Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI

PELAJAR TAHUN 1/2017

1. Nama aktiviti:
Program Orientasi PSS pelajar tahun1 2017

2. Sasaran:
Semua pelajar tahun 1.

3. Tarikh:
7 Januari 2017

4. Masa:
11.00 pagi 11.30 pagi

5. Tempat:
Pusat Sumber SJKTBL

6. Ulasan:

Sebelum-
Sebelum Program Orientasi PSS, pelajar-pelajar tidak tahu kedudukan
sebenar Pusat Sumber, pelajar juga tidak datang ke PSS untuk membaca
buku dan meminjam buku, dan banyak peraturan di PSS yang pelajar tidak
ketahui. Pelajar juga kurang pendedahan berkaitan Program NILAM.

Semasa-
Pelajar-pelajar memberi kerjasama dengan mendengar penerangan
berkaitan PSS dan Program NILAM dengan teliti. Ada pelajar yang membawa
buku NILAM semasa Program Orientasi. Guru matapelajaran juga memberi
kerjasama yang baik semasa program berlangsung.
Selepas-
Sehari selepas program, ramai pelajar yang hadir ke PSS untuk membaca
buku dan meminjam buku. Selain itu pelajar juga mengikut peraturan yang
ada di Pusat Sumber.

7. Kekuatan:
Kerjasama antara pengawas pusat sumber dan guru matapelajaran
menjadikan program berjalan dengan lebih lancar. Pelajar juga memberi
respon yang baik semasa program dan selepas program. Pelajar berbangsa
cina juga diberikan penerangan dalam bahasa cina oleh Pengawas PSS yang
bertugas.

8. Kelemahan:
Kelemahan dilihat dari segi masa yang diambil oleh pelajar untuk berjalan
ke Pusat Sumber agak lama kerana kedudukan kelas dan Pusat Sumber
yang agak jauh.

9. Cadangan Memperbaiki:
Diharap pada tahun hadapan, Program Orientasi dalam dijalankan dalam
masa yang lebih panjang supaya lebih banyak input yang boleh diberi kepada
pelajar.

10. Bahan bukti:

Anda mungkin juga menyukai