Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA

TAJUK CERITA : SANG KANCIL DENGAN BUAYA


KATEGORI : TAHAP 1

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis yang


elok parasnya, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa
yang menepati masa, guru-guru dan rakan-rakan yang disayangi.

Dengarlah suatu cerita,


Sang Kancil dengan buaya,
Sang Kancil tersangatlah pandai,
Menipu Sang Buaya.
Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk ‘Sang Kancil dengan Sang Buaya’.
Yang terlena, sedar-sedarkan,
Yang tersedar, dengar-dengarkan,
Yang terdengar, fikir-fikirkan.
Sang Kancil binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Pada
suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari
makanan. Cuaca pada hari itu sangat panas. Sang Kancil berasa
sangat dahaga. Setelah meredah hutan, akhirnya Sang Kancil
terjumpa sebatang sungai yang jernih airnya.

Tanpa membuang masa, Sang Kancil terus minum dengan


sepuas-puasnya. Oleh kerana terlalu penat, Sang Kancil berehat di
bawah pohon rendang di tebing sungai itu. Tiba-tiba, Sang Kancil
ternampak kebun buah-buahan yang sedang ranum di seberang
sungai.

“Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan


menikmati buah-buahan tersebut” fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus mencari akal untuk menyeberangi sungai itu.


Tiba-tiba Sang Kancil ternampak Sang Buaya yang sedang asyik

1
berjemur di tebing sungai. Sang Kancil tersenyum. Kancil sudah pun
mendapat satu idea.

Sang Kancil terus menghampiri buaya lalu memanggilnya.

99Sang Buaya oh Sang Buaya! Sang Buaya oh Sang Buaya!


Sang Buaya!

Sang Buaya yang sedang leka berjemur terus berpaling ke


arah Sang Kancil.

Ada apa itu kancil ? Kancil berkata “Aku disuruh oleh Raja
Sulaiman untuk mengira jumlah buaya yang terdapat di dalam
sungai ini. Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu
semua” Oleh kerana perintah tersebut datangnya daripada Raja
Sulaiman, semua buaya segera beratur tanpa membantah. Sang
Buaya pun memanggil semua kawannya. “Buaya-buaya sekalian,
sila beratur bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing
sebelah sana”.
Kawan-kawan ingin tahu, apakah yang berlaku seterusnya?
Sang Kancil pun melompat-lompat,
Mengira dengan cepat,
Satu, dua, tiga dan empat,
Kancil sampai ke darat.

Akhirnya, Sang Kancil berjaya menyeberangi sungai itu. Sang


Kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil menyanyi
kegembiraan”. Sang Buaya kena tipu, oleh Sang Kancil”.
“Kamu semua sudah kena tipu. Aku cuma ingin makan buah-
buahan di sini”.
Buaya-buaya berasa sangat marah dan malu kerana ditipu
oleh kancil. Mereka berjanji tidak akan melepaskan Sang Kancil
apabila bertemu pada masa akan datang. Sementara itu, Sang

2
Kancil terus melompat kegembiraan dan menghilangkan diri di
dalam kebun itu untuk menikmati buah-buahan tersebut.

Para hadirin sekalian, pengajaran daripada cerita tadi,


Pertama, kita hendaklah bijak berfikir menggunakan akal.
Kedua, kita hendaklah berusaha dengan cara baik.
Akhir sekali, janganlah kita suka menipu seperti Sang Kancil.
Pergi ke kedai membeli lada,
Lada dibeli banyak sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai