Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera


Terima kasih pengerusi majlis yang begitu ceria, barisan Hakim yang arif lagi
adil, penjaga masa yang teliti, para guru dan rakan-rakan sekalian.

Hai kawan-kawan..
Kawan-kawan semua nak dengar cerita tak..? haaa… kalau nak.. sila duduk dan
jangan lari.. dengar dan hayatilah cerita saya.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Arnab dengan
Buaya”.

yang terlena, sedar-sedarkan,


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar, fikir-fikirkan

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-
arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya
pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang
lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah dialah yang tercantik di dunia ini.
Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh
kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu
berjalan sendirian.
Kawan-kawan..
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati
buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi kamu! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah
pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab
berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian
begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata,
“Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong


periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir
panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi
satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan
menelan arnab itu.

Ngap..
Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek
akal itu.

Ish..ish ish.. kasihan arnab kan kawan-kawan. Jangan jadi seperti arnab ya.
Sebelum bertindak, kita hendaklah berfikir dahulu dan jangan sekali-kali
termakan pujian orang lain kerana akibatnya akan makan diri sendiri. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada hari ini.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai