Anda di halaman 1dari 3

TEKS BERCERITA TAHAP 2

TAJUK: CIK SITI TANAH MASYUR

Tersebutlah kisah ,seorang seorang suri


Mukanya hodoh tiada terperi,
Mengembara dia seorang diri
untuk mencari Si Dukun sakti.

Tersebutlah kisah pada zaman dahulu ada seorang gadis yang bernama Cik Siti
Wan Kemboja.Wajahnya sungguh hodoh.Oleh sebab itu dia ingin berubat
dengan nenek kebayan. Nenek itu tinggal di lereng Gunung Panti berhampiran
pekan Kota Tinggi.

Pergilah nak, asal kau pandai menjaga diri.Kata ibunya dengan sedih.
Setelah mendapat izin ibunya Cik Siti merentas hutan belantara bermandikan
peluh.Tiga hari tiga malam baru sampai ke tempat yang dituju.

Nenek tahu kenapa cucu datang ke sini.Kata nenek kebayan.


Tolong lah saya nek.Tak tahan rasanya dihina kerana memiliki rupa paras yang
sebegini.Kata Cik Siti meminta belas.
Nenek boleh usahakan tapi dengan satu syarat. Kata nenek kebayan.
Apa syaratnya nek soal Cik Siti dengan penuh harapan.

Cucu tidak boleh menderhaka Tu mengecilkan hati ibu. Jika cucu melanggar
pantang buruk lah padahnya.Kata nenek kebayan.

Rkan-rakan sekalian,
Cik Siti terus bersetuju dwengan syarat tersebut. Dia rela berbuat apa sahaja
asalkan mukanya boleh menjadi cantik.
Cik Siti mula berubat selama sembilan puluh hari.Mukanya mula menunjukkan
perubahan.Dia semakin cantik dan berseri.Wajahnya licin umpama bulan
purnama.

Setelah habis berubat Cik Siti pun pulang menemui ibunya. Terima kasih nek
,Kata Cik Siti sambil mencium tangan nenek kebayan lalu dia pun pergi.
Dalam perjalanan dia melalui sebuah pekan yang ramai orang.Orang-orang
dipekan itu tertarik dengan kecantikan Cik Siti.Mereka memuji-muji Cik Siti.

Sesampainya di rumah, ibunya tidak mengenali Cik Siti.Ibunya berasa hairan


kenapa perempuan muda itu datang ke rumahnya.
Ini Siti mak.Kata Cik Siti.
Oh anakku. Syukur kepada Allah .Kata ibunya sambil memeluk Cik Siti.

Kawan-Kawan nak tau apa yang berlaku seterusnya....


Semenjak mendapat perhatian orang, Cik Siti mula sombong.Mak Timah
melarang anaknya berkelakuan begitu tetapi dia tidak mahu mendengar
nasihat.
Tidak berapa lama kemudian Mak Timah pun jatuh sakit dan meninggal dunia.
Cik Siti sungguh menyesal tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Setelah kematian ibunya Cik Siti berkahwin dengan seorang pemuda bernama
Awang. Kenduri perkahwinan mereka dibuat secara besar-besaran.Pada malam
itu , ketika tetamu sudah pulang kr rumah,Kedua-dua mempelai masuk ke
dalam bilik.Mereka tidur lena. Tanpa disedari berpuluh-puluh ekor lipan dan
kala jengking keluar dari mulut Cik Siti. Suaminya Awang pula ditemui mati
dengan kesan gigitan lipan dan kala jengking.
Tidak berapa lama kemudian Cik Siti berkahwin lagi dengan beberapa lelaki
sampai sembilan puluh sembilan orang namun semua suaminya menerima
nasib malang.
Semenjak hari itu semua orang takut untuk mendekati Cik Siti.
Suatu hari ada seorang pedagang yang datang ke kampung cik Siti dia terpikat
dengan kecantikan wanita itu dan ingin memperisterikan nya. Pedagang itu
tinggi ilmu agamanya.Dia menyuruh Cik Siti bertaubat. Setelah beberapa bulan
belajar Cik Siti menjadi seorang yang alim dan faham selok-belok agama.
Dia tidak pernah meninggalkan solat.

Pedagang itu meminang Cik Siti.Dia mahu memperisterikannya.Pada malam


perkahwinan mereka pedagang itu tidak tidur dia melihat lipan dan kala
jengking keluar dari mulut Cik Siti dia mengambil kacip lalu membunuh haiwan
itu satu persatu.
Keesokan harinya , orang kampung telah menyiapkan keranda untuk suami Cik
Siti tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat pedagang itu masih
hidup. Mereka mengucapkan syukur kepada Allah .Maka hiduplah pasangan itu
dengan rukun dan damai.
Pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan menderhaka kepada ibu kita
kerana perbuatan itu amat dibenci Allah.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai