Anda di halaman 1dari 10

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan

guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya ingin

menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah Pencuri Loceng.

Yang berkhayal sedar-sedarkan,

Yang terlena kejut-kejutkan;

Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,

Dengar ya kawan-kawan.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria. Rumahnya dihiasi amat

cantik. Hampir semua perabot dan rekaannnya diperbuat daripada emas yang terbaik.

Menurut orang ramai,di halaman rumah Encik Kamal tergantung sebuah loceng yang amat

besar dan bernilai. Loceng itu baran yang paling berharga di rumahnya kerana diperbuat

daripada emas dan kelihatan sangat cantik serta halus buatannya.

Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng emas. Dia hendak

membawa pulang loceng itu ke rumahnya. Pada malam keesokan harinya, Encik Kamal dan

keluarganya pergi bercuti ke luar negara. Pembantu-pembantu rumahnya juga mengambil cuti

dan pulang ke kampung masing-masing.

Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata “Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku menjadi

kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini juga. Dia pun menyiapkan alatan seperti

tukul besar, tali dan kain perca. Alat-alat tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila

tengah malam tiba, si pencuri itu memasuki rumah Encik Kamal secara senyap.

Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan ialah

mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua- dua belah tangannya. Namun

begitu, loceng itu terlalu besar dan berat , dia tidak berjaya mengangkat loceng itu walaupun

dia menggunakan seluruh tenaganya.

Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul besar dari dalam

begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan tukul besar. Si pencuri itu mengangkat tukul

lalu memukul loceng itu dengan kuat. Dia tidak menyangka bahawa cara itu boleh mengejutkan

seluruh penduduk Bandar Suria walaupun dia cuma memukul loceng itu sekali sahaja.

Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia takut penduduk

Bandar Suria akan terjaga daripada tidur. Selepas agak lama menunggu,suasana di halaman

rumah masih sunyi. Dia berasa lega. “ Nasib baik tidak ada orang yang terjaga”, fikirnya.
Hari sudah hampir Subuh. Semua orang akan bangun daripada tidur. Dia berasa semakin

takut dan gelisah.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali tanpa henti. Si

pencuri itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat itu. Dia pun menutup telinganya

dengan kedua-dua belah tangan. “Eh, bunyi loceng itu tidak kedengaran lagi’! Si pencuri itu

terfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika dia menutup telinganya. Dia pun

mengeluarkan dua helai kain perca dari dalam begnya. Kain perca itu dibentuk menjadi bulat

lalu disumbat ke dalam lubang telinganya.

“ Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan senyap. Si pencuri itu

terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu tidak pecah tetapi bunyinya telah tersebar

sehingga mengejutkan penduduk sekitar Bandar Suria.

Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan bergegas pergi

ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang pencuri sedang berusaha untuk mencuri loceng

itu. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.

Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap. Dia menanggalkan

kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun berkata tanpa rasa bersalah. “ Bagaimana kamu

semua boleh terjaga, saya telah pun menyumbat telinga saya”. Salah seorang jiran itu

berkata, “Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh kamu yang menggunakan cara begini

untuk mencuri loceng “! Perbuatan kamu ini hanyalah menipu diri sendiri. Si pencuri itu tunduk

dengan rasa kesal.

Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita melakukan perbuatan

mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

barisan guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya

ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Si Tanggang Anak Derhaka.

Tersebut kisah satu cerita, Cerita bermula kisah derita; Sedihnya ibu kecewa hatinya,

Kerana dihalau anak kandungnya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si

Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka

amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan

tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai

berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut

meminta untuk dijadikan anak kapalnya.

Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi

mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula setelah

menjadi kaya.

Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil

sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda

yang baru. Dia digelar ‘Nakhoda Tanggang.’

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi

terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan

mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke

merata tempat dan negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal- usulnya.

Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si

Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang malu

melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil- manggil Si Tanggang tetapi Si

Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang

mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tiada.


Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai dengan

perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa :

“Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan kapal Si

Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar

Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah

menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :“Ibu…ampunkan

Tanggang…”(2X).

Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul

ombak yang kuat. Apabila ribut reda… Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak

kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat, cerita Malaysia, Moga terhibur pelbagai bangsa; Salam 1 Malaysia

daripada saya. Sekian sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

barisan guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya

ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk “Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan”.

Di kampung Titi Sebatang, tinggal seorang anak muda bernama Damak. Dia tinggal

seorang diri. Ibu dan bapanya telah lama meninggal dunia. Ibu bapa Damak tidak meninggalkan

apa-apa harta untuknya. Dia hanya mempunyai sebuah rumah buruk, sepasang pakaian dan

sebilah pisau kontot.

Pada suatu hari, Damak pergi berjumpa dengan bapa saudaranya yang bernama Pak

Hitam. Pak Hitam menepuk bahu Damak sambil memberitahu firasatnya bahawa Damak akan

bertambah miskin.

“Eh, hamba sangat miskin. Bagaimana pula hamba akan menjadi bertambah miskin?”

tanya Damak.

Pak Hitam tersenyum. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Damak pun keluar dari

rumah Pak Hitam lalu berjalan pulang menuju ke rumahnya. Tiba-tiba… dia ternampak Sang

Kancil. Sang Kancil sedang minum air di tepi sungai.

“ Hmm, itupun Sang Kancil. Binatang itu sangat cerdik. Bolehlah hamba peliharanya”

fikir Damak.

Dari jauh Damak melontar pisau kontotnya ke arah Sang Kancil. Malang tidak berbau,

pisau kontotnya terpelanting jatuh ke dalam sungai. Damak tidak berani terjun ke dalam

sungai kerana tidak pandai berenang. Sang Kancil terus melarikan diri masuk ke dalam lubang

kayu. Damak kehilangan pisau kontotnya. Dia cuma ada sehelai baju dan sehelai seluar buruk

yang dipakainya.

“ Hmm, hamba akan tutup lubang kayu itu dengan baju hamba. Nanti bolehlah hamba

tangkap Sang Kancil” kata Damak. Dia teringin sangat memelihara Sang Kancil. Dia berharap

dengan memelihara Sang Kancil, dia boleh hidup kaya-raya. Damak pun membuka bajunya lalu

direnggang pada batang kayu itu. Kemudian Damak mengetuk batang kayu itu.

Sudah lama Damak menunggu, tetapi Sang Kancil tidak juga keluar. Damak terus

mengetuk batang kayu itu. Sedang Damak mengetuk batang kayu itu dengan bersungguh-

sungguh, tiba-tiba Sang Kancil melompat keluar. Baju Damak yang buruk itu koyak sama sekali.

Sang Kancil terus melarikan diri masuk ke dalam hutan.


Kasihan, Damak tidak mempunyai baju lagi. Tinggallah sehelai seluar buruk pada

tubuhnya. Keesokan harinya, Damak memberitahu Pak Hitam bahawa firasat Pak Hitam

memang benar. Pisau kontotnya hilang dan bajunya pula koyak rabak. Pak Hitam tersenyum lalu

memberitahu Damak bahawa Damak mempunyai tulang empat kerat, mata telinga dan tubuh

badan yang sihat. Pak Hitam menasihati Damak agar menggunakan seluruh anggota badan

dengan sebaik-baiknya untuk menjadi kaya.

Keesokan harinya, Damak pun mula membersihkan hutan di belakang rumahnya.

Perkakas yang digunakan seperti sabit, parang, kapak dan cangkul dipinjam daripada Pak

Hitam. Mula-mula, Damak menebas dan menebang pokok-pokok yang besar. Kemudian, Damak

membakar batang-batang dan dahan-dahan kayu. Setelah bersih Damak pun mula mencangkul

dan mengembur tanah.

Kehidupan Damak mulai senang. Rumah yang buruk sudah dibaiki. Pakaiannya juga sudah

berganti. Selain menanam sayur-sayuran, Damak juga menanam buah- buahan. Ramai peraih

buah datang ke dusun Damak untuk membeli buah-buahan.

Kehidupan Damak bertambah senang dan bahagia. Damak tidak lagi miskin malahan

menjadi orang kaya dan banyak membantu penduduk kampung. Itulah berkat usaha dengan

menggunakan tulang empat kerat.

Kawan-kawan, kehidupan seseorang itu tidak akan berubah kecuali dia mengubah

sendiri. Kita perlu berusaha sendiri untuk berjaya kerana rajin dan usaha tangga kejayaan.

Sekian dan terima kasih.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan

guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya ingin

menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah Pencuri Loceng.

Yang berkhayal sedar-sedarkan,

Yang terlena kejut-kejutkan;

Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,

Dengar ya kawan-kawan.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria. Rumahnya amat cantik.

Hampir semua perabot diperbuat daripada emas yang terbaik. Di halaman rumah Encik Kamal

tergantung sebuah loceng yang amat besar dan bernilai. Loceng itu barang yang paling

berharga di rumahnya kerana diperbuat daripada emas dan kelihatan sangat cantik.

Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng emas. Pada malam

keesokan harinya, Encik Kamal dan keluarganya pergi bercuti ke luar negara. Pembantu-

pembantu rumahnya juga mengambil cuti dan pulang ke kampung masing-masing.

Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata “Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku menjadi

kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini juga. Apabila tengah malam tiba, si pencuri

itu memasuki rumah Encik Kamal.

Si pencuri itu memeluk loceng itu dengan kedua- dua belah tangannya. Namun begitu,

loceng itu terlalu besar dan berat. Dia tidak berjaya mengangkat loceng itu.

Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul besar dari dalam

begnya. Dia memukul loceng itu dengan kuat. Namun, bunyi loceng itu sangat kuat. Si pencuri

takut penduduk Bandar Suria akan terjaga daripada tidur.

Si pencuri itu terfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika dia menutup

telinganya. Dia pun menyumbat dua helai kain perca ke dalam lubang telinganya.

“ Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu.” Si pencuri itu terus memukul

loceng tanpa henti. Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan

pergi ke rumah Encik Kamal. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.

Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap. Dia menanggalkan

kain perca daripada lubang telinganya. “Bagaimana kamu semua boleh terjaga, saya telah pun

menyumbat telinga saya”.


Jiran itu berkata, “Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh kamu yang menggunakan

cara begini untuk mencuri loceng! Perbuatan kamu ini hanyalah menipu diri sendiri.”

Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan melakukan perbuatan

mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

barisan guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.Pada pagi yang indah ini, saya

ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk “Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan”.

Di kampung Titi Sebatang, tinggal seorang anak muda bernama Damak. Dia tinggal

seorang diri. Ibu dan bapanya telah lama meninggal dunia. Ibu bapa Damak tidak meninggalkan

apa-apa harta untuknya. Dia hanya mempunyai sebuah rumah buruk, sepasang pakaian dan

sebilah pisau kontot.

Pada suatu hari, Damak pergi berjumpa dengan bapa saudaranya yang bernama Pak

Hitam. Pak Hitam menepuk bahu Damak sambil memberitahu firasatnya bahawa Damak akan

bertambah miskin.

“Eh, hamba sangat miskin. Bagaimana pula hamba akan menjadi bertambah miskin?”

tanya Damak.

Pak Hitam tersenyum. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Damak pun keluar dari

rumah Pak Hitam lalu berjalan pulang menuju ke rumahnya. Tiba-tiba… dia ternampak Sang

Kancil. Sang Kancil sedang minum air di tepi sungai.

“ Hmm, itupun Sang Kancil. Binatang itu sangat cerdik. Bolehlah hamba peliharanya”

fikir Damak.

Dari jauh Damak melontar pisau kontotnya ke arah Sang Kancil. Pisau kontotnya

terpelanting jatuh ke dalam sungai. Sang Kancil terus melarikan diri masuk ke dalam lubang

kayu. Sekarang, Damak cuma ada sehelai baju dan sehelai seluar buruk yang dipakainya.

“ Hmm, hamba akan tutup lubang kayu itu dengan baju hamba. Nanti bolehlah hamba

tangkap Sang Kancil” kata Damak. Damak pun membuka bajunya lalu menutup lubang kayu itu.

Tiba-tiba Sang Kancil melompat keluar. Baju Damak yang buruk itu koyak sama sekali.

Sang Kancil terus melarikan diri masuk ke dalam hutan.

Kasihan, Damak tidak mempunyai baju lagi. Tinggallah sehelai seluar buruk pada

tubuhnya. Keesokan harinya, Damak memberitahu Pak Hitam bahawa firasat Pak Hitam

memang benar. Pak Hitam tersenyum lalu menasihati Damak agar menggunakan seluruh

anggota badan dengan sebaik-baiknya untuk menjadi kaya.

Keesokan harinya, Damak pun mula membersihkan hutan di belakang rumahnya. Mula-

mula, Damak menebas dan menebang pokok-pokok yang besar. Kemudian, Damak membakar
batang-batang dan dahan-dahan kayu. Setelah bersih Damak pun mula mencangkul dan

mengembur tanah.

Kehidupan Damak mulai senang. Selain menanam sayur-sayuran, Damak juga menanam

buah- buahan. Ramai peraih buah datang ke dusun Damak untuk membeli buah-buahan.

Damak tidak lagi miskin malahan menjadi orang kaya dan banyak membantu penduduk

kampung. Damak hidup dengan gembira dan bahagia.

Kawan-kawan, kita perlu berusaha sendiri untuk berjaya kerana rajin dan usaha tangga

kejayaan. Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai