainuddin) (Pn Rosita Binti Manas)
Guru Media dan Penolong Kanan Pentadbiran Pengetua SMK Tmn Daya
Perpustakaan Smk Taman Daya SMK Taman Daya

5
Smk Taman Daya

Anda mungkin juga menyukai