Anda di halaman 1dari 8

Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua

dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki denganmenebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua

tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih

beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Belalang Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan

rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya. Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya

Perubahan Yang Membawa Kejayaan

Makcik Leha mana kasut Siti?tanya Siti Zuriah kepada pembantu rumahnya. Saya tidak tahu cikbalas pembatu rumah Siti dengan lembut. Leha nama panjangnya Zaleha pembantu rumah Puan Asyikin dan Encik Amran iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik Leha berasal dari Indonesia telah berkerja dengan Puan Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun. Siti Zuriah pula berumur 11 tahun. Di sekolah, dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana dia seorang yang pemalas. Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan menuju ke arah Siti sambil berkata semalamkan Siti letak kasut Siti di pintu dapur kemudian bergegas pergi minum air sebab terlalu haus. Siti Zuriah teringat akan kejadian semalam dia terlupa membawa air ke sekolah dan pada waktu balik dia segera ke dapur mengikut pintu belakang untuk mendapatkan air daripada ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan kasut sekolahnya kerana takut didenda kerana terlambat ke sekolah. Setelah siap, Pak Mat menghantar Siti kesekolah dengan menaiki kereta mewah yang cantik warnanya maklumlah Siti anak orang kaya. Setibanya di sekolah Siti berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis untuk meniru kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti. Selesai meniru Siti dan Hanis bersama kawan-kawan mereka yang lain bermain di dalam kelas. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran akan bermula. Mereka tidak menghiraukan bunyi lonceng tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka untuk segera beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu nampak kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka. Cikgu Mariam memanggil kesemua mereka dan dia merotan telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam kerana Cikgu Mariam terkenal seorang yang garang termasuklah Siti Zuriah.

Matapelajaran matamatik akan dimulakan ia adalah matapelajaran yang paling dibenci oleh sesetengah murid kelas 5 Angerik iaitu kelas yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru matapelajaran matamatik tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan akan diganti oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah paling gerun apabila belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak mengendahkan ujian itu dia merasakan ujian itu tidak penting buat dirinya. Pada ujian bulanan sebelum ini, Siti memang gemar menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia tidak mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu memerhatikannya. Waktu ujian bagi matapelajaran matamatik hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan kertas ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis gambar kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun mengutip kertas ujian dari murid-murid kelas itu. Setelah habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari kelas, sebelum itu ketua kelas telah mengucapkan terima kasih dan diikuti seramai 34 orang murid. Matapelajaran seterusnya akan bermula. Ayuni adalah seorang murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu diganggu oleh beberapa orang murid termasuk Siti. Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Ayuni akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan Masliyana yang juga baik tingkah lakunya. Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal dalam matapelajaran Sain dan Bahasa Ingeris pada tahun lepas. Masliyana dan Tasya juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya. Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat. Setelah sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus mengangkat beg sekolah Siti. Pada waktu itu ibu dan ayah Siti belum pulang pada setiap hari, ibunya akan pulang pada pukul 5.30 petang dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam.

Ibu dan ayah Siti selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya. Setelah pulang dari sekolah, dia terus mengganti baju dan menonton television. Itulah tabiat buruk Siti, dia tidak pernah mengulang kaji pelajaran. Dia juga langsung tidak memikirkan peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Dia juga selalu bermain tanpa menghiraukan masa yang ditetapkan oleh ibunya untuk belajar. Puan Asyikin selalu juga menasihatkan Siti agar rajin belajar supaya dia akan menjadi lebih cerdik. Tetapi nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti langsung tidak menghiraukan nasihat itu malah makin bertambah malas perangainya. Puan Asyikin dan Encik Amran juga sudah pening

dibuatnya.Setelah satu minggu berlalu, Cikgu Maimunah akan memberikan kertas ujian Matamatik yang diadakan pada minggu lepas pada hari ini. Dengan markah tertinggi iaitu 80 diperolehi oleh Ayuni, 77 seri oleh Masliyana dan Tasya dan seterusnya hinggalah yang terakhir 0 diperolehi oleh Siti. Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati Siti, Siti saya sudah lama memerhatikan kamu, kamu bagaikan tidak mahu belajar dalam semua matapelajaran. Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak beri nasihat sedikit yang kamu harus belajar bersungguhsungguh kerana lagi 1 tahun sahaja kamu akan menghadapi UPSR. Ibubapa kamu bersusah payah membayar yuran sekolah kamu. Setelah pulang kerumah, Siti memikirkan apa yang dicakapkan oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal kerana selalu bermain dan tidak menghiraukan pelajarannya. Dia mula menyemak buku teks Matematik dan Bahasa Malaysia. Sejak hari itu Siti tidak lagi bermain ketika cikgu sedang mengajar.Dia mula memberi tumpuan didalam kelas. Dia juga tidak lagi berkawan rapat dengan rakannya seperti Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula berkawan dengan Tasha, Ayuni dan Masliyana. Hari berganti hari, prestasi Siti semakin meningkat. Cikgu Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun dia di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6 Mawar iaitu kelas kedua yang terpandai bersama kawan

baiknya kerana markah kertas peperiksaannya memuaskan. Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyien. Prestasinya juga semakin meningkat dia mula mendapat A dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu dan B dalam pelajaran Sain dan Bahasa Inggeris. Kini cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum UPSR dijalankan. Siti makin berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 5A dalam UPSR. Hari berganti hari kini percubaan UPSR dijalankan Siti mendapat 4A1B. Dia merasa gembira kerana markah matapelajaran Sain semakin meningkat. Sewaktu UPSR dijalankan Siti menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dia yakin akan mendapat 5A. Mak, Siti dapat 5A dalam UPSR!!! kata Siti kepada ibunya dengan gembira setelah mendapat keputusan UPSR daripada gurunya. Ayuni dan Tasha turut memperoleh 5A dan Masliyana memperoleh 4A1B. Makcik Leha dan Pak Mat turut gembira di atas kejayaan Siti.

Anda mungkin juga menyukai