Anda di halaman 1dari 3

SKRIP CERITA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN

Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30


tengah malam. “Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum
mahu terlelap dan perasaanku terasa aneh.?”. keluh Naemah lantas membuka
lampu biliknya. “Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku
masih hidup, pasti hidup aku tidak sesukar sekarang. Aku pasti sedang memakai
pakaian yang indah dan makan makanan yang lazat. Aku akan dilayan bagai
seorang puteri kerana ibuku seorang yang kaya,” kata Naemah sambil melihat
sekeliling rumah papan yang serba kekurangan. Jika hujan, akan banjirlah rantai
rumah ini kerana bumbung rumah sudah banyak yang bocor. “Emm, sementara
mataku tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan membaca buku yang aku ambil
daripada Aisyah,” fikir Naemah yang terus mencapai beg sekolahnya dan
mengambil buku ceritanya. Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam
Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya. “Kak, janganlah
ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak ambillah buku yang lain,”
rayu Aisyah bersungguh-sungguh. “Ambil buku lain ? Emm, baiklah. Aku ambil
semua buku ini. Terima kasih kerana memberi aku buku-buku cerita ini. Aku
amat menghargainya,” kata Naemah tersenyum sambil merampas koleksi buku
cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah. “Tetapi kak, pulangkanlah
buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku itu,” rayu Aisyah lagi.
“Kau anak orang kaya. Belilah lain! Marah Naemah. Dia langsung tidak
menghiraukan tangisan air mata yang membasahi di pipi Aisyah. “Tetapi kak,
buku itu hadiah daripada ibu saya,” kata Aisyah lagi. “Ah! Apa aku kisah!” kata
Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh tersungkur. Naemah terkenal
di sekolahnya sebagai seorang pelajar yang kaki buli dan nakal. Walaupun dia
seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang lelaki. Tambahan
pula dia mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat setiap petang dengan
tok wannya. RUMAH TERBAKAR Mata Naemah kian mengantuk setelah
membaca beberapa helaian daripada buku cerita yang dipegangnya.

Namun, Naemah bertekad untukmenghabiskan membacanya malam itu juga.


Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air dan membancuh kopi agar
matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar air yang
dijerangnya cepat mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku
sementara menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan
tersengguk- sengguk. Dia segera kembali ke dalam bilik. Tiba-tiba badannya
terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh- rendah. Naemah dapat
menangkap beberapa suara yang memanggil namanya. Nafasnya terasa sesak.
Bajunya basah bermandikan peluh. Naemah membuka matanya perlahan-lahan.
Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Matanya terasa pedih dan berair apabila
dimasuki asap.Dia terbatuk-batuk akibat terhidu asap yang memenuhi ruang
rumah papan yang sedang dijilat api. “Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok Wan
tolong saya,” jerit Naemah sekuat hatinya. Jantungnya berdegup kencang.
Terbayang difikirannya hanya mati sahaja. Hatinya diserang rasa sedih dan pilu.
Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat merasakan kepanasan yang bakal
dirinya terima jika dia dihumbankan ke dalam neraka kerana dosa-dosa yang
dilakukannya. Naemah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di
sekelilingnya terutamanya neneknya. Neneklah insan yang bersusah payah
membesarkan dirinya setelah ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri,
merampas dan mengambil hak orang lain. Dosa, pahala tidak pernah dia fikirkan.
Perkara yang paling teruk adalah dia jarang bersolat, berpuasa dan membaca al-
Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam setahun berapa kali dia mengadap
Allah. Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar kerana
suaranya tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api yang
kian marak. Matanya liar memandang sekeliling berharap agar ada insan yang
akan datang membantunya. “Naemah jika kamu berada dalam kesusahan dan
memerlukan bantuan, mohonlah kepada Allah. Allah akan membantu hamba-
Nya apabila berada dalam kesusahan”. Terngiang-ngiang pesanan tok wan
ditelinganya. “Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunilah
dosaku kerana telah melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah selamatkanlah
hambaMu ini. Tolonglah aku ya Allah,” kata Naemah sambil memeluk erat al-
Qurannya. Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian
sesak akibat terlalu banyak menyedut asap. Dia sudah tidak berdaya untuk
bertahan dalam kebakaran tersebut. Dunianya menjadi gelap sebelum rebah di
sebelah kayu yang telah jatuh dijilat api yang sedang marak dari bumbung
biliknya. “Naemah, Alhamdulillah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu
memeluk al-Quran itu sekuat hati. Sungguh, kami tidak dapat mengambil al-
Quran yang berada dalam pelukan kamu itu,” kata Syikin anak jiran sebelah
rumahnya. Naemah lantas mengangkat tangannya. Memang benar, al-Quran itu
masih lagi dalam pelukannya. “Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah
menyelamatkanku dan memanjangkan umurku serta memberi kesempatan
kepadaku untuk bertaubat dan sujud kepadaMu, Ya Allah”. “Mulai saat ini aku
berjanji pada diriku sendiri, aku mahu berubah menjadi insan yang berguna,”
bisik Naemah pada dirinya sendiri.

PENGAJARAN / NILAI-NILAI MURNI


1. Bersabar dengan dugaan hidup 2. Jangan membuli insan yang lemah. 3. Taat
perintah agama. 4. Menghormati orang yang lebih tua.

Anda mungkin juga menyukai