Anda di halaman 1dari 3

Bubur Lambuk Perpaduan

Bertunas kuntum perpaduan

Makar kesuma kedamaian

Indah kelopak kemesraan

Menumbuh pohon kesetiaan

Meninggikan perdu kedaulatan pertiwi

Perpaduan wajar disemai generasi pewaris

Keharmonian warna bangsa

Mencorak taman aman dan Makmur…..

Salam Sejahtera diucapkan kepada Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati

para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang

bertajuk “ Bubur Lambuk Perpaduan”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Pak Osman dan cucunya Amin, menjual nasi lemak bagi menyara kehidupan. Amin seorang budak

yang pandai dan rajin. Dia sentiasa membantu datuknya yang bekerja siang malam. Hasilan

mereka digunakan bagi memenuhi keperluan seharian dan bakinya disimpan dalam tabung.

Walaupun mereka merasai kehidupan yang sederhana, mereka tetap ingin menunaikan

tanggungjawab sebagai seorang manusia dengan mengembirakan orang ramai. ‘ Amin, datuk

bercadang untuk memasak bubur lambuk semasa puasa ini,” Oh yeah…….. baiklah datuk, apa

kata kita masak bubur lambuk ini untuk sekampung.” “eh, `bagus juga cadanganmu…. Baiklah

kita bekerja keras untuk melaksanakan cadangan ini Amin.” “ Baiklah tuk.”

Mulai hari itu, Amin dan datuknya bekerja keras siang malam untuk mengumpul wang

bagi melaksanakan cadangan mereka. Dah tiba hari puasa, Amin Bersama datuknya, mengira

duit tabung yang disimpan hanya untuk memasak bubur lambuk.


Pada keesokan pagi, “ Ring-ring Ring-ring berbunyi jam penggerak pada pukul 5 petang.

Amin dan datuknya Bersiap sedia bagi memasak bubur lambuk. “ seronoknya memasak tuk”. “

ha,ha,ha, baiklah Amin Bubur Lambuk dah siap, ambil bekas dan membungkusnya.” “Baiklah Tu.”

Kata Amin.

Selepas semua sudah bersedia, Amin mengambil basikalnya bagi mengedarkan Bubur

lambuk ini kepada semua, sekampung tanpa mengira agama dan bangsa.Amin mengayuh

basikalnya, Suraj dan Ah Meng mengekorinya. “Atuk, bubur lambuk dah habis!” laung Amin

sejurus dia menyandarkan basikal di pagar. “Kami perlukan banyak lagi, tuk! Ada beberapa buah

rumah lagi yang belum dapat’ “ sambung Suraj pula dengan termengah-mengah akibat

kepenatan.

Pak Osman tersenyum. Cucu dan rakan-rakannya memang rajin membantu. Mereka

merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Mereka sentiasa bersama-sama di sekolah mahupun di

rumah.

Mereka mengagihkan bubur lambuk perpaduan itu dengan lancarnya. Zaman kanak-kanak

memang menyeronokkan. Amin, Suraj dan Ah Meng tidak pernah menolak jika diminta untuk

membantu Pak Osman di balai raya.

Jam menunjukkan pukul enam petang. Masih sempat lagi bubur lambuk itu sampai ke

muka pintu rumah penduduk kampung sebelum waktu berbuka puasa. Penduduk beragama Islam

bolehlah menjadikan bubur itu sebagai juadah berbuka puasa, manakala yang bukan Islam boleh

menikmatinya sebagai juadah iringan makan malam nanti. Rezeki sesuap sama dirasa. jSaban

tahun, penduduk kampung menantikan bubur lambuk perpaduan masakan Pak Osman.

Sejak pagi lagi, penduduk Kampung Seri Cempaka sudah memenuhi balai raya itu.

Mereka bergotong-royong untuk menyediakan bahan masakan, memasak dan membungkus bubur

lambuk. Yang lebih membanggakan apabila penduduk kampung, tidak kira agama, bangsa dan

kaum tidak putus-putus memberikan sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan atau wang.

Sepakat membawa berkat, mungkin inilah sebabnya bubur lambuk perpaduan enak dan

sedap. “Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Kita bersurai dahulu. Jangan lupa ambil

bungkusan bubur lambuk masing-masing,” ucap Pak Osman selepas siap berkemas.
Amin, rakan-rakan dan penduduk kampung melangkah pulang dengan gembira walaupun

penat seharian bekerja. Kemesraan terjalin indah dan perpaduan akan terus utuh di Kampung

Seri Cempaka.

Anda mungkin juga menyukai