Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum pembuka bicara,

Kepada guru,rakan dan taulan,


Puteri santubong,puteri sejenjang punya cerita,
Moga berguna dijadikan teladan.
Kawan-kawan,pernah dengarkah cerita tentang puteri santubong dan puteri sejenjang?
Apa?belum pernah dengarmmm,biar saya ceritakan.
egini ceritanya kawan-kawan,
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri
dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang
tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang
memandang pasti akan terpikat.
Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan
purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis
mata yang lentik .Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah
sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling
bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong
dan Puteri Sejenjang.
Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra
sekali. ereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan
kegembiraan sentiasa terukir dibibir. !ergurau dan bersenda
tidak lekang daripada keduanya. ereka sentiasa sepakat dan
sekata. "emikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.
Pada suatu hari#
$Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita
bermain-main, mahu%& 'anya Puteri Santubong kepada Puteri
Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
$!aiklah. 'api kita mahu main apa ya%& balas Puteri Sejenjang.
$Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. (epas
itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.&
$)alah Santubong* Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-
bunga di taman sana.&
enantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan
masing-masing hingga selesai.
Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah
menenun kain. anakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan
menumbuk padi.
Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan
Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka
tentang kecantikan diri masing-masing. ereka memuji-muji
tentang kelebihan diri sendiri.
$Sejenjang* Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini*
"engan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga
kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila
anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini
aku. !etapa bahagianya aku di saat itu, Sejenjang& kata
Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya.
"ia berkata lagi.$!ila aku sudah diam di istana nanti, tentunya
dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat
rambutku yang mengurai ini. +anti mereka akan berkata, inilah
anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui.
Saat itu, akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.
Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai berasa marah
dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang
menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik.Apalagi, Puteri
Sejenjang tidak mahu menyerah kalah. "ia juga menyatakan
dirinyalah yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya
mengalahi paras rupa Puteri Santubong.
$'idakkah kau tahu Santubong% "engan cara berdiri menumbuk
padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur
menawan. (eher juga jinjang. !etis bagaikan bunting padi.&
$"engan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan
lenganku ini terasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok
menenun kain. ,ntah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi.
,ntah-entah, anak raja itu pula akan melamar aku dahulu,& balas
Puteri Sejenjang.
endengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan
mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. asing-
masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri
Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. asing-masing
tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara
keduanya berlarutan.
"aripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang
sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.
$Sejenjang* Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu
akan jadi bunting padi. 'akut lemak tak berisi. "ek antan tu
jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. 'idak seperti
jari-jemariku ini yang halus serta runcing,& kata Puteri Santubong
dengan bangga.
-ah,sebelum tu,saya ingin bertanya ,tahukah kawan-kawan
apakah maksudnya antan%
"engan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri
Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan
antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan
cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang
duduk menenun kain. enjeritlah Puteri Santubong kerana
kesakitan.
Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak
berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang
belidah yang ada dalam genggamannya. 'ikaman itu tepat ke
arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. aka
menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat
kesakitan tikaman tersebut. !erakhirlah sebuah persahabatan
dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.
Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang
yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan .unung
Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada
hari ini. "emikian juga dengan tikaman batang belidah oleh
Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri
Sejenjang, menyebabkan !ukit Sejenjang pecah bertaburan
menjadi pulau-pulau kecil berhampiran .unung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang
akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. aka
lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita
dengar sehingga ke hari ini.
/h##Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung +egeri Sarawak,
anis sik ada dapat dilawan,
Anak dak "ewa turun kayangan.
/h##
Santubong puteri bertenun kain malam,
/h##
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
!eranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
0dah lejuk nya duak kelahi,
(alu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
'ebik Santubong sampai gituk ari.
'api Santubong membalas juak,
(alu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
(alu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang 1aman.
Pengajaran :
2. Iri hati membawa mati.
3. 4angan sombong.

Anda mungkin juga menyukai