Anda di halaman 1dari 2

SKRIP CERITA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang
saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Airmata Keinsafan”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30


tengah malam. Naemah berasa pelik kerana matanya tidak mahu lelap walaupun
sudah lewat malam malah, dia juga berasa tidak sedap hati. Tanpa membuang
masa, Naemah membuka lampu biliknya dan terus ke dapur. Naemah
memerhatikan rumah nenek dan tokwannya yang usang. Tambahan lagi, bumbung
rumah sudah banyak yang bocor. Naemah juga mengeluh akan nasib malangnya
yang kehilangan ibu bapa. Naemah berasa kehidupannya akan menjadi lebih
senang jika ibu bapanya masih hidup kerana ibu bapanya seorang yang kaya.

Naemah mencapai beg sekolahnya dan mengambil buku cerita yang


dirampas daripada Aisyah. Naemah ingin menghabiskan membaca buku sementara
matanya tidak mahu lelap. Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam
Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya. Aisyah merayu dan
berasa berat hati untuk memberikan buku itu kepada Naemah kerana buku itu
merupakan pemberian oleh ibunya. Namun begitu, Naemah tidak
menghiraukannya. Naemah tersenyum sambil merampas koleksi buku cerita di
tangan Aisyah. Naemah berlalu pergi setelah menolak Aisyah sehingga jatuh
tersungkur.

Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang kaki buli dan pelajar yang
nakal. Walaupun dia seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang
lelaki. Tambahan pula dia mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat
setiap petang dengan tok wannya.

Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada


buku cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk menghabiskan
membacanya malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air dan
membancuh kopi agar matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api
agar air yang dijerangnya cepat mendidih. Naemah kembali menyambung
membaca buku sementara menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk
dan tersengguk-sengguk. Dia segera kembali ke dalam bilik.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara


riuh rendah. Naemah terdengar suara yang memanggil namanya. Nafasnya terasa
sesak. Naemah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke
kanan. Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap. Dia terbatuk-
batuk akibat terhidu asap. Rumah nenek dan tokwan Naemah terbakar dijilat api.
Naemah menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang mendengarnya.

Rasa menyesal meliputi hatinya. Naemah memikirkan dirinya yang selalu


menyakiti hati orang di sekelilingnya terutamanya neneknya. Naemah suka
mencuri, merampas dan mengambil hak orang lain. Dosa, pahala tidak pernah dia
fikirkan. Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar
kerana suaranya tersekat di kerongkong.

Naemah mencapai Al-Quran dan memeluk dengan erat. Naemah teringat


akan pesanan tokwannya untuk meminta pertolongan daripada Allah jika berada
dalam kesusahan. Naemah sangat menyesal dengan perbuatannya. Naemah
memohon keampunan atas dosanya dan berdoa agar Allah selamatkannya. Tiba-
tiba dunianya menjadi gelap.

Nenek dan Tokwan amat bersyukur kerana Naemah terselamat daripada


kebakaran. Naemah kelihatan sangat lemah ketika dijumpai oleh orang kampug.
Walaupun begitu, Al-Quran masih berada dalam pelukan Naemah. Naemah sangat
bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bertaubat dan sujud kepada-Nya.
Naemah juga berjanji pada diri sendiri untuk berubah menjadi insan yang lebih
berguna.

Kawan-kawan kita hendaklah taat pada perintah agama, sentiasa


menghormati orang yang lebih tua dan tabah mengahadapi dugaan hidup. Itu
sahaja daripada saya untuk hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai