Anda di halaman 1dari 1

CHAD (2M)

ARNAB BEREKOR PENDEK


Selamat pagi saya ucapkan kepada para hakim, penjaga masa,
guru-guru dan rakan yang dikasihi. Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah
Arnab Berekor Pendek.
Pada masa dahulu, seekor buaya tinggal di dalam sebatang sungai.
Buaya berasa lapar. Ia malas mencari makanan di tempat lain.
Mengapa tiada binatang datang ke sungai ini? kata buaya.
Tiba-tiba, muncul seekor arnab di tebing sungai. Ekor arnab
sangat panjang. Arnab sedang makan rumput. Selamat pagi arnab.
Kamu nampak sangat gembira hari ini, puji buaya yang berniat jahat.
Buaya pun merangkak naik ke atas tebing.
Buaya menerkam arnab dengan pantas. Arnab menjerit kesakitan.
Arnab ialah binatang yang cerdik. Ia teringat akan jirannya, harimau.
Harimau mengaum sebelum menangkap mangsanya, kata arnab.
Harimau nampak sangat hebat. Sebab itu saya tidak berasa sakit
apabila kamu menggigit saya, puji arnab dengan harimau.
Buaya berasa tercabar. Ia membuka mulut untuk mengaum.
Arnab terus lompat untuk melepaskan diri. Malangnya buaya pantas
lalu menggigit ekor arnab. Aduh! Sakitnya! jerit arnab.
Ekor arnab kini pendek. Ia lari dengan cepat. Buaya menyesal
kerana tertipu dengan arnab.
Sekian sahaja cerita saya. Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai