Anda di halaman 1dari 4

1

KERTAS KERJA
BULAN PUSAT SUMBER
SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)

1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan
Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan
dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat
Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat
Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai
program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk
menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan
Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2. NAMA PROGRAM
Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Puchong Jaya (A)

3. MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4. OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan
mengendalikan program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar
sekolah.

5. TEMA
PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

6. TARIKH PELAKSANAAN
Bulan Julai- Ogos 2016

7. TEMPAT
Pusat Sumber SMK Bandar Puchong Jaya (A)

8. SASARAN PESERTA
Semua pelajar
2

9. AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


PROGRAM
1. Majlis Perasmian  Menghebahkan kepada  Majlis perasmian akan diadakan
semua pelajar mengenai pada hari Isnin 18 Julai 2016
bulan Pusat Sumber ketika perhimpunan rasmi.
Sekolah

2. Kuiz PSS  Menambahkan ilmu  Dua soalan mengenai PSS akan


pengetahuan pelajar diberikan kepada pelajar pada
mengenai PSS waktu perhimpunan sekolah
pada setiap hari Selasa dan
Khamis.
 Pelajar yang dapat menjawab
dengan tepat akan diberi
hadiah.

4. Pengunjung  Menarik minat pelajar  Semua pelajar yang


bertuah untuk mengunjungi mengunjungi PSS akan diberikan
Pusat Sumber Sekolah slip untuk diisikan maklumat
peribadi.
 Setiap hari, seorang pengunjung
akan dipilih secara rawak untuk
menerima hadiah.

5. Pertandingan  Menarik minat pelajar  Program ini akan berlangsung


Menulis Ulasan untuk menggunakan sepanjang bulan PSS.Peserta
Buku buku-buku di PSS dikehendaki meminjam
 Mencungkil bakat sebuah buku dan membuat
pelajar dalam penulisan. ulasan mengenai buku tersebut.
 3 peserta terbaik akan
menerima hadiah.

6. Peminjam  Menarik minat pelajar  Setiap minggu, seorang pelajar


Terbanyak untuk meminjam buku yang meminjam buku paling
Mingguan. dari Pusat Sumber banyak akan dipilih sebagai
Sekolah pemenang.
 Dua kategori disediakan iaitu
kategori pelajar sesi pagi dan
pelajar sesi petang.

7. Rekod Bacaan  Memupuk sifat suka  Pelajar dikehendaki merekod


Nilam Terbanyak membaca di kalangan semua bacaan di dalam buku
pelajar Nilam mereka dan
 Mencari calon untuk menyerahkannya kepada guru
Pertandingan Nilam PSS sebelum 29 Julai 2016.
Peringkat Daerah 2016  Hadiah akan diberikan kepada 3
peserta yang mempunyai rekod
nilam terbanyak.
3

8. Hari Karnival  Memperkenalkan murid  Pelbagai aktiviti yang dianjurkan


PSS dengan pengawas PSS pengawas PSS
 Ilmu di mana-mana - Pameran Budaya Melayu
- Pameran Budaya India
- Pameran Pakaian Seragam
- Permainan Dalaman
- IQ 1 Minute
- Childhood Game

9. Program  Mengumpul semula  Semua buku yang dipinjam


Pengampunan buku-buku yang tidak tetapi sudah melebihi tarikh
PSS dipulangkan oleh pelajar pemulangan akan diterima
tanpa sebarang denda
sepanjang minggu ke-3 dalam
bulan Julai.

10. A Night In  Memberi kursus  Jumaat & Sabtu 12 Ogos 2016-


Library Librarian kepada semua 13 Ogos 2016.
pengawas PSS  Pengawas Pss mempelajari selok
 Meningkatan motivasi belok pengurusan PSS dan kod
dan pengalaman Dewey.
pengawas PSS
11. Majlis  Menyampaikan hadiah  Majlis penutup akan diadakan
Penutupan dan penghargaan pada hari Isnin 15 Ogos 2016
kepada semua pihak ketika perhimpunan rasmi.
terlibat

10. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Tuan Haji Johan Haji Omar


(Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A))
Pengerusi : Pn Haziemah Harun
(Guru Media dan Perpustakaan)
Setiausaha : Pn Norazlina Alias (Guru Perpustakaan)

Ahli Jawatankuasa :
i. Kuiz PSS : Nur Farah Farhana
ii. A Night In Library : Chan Zhun Kit
iii. Pengunjung Bertuah : Joanne Low Kah Mun
iv. Ulasan Buku : Chrystal Ho Kar Yan
v. Peminjam Terbanyak : Lee Zhi Ying
vi. Rekod Nilam Terbanyak : Mariyal Rajendran
vii. Minggu Pengampunan PSS : Silvia Ganesan
4

11. ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan
.Pusat Sumber Sekolah RM1900.00

Perbelanjaan
I. Majlis Perasmian & Penutup
 Banting RM 50.00

ii. A Night In Library (35 pengawas PSS, 4 guru)


 Makanan ( Sarapan, Tengahari, Malam) RM 780.00
 Bahan Kursus RM 170.00
 Penceramah RM 200.00

iii. Hari Karnival PSS RM 380.00


(pameran & permainan berunsur ilmiah)

iv. Hadiah
 Kuiz PSS (8 x RM 5) RM 40.00
 Pengunjung Bertuah (20 x RM 2) RM 100.00
 Ulasan Buku RM 40.00
 Peminjam Terbanyak (4 x RM 10) RM 40.00
 Rekod Nilam Terbanyak RM 100.00

JUMLAH RM1900.00

12. PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Bandar
Puchong Jaya (A) ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti
yang diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik
permulaan kepada Pusat Sumber SMK Bandar Puchong Jaya (A) yang lebih
cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………. ……………………………
Pn Haziemah Harun
(Guru Media dan Perpustakaan)

Anda mungkin juga menyukai