Anda di halaman 1dari 3

Tersebutlah kisah jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu.

Pemotong kayu seorang yang tua lagi miskin tinggal bersama isterinya.

Walaupun begitu, sikap yang jujur menjadi pegangan memberi kebaikan.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi

bijaksana, rakan-rakan dan guru-guru yang saya sayangi. Saya ( )

dari SK IJ Convent ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Tukang

Kayu Yang Jujur.

Tukang kayu tinggal disebuah kampung yang jauh di pedalaman. Tukang

kayu seorang yang tua dan miskin. Dia mencari rezeki dengan menebang pokok

yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Dia tinggal bersama

isterinya tanpa dikurniakan anak. Setiap hari, isterinyalah yang menemaninya

mencari kayu api.

Dijadikan cerita, pada suatu pagi pergilah tukang kayu yang tua tersebut

jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti

kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tukang kayu tua seorangan awal pagi sebelum terbit

mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak

besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia

berhenti.

Oleh kerana keletihan, pemotong kayu terlepas kapak kesayangan dari

tangannya. Kapak tersebut jatuh ke dalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si

tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari

takut dihanyut arus. Meratap lah dia mengenangkan nasib.


Bagaimana aku ingin mencari rezeki selepas ini. Hendak dibeli yang baru,

manakan mampu. Alahai kapak kesayanganku, rintih si tukang kayu tua.

Maka, bersimpatilah pari-pari yang melihat kesedihan si tua tersebut lalu

turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua, kenapa bersedih hati?

Dengan perasaan takut dan terkejut dia melihat sang pari-pari. Maka

tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi lalu diceritakan nasibnya yang malang.

Kapak yang aku gunakan untuk memotong pokok telah jatuh ke dalam

sungai. Hendak ku ambil, sungai ini terlalu dalam bagiku. Aku sudah tua untuk

berenang ke dalam sungai ini. Kasihanilah aku, rayu si tukang kayu itu.

"Baiklah. Aku akan bantu untuk mencari kapak engkau yang tenggelam" Lalu

dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit

timbullah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada si

tua. Dengan sedih jawab si tua, Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak

mungkin hamba mampu memiliki kapak emas ini".

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali

bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya.

Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua

itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, pemotong kayu dengan

gembiranya mengatakan kapak itu miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak

tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan

gangsa turut dihadiahkan kepada si tua.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu

diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan

kejujuran suaminya.
Kawan-kawan, pengajaran yang kita perolehi ialah sifat jujur amat perlu

dalam kehidupan seharian. Tanpa sifat tamak, lelaki tua itu memperoleh sesuatu

yang lebih baik. Bukan itu sahaja, tukang kayu itu juga seorang yang rajin

bekerja walaupun sudah tua. Orang yang rajin berusaha dan jujur akan

memperoleh kejayaan yang bedar. Ingat kawan-kawan, usaha tangga kejayaan.

Guna tangga, jangan guna lif. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Kalau ada sumur di lading,

Boleh hamba tumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Kita kan bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai